Menerbitkan buku baharu amat penting atas pelbagai sebab, baik untuk penulis, pembaca, mahupun industri penerbitan itu sendiri. Buku bukan hanya sekadar produk komersial, tetapi juga sebuah medium yang berharga untuk menyampaikan ilmu, hiburan, dan pengalaman hidup.
Penerbitan buku di KKTS diselaraskan oleh Perpustakaan KKTS bagi memudahkan semakan dokumen dan sebagai pengantara dengan Pusat Bibliografi Negara, Perpustakaan Negara Malaysia.
Terdapat dua (2) elemen yang akan dipohon bagi penerbitan buku iaitu International Standard Book Number (ISBN) / International Standard Serial Number (ISSN) dan Pengkatalogan dalam Penerbitan (PdP).
Kedua-dua ini disediakan secara percuma.
Semua buku yang dipohon melalui Unit Perpustakaan KKTS akan diterbitkan oleh Kolej Komuniti Tawau.
Carta alir permohonan ISBN / ISSN & PdP adalah seperti berikut:
Penulis (Pensyarah) menyiapkan bahan untuk penerbitan.
⏬
Bahan yang telah siap atau sekurang-kurangnya 80% siap dihantar ke Unit Perpustakaan KKTS dalam bentuk soft copy.
⏬
Unit Perpustakaan KKTS buat semakan dokumen kriteria asas penerbitan.
⏬
Unit Perpustakaan KKTS membuat permohonan ISBN / ISSN & PdP (Pusat Bibliografi Negara, PNM).
⏬
Menerima ISBN / ISSN & PdP (Pusat Bibliografi Negara, PNM).
⏬
ISBN / ISSN & PdP dihantar kepada Penulis (Pensyarah) untuk diletakkan di dalam buku.
⏬
Buku diterbitkan secara fizikal atau elektronik.
⏬
Unit Perpustakaan KKTS menghantar pengesahan penerbitan buku kepada Pusat Penyerahan Terbitan Negara, PNM.
Proses keseluruhan akan mengambil masa dalam tempoh 2 minggu.