Program Bebas Denggi dan Pemantauan Jentik-Jentik di Tempat Kerja
Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Hospital Jempol
Dapatkan Saringan TB anda di sini
Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Hospital Jempol
Penyakit demam denggi masih merupakan masalah kesihatan awam di negara ini. Dari tahun 1986 lagi, kejadian demam denggi terus meningkat pada setiap tahun di mana pada tahun 1992 sahaja 5473 kes demam denggi telah dilaporkan.
Daripada analisa yang dibuat ke atas kes-kes demam denggi yang dilaporkan, didapati bahawa kejadian demam denggi juga berlaku dalam kalangan mereka yang tinggal di kemudahan kesihatan. Sehubungan dengan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia telah melaksanakan Pelan Tindakan Program Bebas Aedes di kemudahan kesihatan pada tahun 1993.
Memandangkan masih berlakunya kejadian demam denggi di kemudahan kesihatan maka Cawangan Penyakit Bawaan Vektor, Kementerian Kesihatan telah menyarankan satu program yang lebih komprehensif iaitu “'Program Bebas Denggi di Kemudahan Kesihatan' bagi mengatasi masalah tersebut.
Program Bebas Denggi ini akan dilaksanakan pada tahun 1997 dengan objektif untuk memastikan semua kemudahan kesihatan dengan kemudahan kediaman bebas dari transmisi demam denggi dan juga memastikan kemudahan yang lain seperti Pejabat Kesihatan bebas dari pembiakan Aedes. Satu Pelan Tindakan telahpun disediakan untuk melaksanakan aktiviti Bebas Denggi di semua kemudahan kesihatan di negara ini. Pelan Tindakan Program Bebas Denggi ini perlu dilaksanakan di semua kemudahan kesihatan dengan kemudahan tempat tinggal seperti hospital, asrama dan kuarters.
Untuk mempastikan semua kemudahan kesihatan dengan kemudahan kediaman bebas dan transmisi demam denggi dan pembiakan Aedes.
Untuk mempastikan kemudahan yang lain seperti Pejabat Kesihatan, Poliklinik dan Iain-Iain bebas dari pembiakan Aedes dikawasannya mengikut Program Bebas Aedes yang telah diwujudkan pada tahun 1992