Melakukan kajian pengurusan kimia di Malaysia dan seterusnya membawa kepada penghasilan suatu platform bersepadu bagi menyimpan semua data bahan kimia berbahaya di Malaysia. Platform ini akan digunakan kelak oleh pemegang taruh untuk mendaftar segala bahan kimia yang disimpan, dihasilkan, diimport, dieksport dan lain-lain lagi secara deklarasi kendiri (self declaration).
Skop Projek :
Membangunkan platform bagi sistem bersepadu pengurusan bahan kimia industri (IICMS) yang merangkumi data berkaitan bahan kimia berbahaya di tempat kerja meliputi skop berikut:
1. Pembangunan sistem pengurusan bahan kimia industri yang merangkumi fungsi penghantaran data daftar bahan kimia (Chemical Register), inventori, semakan data di bawah peraturan kawalan terhadap bahaya kemalangan besar dalam perindustrian 1996 (CIMAH), pentadbiran sistem, dan fungsi semakan pada aplikasi mobile oleh pegawai;
2.Mewujudkan pangkalan data bagi bahan kimia berbahaya bagi daftar bahan kimia, inventori, CIMAH dan data GIS;
3. Integrasi data orang yang kompeten (OYK), data tempat kerja, data bahan kimia, data GIS, data pengguna di antara sistem IICMS dengan sistem MyKKP;
4. Migrasi data daripada sistem chemical information management sistem (CIMS) lama ke sistem IICMS (baharu); dan
5.Perolehan peralatan dan perabot bagi penyediaan 2 set stesen kerja bagi pengurusan bahan kimia industri dan pangkalan data. (meja, kerusi, komputer desktop, skrin 32”, webcam, speaker).
kos keseluruhan Projek :
RM 2,600,000.00
Output Projek :
1.Mewujudkan sistem pangkalan data bahan kimia berbahaya.
2.Bilangan inventori yang dihantar.
3.Bilangan permohonan permit import bahan kimia.
4.Senarai keutamaan bahan kimia berbahaya.
5.Senarai bahan kimia berbahaya yang mempunyai maklumat komprehensif.
6.Menjadi rujukan bagi agensi pengurusan bencana dan pasukan tindakan kecemasan.
Outcome Projek :
1.Menjadi pusat rujukan utama bagi data bahan kimia berbahaya di Malaysia.
2.Memudahkan pengawalan risiko terhadap bahan kimia berbahaya.
3.Peningkatan tahap pematuhan dan bilangan terhadap peraturan CLASS.
4.Peningkatan bilangan pematuhan terhadap peraturan berkaitan pengurusan kimia.
KPI Projek :
1.1 Pangkalan data bahan kimia berbahaya di dalam Sistem Geoportal Information System (GIS).
2.25% Peningkatan pematuhan bagi elemen inventori di kalangan pembekal bahan kimia industri.
3.25% Peningkatan maklumat hazard bahan kimia berbahaya dalam pangkalan data.
4.25% Peningkatan pematuhan terhadap peraturan CLASS.