Penyakit tropika terabai (NTD) neglected tropical diseases ialah kelompok jangitan tropika berbagai-bagai yang lazim dalam penduduk berpendapatan rendah di rantau membangun benua Afrika, Asia, dan Amerika.
Ia disebabkan oleh berbagai-bagai patogen seperti virus, bakteria, protozoa dan cacing parasit (hwlmin). Penyakit-penyakt ini dibezakan dengan tiga penyakit berjangkit yang besar (HIV/AIDS, tuberkulosis, dan malaria), yang biasanya menerima rawatan dan dana penyelidikan yang lebih besar.
Di Afrika sub-Sahara, kesan penyakit ini sebagai kelompok boleh dibandingkan dengan malaria dan tuberkulosis. Jangkitan bersama NTD juga boleh membuatkan HIV/AIDS dan tuberkulosis lebih membawa maut.
Penyakit tropika Terabai (NTD) terbahagi kepada 7 kumpulan iaitu :
Protozoa ( Penyakit Cagas, Leishmaniasis, Human African trypanosomissis )
Ektoparasit ( Skabies)
Bakteria (Ulser Buruli, Kusta )
Penyakit tidak berjangkit ( Patukan ular )
Kulat ( Mycetoma, Chromoblastomycosis, Jangkitan kulat pada kulit )
Virus ( Rabies, Denggi dan Chikungunya )
Helmint / Cacing ( Taeniasis / cysticercosis, Trematodiases bawaan makanan, Filariasis limfatik, Dracunculiasis, Schistosomiasis, Onchocerciasis )