Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) merupakan agensi yang berfungsi dalam menguruskan pentadbiran keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) di Malaysia. Dengan perkembangan drastik teknologi seperti GIG teknologi, IR4.0, green jobs, pelbagai hazard baru pekerjaan yang telah dijangka dan dikenal pasti berpotensi menjadi cabaran kepada Jabatan bagi tempoh 5 tahun mendatang. Ini termasuklah pemeriksaan dan penguatkuasaan kualiti udara dalaman (IAQ) di tempat kerja yang mempunyai sistem pengudaraan mekanikal dan pendingin udara (MVAC). Jabatan telah mengenalpasti pemerkasaan peralatan terkini bagi menggantikan peralatan pemonitoran IAQ yang telah rosak, lapuk, tidak ekonomi untuk di selenggara serta tiada alat ganti di pasaran. Peralatan pemeriksaan dan penguatkuasaan yang perlu diganti ini adalah melibatkan peralatan pemonitoran di seluruh pejabat JKKP negeri. Dengan pembelian peralatan terkini ini, program ini akan membantu pihak JKKP negeri dalam meningkatkan pematuhan dan penguatkuasaan IAQ di tempat kerja di Malaysia menjelang tahun 2025.
Skop Projek :
Pembelian peralatan terkini bagi penaksiran kualiti udara dalaman atau indoor air quality (IAQ), untuk tujuan penaksiran dan penguatkuasaan Tataamalan Industri (ICOP) Kualiti Udara Dalaman. ICOP ini menyenarai parameter fizikal, kimia dan biologi yang perlu diukur supaya memenuhi piawaian yang telah ditetapkan.
Jenis Alat:
1. Dust Monitor
2. IAQ Monitor with Anemometer
3. Formaldehyde Monitor
4. Ozone meter
5. Air Capture Hood
6. Microb sampler with calibrator
7. TVOC
8. Gas Chromatography/Mass Spectrometer
kos keseluruhan Projek :
RM 4,395,000.00
Output Projek :
1.Perolehan peralatan dan teknologi terkini bagi memastikan tahap Kualiti Udara Dalaman (IAQ) di tempat kerja dalam keadaan optimum
Outcome Projek :
1.Kerajaan meletakkan KKP sebagai agenda nasional bagi memelihara kebajikan modal insan Negara.
2.Kepatuhan kepada Tataamalan Industri (ICOP) Kualiti Udara Dalaman terkini.
3.Kualiti udara dalam di tempat kerja lebih baik.
4.Komitmen tinggi agensi bertanggungjawab, pemegang taruh, Kerajaan dan pihak pengurusan tempat kerja dalam menangani isu IAQ di tempat kerja.
KPI Projek :
1.15 alat IAQ, Setiap pejabat negeri mempunyai set lengkap untuk menjalankan penaksiran IAQ.
2.50% Peningkatan tindakan punitif terhadap ketidakpatuhan IAQ.