Zoonosis adalah penyakit yang menular antara haiwan dan manusia. Ia mempunyai hubungan rapat diantara manusia, haiwan serta persekitaran di mana manusia dan haiwan saling berinteraksi.
Penyakit ini boleh disebabkan oleh pelbagai patogen penyakit seperti virus, bakteria, kulat dan parasit.
Setiap tahun dijangkakan satu daripada tiga orang di dunia dijangkiti penyakit zoonosis.
Sebanyak 75% patogen penyakit baru muncul sejak beberapa dekad yang lalu adalah berkaitan dengan zoonosis.