Dapatkan Saringan TB anda di sini
Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan komited dalam memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja terjamin dengan memberikan perkhidmatan dan aktiviti seperti berikut :
Aktiviti promosi, kursus dan latihan kepada staf, pihak konsesi atau pelajar di Hospital Jempol berkenaan dengan kepentingan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
Memberi perkhidmatan Klinik Warga pada setiap hari bekerja dan melaksanakan saringan kesihatan staf seperti saringan KOSPEN WOW dan saringan tuberkulosis.
Menjalankan pemeriksaan tempat kerja dan audit keselamatan dan kesihatan pekerjaan di peringkat hospital bagi memastikan tempat kerja sentiasa dalam keadaan selamat bagi pesakit, pelawat dan staf hospital
Menjalankan pelaporan dan siasatan bagi kes-kes kemalangan dan kesihatan yang melibatkan tempat kerja dan memastikan tindakan penambahbaikan dijalankan.