UKKP
Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
HOSPITAL JEMPOL
Dapatkan Saringan TB anda di sini
HOSPITAL JEMPOL
Towards the Wellness of Workers
Kini dalam versi Google Form!
Program Saringan Kakitangan KOSPEN WOW di Hospital Jempol bertujuan untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan para kakitangan melalui saringan kesihatan yang komprehensif. Program ini akan menyediakan pelbagai perkhidmatan saringan seperti pemeriksaan tekanan darah, indeks jisim badan (BMI), paras gula dalam darah, dan kolesterol. Aktiviti-aktiviti ini adalah bertujuan untuk mengesan awal sebarang masalah kesihatan yang mungkin tidak disedari dan memberi panduan untuk intervensi yang sesuai.
18 Mac 2025
Dimaklumkan bahawa Hospital Jempol telah melaksanakan perubahan pada kod warna kecemasan, selaras dengan garis panduan terkini yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Perubahan ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan dan keseragaman dalam tindak balas kecemasan, demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan pesakit.
10 Mac 2025
Tahniah dan syabas kepada Unit OSH CPRSK yang telah menerima kelulusan Pusat Pengajar OSH-C daripada pihak DOSH bagi melatih anggota menjadi OSH-C berdaftar di fasiliti KKM.
Pentauliahan Unit OSH sebagai agensi kerajaan pertama sektor kesihatan telah diluluskan dan ditandatangani oleh Ketua Pengarah DOSH dan surat disampaikan oleh Pengarah Bhgn Industri Kecil Sederhana & Sektor Bukan Kilang.
Penghargaan dan tahniah kepada urusetia Unit OSH yang bertungkus lumus mendapatkan kelulusan ni.
Semoga lebih ramai anggota di fasiliti KKM dapat dilatih dan dilantik sebagai OSH-C di fasiliti masing-masing bagi meningkatkan kualiti program keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Unit OSH
Cawangan Pengurusan Risiko dan Survelan Klinikal
Adalah dimaklumkan bahawa Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Sahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mewujudkan Takwim dan Pelan Tindakan Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) bagi Tahun 2025.
Tujuan Pelan Tindakan ini adalah untuk dijadikan panduan dalam pelaksanaan Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di Hospital dan lnstitusi Perubatan KKM. Secara dasarnya, Pelan Tindakan ini mengandungi 4 teras, 15 program dan 38 aktiviti berkaitan yang relevan dan merangkumi hazard dan risiko utama yang wujud di hospital dan institusi perubatan.
Unit Kesihatan Awam Hospital Sultan Ismail (HSI) telah menghasil satu video bagi membantu para anggota awam terutamanya anggota Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam mengendalikan kekerasan oleh orang awam terhadap penjawat awam.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Unit Kesihatan Awam HSI dalam berkongsi pengalaman dan video ini dalam membantu rakan sekerja di sektor perkhidmatan yang lain.
Terima kasih.
Video ini dihasilkan khusus untuk pekerja yang perlu mengendalikan tong oksigen di hospital bagi mencegah dan mengurangkan risiko mendapat penyakit musculoskeletal disorder (MSD) akibat pengendalian silinder oksigen yang salah, seterusnya mewujudkan suasana dan persekitaran tempat kerja yang selamat dan sihat.
Hospital Jempol
Jalan Bahagia, 72120 Bandar Seri Jempol
Negeri Sembilan
Mon - Fri ; 8.00 am - 5.00 pm
Tel : 06-459 2000
Email: ukkp.hjem@moh.gov.my