Laporan Aktiviti
Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Hospital Jempol
Dapatkan Saringan TB anda di sini
Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Hospital Jempol
Oktober 2024
Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk memastikan Hospital Jempol terus mematuhi piawaian keselamatan dan kesihatan pekerjaan, Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan bersama pihak konsesi, Medivest Sdn. Bhd., telah menjalankan pemeriksaan tempat kerja atau workplace inspection (WPI).
Pada 22 Oktober 2024, pemeriksaan dilaksanakan di Dewan Bedah dan CSSU. Pemeriksaan ini turut disertai oleh Safety and Health Officer daripada Medivest Sdn. Bhd. untuk memastikan aspek keselamatan di kedua-dua wad dipatuhi sepenuhnya.
Sebarang penemuan dan teguran telah disampaikan kepada pihak yang bertanggungjawab bagi tindakan susulan dan penambahbaikan yang diperlukan.
Terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa dan pihak Medivest yang telah memberikan komitmen penuh dalam menjayakan pemeriksaan ini. Semoga Hospital Jempol terus menjadi persekitaran yang selamat dan kondusif untuk para petugas dan pesakit.
Terima kasih.
Oktober 2024
Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Bil. 4/2024 telah berlangsung dengan jayanya pada 14 Oktober 2024. Salah satu agenda utama adalah pembentangan statistik laporan kes kemalangan pekerjaan.Â
Selain itu, maklum balas mengenai tindakan-tindakan yang diambil berdasarkan mesyuarat terdahulu turut dibentangkan. Beberapa cadangan untuk penambahbaikan telah dikemukakan, dengan harapan agar langkah-langkah pencegahan yang lebih efektif dapat diterapkan untuk mengekalkan rekod keselamatan yang baik ini.
Semoga kerjasama dan komitmen yang ditunjukkan oleh semua pihak akan terus memastikan Hospital Jempol sebagai tempat kerja yang selamat dan sihat. Terima kasih kepada semua yang terlibat.
Terima kasih
Oktober 2024
Pada 9 Okotber 2024, pihak Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) telah berjaya mengadakan Kursus Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan bagi tahun 2024.
Seperti sebelum ini, kursus ini berperanan dalam memberi kesedaran dan pengetahuan berkenaan dengan kepentingan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
Jutaan terima kasih kepada penceramah yang tidak jemu memberikan taklimat saban tahun dalam memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja sentiasa dipraktikan.
Tidak lupa kepada semua jawatankuasa dan para peserta yang memberikan tumpuan dan juga komitmen sepanjang penganjuran kursus ini.
Terima kasih.
Oktober 2024
Pada 1 Oktober 2024, Hospital Jempol telah menerima lawatan daripada Bahagian Keselamatan Kerajaan (CGSO). Lawatan ini adalah bagi menilai kedudukan kamera litar tertutup (CCTV) yang telah dicadangkan. Pegawai-pegawai tersebut telah diberikan pelan kedudukan CCTV yang telah disediakan dan diserahkan kepada CGSO sebelum ini.
Sepanjang lawatan, pegawai CGSO telah meneliti pelan tersebut dengan teliti dan membuat penilaian di lapangan. Mereka menilai sama ada lokasi yang dicadangkan untuk pemasangan CCTV adalah sesuai dari segi keselamatan dan pemantauan. Beberapa cadangan penambahbaikan juga telah dibincangkan bagi memastikan semua kawasan kritikal dapat dipantau dengan berkesan.
Laporan penuh dan maklum balas daripada CGSO dijangka akan diterima dalam masa terdekat untuk tindakan lanjut.
Terima kasih.
September 2024
Pada 28 September 2024, Latihan Pengurusan Krisis EX-PERPATIH - CEML3X telah diadakan dengan simulasi kejadian kebocoran gas ammonia di tapak Cenviro. Pesakit yang terkesan dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) untuk rawatan lanjut. UKKP Hospital Jempol (HJEM) telah dijemput untuk membantu sebagai koordinator sepanjang latihan ini.
Latihan ini melibatkan pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Pelbagai senario tambahan disuntik sepanjang latihan ini untuk mengenal pasti sebarang kelemahan atau kekurangan dalam pelan tindakan sedia ada.
Latihan ini juga telah mengaktifkan Arahan 20 Majlis Keselamatan Negara (MKN), yang membawa kepada pembukaan hospital transit bagi menampung pesakit yang berlebihan. Latihan bermula pada jam 9 pagi dan berjaya diselesaikan pada jam 3 petang dengan penglibatan penuh semua agensi terlibat.
Terima kasih.
September 2024
Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan telah dijemput pada 24 September 2024 untuk bersama di dalam Mesyuarat Pengurusan Krisis Ex-Perpatih - CEML3X Bil. 3/2024 yang diadakan di tapak Kualiti Alam Sdn. Bhd di Bandar Sri Sendayan, Seremban.
Di sini satu taklimat dan penerangan berkenaan perancangan aktiviti bencana yang akan dilaksanakan telah disampaikan oleh wakil dari Kualiti Alam Sdn. Bhd. dan juga Dr. Essazul, Ketua Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Hospital Tuanku Ja'afar Seremban.
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh pelbagai agensi kerajaan lain yang turut akan menyumbang tenaga seperti agensi BOMBA, PDRM dan APM.
Terima kasih kepada pihak UKKP Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban dan Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan kerana telah menjemput UKKP Hospital Jempol untuk hadir di dalam mesyuarat ini.
Terima kasih.
September 2024
Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk memastikan Hospital Jempol terus mematuhi piawaian keselamatan dan kesihatan pekerjaan, Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan bersama pihak konsesi, Medivest Sdn. Bhd., telah menjalankan pemeriksaan tempat kerja atau workplace inspection (WPI).
Pada 19 September 2024, pemeriksaan dilaksanakan di Wad 2B dan Wad 2A. Pemeriksaan ini turut disertai oleh Safety and Health Officer daripada Medivest Sdn. Bhd. untuk memastikan aspek keselamatan di kedua-dua wad dipatuhi sepenuhnya.
Sebarang penemuan dan teguran telah disampaikan kepada pihak yang bertanggungjawab bagi tindakan susulan dan penambahbaikan yang diperlukan.
Terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa dan pihak Medivest yang telah memberikan komitmen penuh dalam menjayakan pemeriksaan ini. Semoga Hospital Jempol terus menjadi persekitaran yang selamat dan kondusif untuk para petugas dan pesakit.
Terima kasih.
Ogos 2024
Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk memastikan Hospital Jempol mematuhi piawaian keselamatan dan kesihatan pekerjaan, Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) bersama pihak konsesi, Medivest Sdn. Bhd., telah menjalankan pemeriksaan tempat kerja atau workplace inspection (WPI).
Pada 15 Ogos 2024, pemeriksaan telah dijalankan di Unit Kawalan Infeksi (UKI) dan Unit Rawatan Harian (Daycare). Pemeriksaan ini turut disertai oleh ahli JKKP dan Safety and Health Officer dari Medivest Sdn. Bhd., dengan objektif untuk memastikan pematuhan terhadap langkah-langkah keselamatan dan kesihatan di kedua-dua unit.
Penemuan dan teguran telah disampaikan kepada person in-charge bagi tindakan susulan dan penambahbaikan yang diperlukan untuk meningkatkan keselamatan di persekitaran kerja.
Terima kasih diucapkan kepada ahli JKKP dan pihak Medivest atas komitmen dalam menjayakan pemeriksaan ini. Semoga Hospital Jempol terus menjadi persekitaran yang selamat dan kondusif untuk semua.
Terima kasih.
Julai 2024
Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Bil. 3/2024 telah berlangsung dengan jayanya pada 30 Julai 2024. Salah satu agenda utama adalah pembentangan statistik laporan kes kemalangan pekerjaan. Mesyuarat dimaklumkan bahawa tiada tambahan kes yang dilaporkan bagi tempoh Mac hingga Jun 2024, menunjukkan trend positif dari segi keselamatan tempat kerja dalam tempoh tersebut.
Selain itu, maklum balas mengenai tindakan-tindakan yang diambil berdasarkan mesyuarat terdahulu turut dibentangkan. Beberapa cadangan untuk penambahbaikan telah dikemukakan, dengan harapan agar langkah-langkah pencegahan yang lebih efektif dapat diterapkan untuk mengekalkan rekod keselamatan yang baik ini.
Semoga kerjasama dan komitmen yang ditunjukkan oleh semua pihak akan terus memastikan Hospital Jempol sebagai tempat kerja yang selamat dan sihat. Terima kasih kepada semua yang terlibat.
Terima kasih
Julai 2024
Pada 29 Julai 2024, Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) Hospital Jempol, yang juga berperanan sebagai Liaison Officer Facility Management Services (LO FMS), telah diundang bersama Unit Kejuruteraan Hospital Jempol dan pihak konsesi Medivest Sdn. Bhd. untuk melaksanakan aktiviti facility round di Hospital Jempol. Aktiviti ini diatur oleh Unit Kejuruteraan Hospital Jempol sebagai tindak balas kepada saranan dan keperluan daripada Malaysian Society for Quality in Health (MSQH). Facility round ini juga dihadiri oleh Pengarah Hospital Jempol, Dr. Zul Iskandar bin Zainudin.
Tujuan utama aktiviti ini adalah untuk memastikan fasiliti hospital berada dalam keadaan baik, selamat, dan berfungsi dengan baik. Di samping itu, aktiviti ini menyediakan platform untuk membincangkan hala tuju pembangunan dan penambahbaikan fasiliti bersama pihak konsesi dan Unit Kejuruteraan.
Kami ingin merakamkan penghargaan kepada Unit Kejuruteraan Hospital Jempol atas inisiatif mereka menganjurkan aktiviti ini. Diharapkan fasiliti Hospital Jempol terus berada dalam keadaan selamat dan kondusif untuk pesakit, pelawat, serta kakitangan.
Terima kasih.
Julai 2024
Sebagai satu usaha dalam memastikan Hospital Jempol selamat dan mematuhi keperluan perundangan, Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan bersama dengan pihak konsesi, Medivest Sdn. Bhd. mengadakan pemeriksaan tempat kerja atau work place inspection (WPI).
Alhamdulillah, pada 25 Julai 2024, unit yang dipilih untuk diperiksa adalah Unit Pengurusan, Unit Kejuruteraan, Unit Kualiti, Unit Kejururawatan, Unit Teknologi Maklumat dan Unit Rekod Perubatan. Pemeriksaan dijalankan bersama dengan Safety and Health Officer dari pihak konsesi Medivest Sdn. Bhd.
Hasil penemuan dan teguran telah disampaikan kepada person in-charge dan ketua unit yang terbabit untuk tindakan penambahbaikan.
Terima kasih kepada ahli jawatankuasa dan pihak Medivest yang sudi meluangkan masa dan tenaga dalam menjalankan aktiviti pemeriksaan ini. Semoga fasiliti Hospital Jempol kekal menjadi satu fasiliti yang selamat bagi warga kerja untuk terus berkhidmat.
Terima kasih.
Julai 2024
Dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran tentang pentingnya aktiviti fizikal dalam menjaga kesihatan, Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) di bawah program KOSPEN WOW telah melancarkan kempen "Jom Naik Tangga" peringkat Hospital Jempol bersama Pengarah Hospital Jempol, Dr. Zul Iskandar bin Zainudin.
Pada 19 Julai 2024, UKKP telah menepatkan beberapa bunting promosi bagi menggalakan kakitangan hospital untuk menggunakan tangga sebagai alternatif kepada lif. Aktiviti ini merupakan salah satu daripada usaha berterusan untuk menggalakkan gaya hidup sihat dan mencegah penyakit kronik seperti obesiti, diabetes, dan penyakit jantung.
Kempen "Jom Naik Tangga" adalah satu langkah bijak dalam usaha memperkasakan kesihatan komuniti dengan cara yang sederhana tetapi berkesan. Dengan sokongan dari pihak hospital dan kerjasama daripada masyarakat, diharapkan kempen ini dapat mencapai matlamatnya dan menjadi contoh yang baik untuk inisiatif kesihatan seterusnya.
Mari kita sama-sama menyokong kempen ini dan menjadikan amalan menaiki tangga sebagai satu kebiasaan harian demi kesihatan yang lebih baik!
Terima kasih.
Jun 2024
Sebagai satu usaha dalam memastikan Hospital Jempol selamat dan mematuhi keperluan perundangan, Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan bersama dengan pihak konsesi, Medivest Sdn. Bhd. mengadakan pemeriksaan tempat kerja atau work place inspection (WPI).
Alhamdulillah, pada 19 Jun 2024, unit yang dipilih untuk diperiksa adalah Unit Pemulihan Cara Kerja dan Fisioterapi dan Unit Hemodialisis. Pemeriksaan dijalankan bersama dengan Safety and Health Officer dari pihak konsesi Medivest Sdn. Bhd.
Hasil penemuan dan teguran telah disampaikan kepada person in-charge dan ketua unit yang terbabit untuk tindakan penambahbaikan.
Terima kasih kepada ahli jawatankuasa dan pihak Medivest yang sudi meluangkan masa dan tenaga dalam menjalankan aktiviti pemeriksaan ini. Semoga fasiliti Hospital Jempol kekal menjadi satu fasiliti yang selamat bagi warga kerja untuk terus berkhidmat.
Terima kasih.
Jun 2024
Hospital Jempol sekali lagi dengan rendah diri menerima jemputan sebagai speaker dan urusetia bagi program World OSH Day Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Hospital Sg. Buloh.
Sambutan ini diadakan selama 3 hari bermula 10 Jun sehingga 13 Jun 2024 dan dirasmikan oleh YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Bin Ahmad, Menteri Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Dr. Mohd Azriq telah dijemput bagi menyampaikan tajuk Unleashing Potential: Google Sites for OSH Practitioner. Objektif tajuk ini adalah supaya Google Sites digunakan dengan maksimum dalam mempromosikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.Â
Setiap wakil hospital yang hadir diminta untuk mencipta satu laman Google Sites untuk Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di hospital masing-masing.
Diharap dengan sedikit pengalaman yang dikongsi ini dapat membantu dalam mempromosikan dan meletakan Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan lebih kehadapan dan dikenali oleh semua pihak bukan sahaja oleh kakitangan KKM, malah diluar industri kesihatan.
Terima kasih
Jun 2024
Hospital Jempol dengan rendah diri menerima baik lawatan kerja dari Hospital Jasin dalam lawatan kerja satu hari bagi pemantapan pemahaman terhadap keperluan standard akreditasi MSQH Edisi ke-6.
Program lawatan dimulakan dengan taklimat oleh Dr. Zul Iskandar bin Zainudin, Pengarah Hospital Jempol, yang memberikan gambaran menyeluruh tentang pelaksanaan dan kepentingan Standard 6 MSQH dalam konteks hospital. Seterusnya, rombongan dari Hospital Jasin diberikan peluang untuk bersama dengan ketua unit dan liaison officer bagi setiap standard yang dinilai untuk bertukar pendapat dan cadangan.
Perbincangan mendalam diadakan untuk membincangkan penemuan dan amalan terbaik, serta untuk menjawab soalan daripada peserta lawatan.Â
Kami dari pihak Hospital Jempol berharap agar lawatan dan sedikit pengalaman dalam mengharungi MSQH yang dapat kami kongsikan ini dapat membantu sedikit sebanyak dalam memastikan Hospital Jasin berjaya mendapat akreditasi selama 4 tahun.
Selamat maju jaya untuk Hospital Jasin dari kami warga Hospital Jempol.
Terima kasih
Mei 2024
Pada 28 Mei 2024, Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) Hospital Jempol telah menerima undangan sebagai pemerhati bagi tapak berkumpul untuk latihan kebakaran Hospital Jempol bagi tahun 2024.
Latihan pada tahun ini ditumpukan pada Unit Dietetik dan Sajian kerana risiko haba yang tinggi di unit ini. Latihan ini melibatkan pasukan BOMBA dari Balai Bomba Bandar Seri Jempol.
Kerjasama dan teknik menyelamat di nilai oleh beberapa pemerhati lain yang bertugas mencari titik penambahbaikan bagi memastikan persediaan staf sentiasa berada di dalam keadaan terbaik.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Tn. Hj. Shamsudin, Penyelia Hospital Jempol dan juga sebagai Penyelaras Jawatankuasa Kebakaran Hospital Jempol kerana berjaya menjayakan aktiviti ini.
Tidak lupa kepada semua staf yang terlibat dan Emergency Response Team (ERT) yang sangat berdedikasi dan memberikan kerjasama dalam aktiviti latihan kebakaran tahun ini.
Terima kasih.
Mei 2024
Pada 22 Mei 2024, Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) Hospital Jempol, yang juga berperanan sebagai Liaison Officer Facility Management Services (LO FMS), telah diundang bersama Unit Kejuruteraan Hospital Jempol dan pihak konsesi Medivest Sdn. Bhd. untuk melaksanakan aktiviti facility round di Hospital Jempol. Aktiviti ini diatur oleh Unit Kejuruteraan Hospital Jempol sebagai tindak balas kepada saranan dan keperluan daripada Malaysian Society for Quality in Health (MSQH). Facility round ini juga dihadiri oleh Pengarah Hospital Jempol, Dr. Zul Iskandar bin Zainudin.
Tujuan utama aktiviti ini adalah untuk memastikan fasiliti hospital berada dalam keadaan baik, selamat, dan berfungsi dengan baik. Di samping itu, aktiviti ini menyediakan platform untuk membincangkan hala tuju pembangunan dan penambahbaikan fasiliti bersama pihak konsesi dan Unit Kejuruteraan.
Kami ingin merakamkan penghargaan kepada Unit Kejuruteraan Hospital Jempol atas inisiatif mereka menganjurkan aktiviti ini. Diharapkan fasiliti Hospital Jempol terus berada dalam keadaan selamat dan kondusif untuk pesakit, pelawat, serta kakitangan.
Terima kasih.
Mei 2024
Sebagai satu usaha dalam memastikan Hospital Jempol selamat dan mematuhi keperluan perundangan, Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan bersama dengan pihak konsesi, Medivest Sdn. Bhd. mengadakan pemeriksaan tempat kerja atau work place inspection (WPI).
Alhamdulillah, pada 13 Mei 2024, unit yang dipilih untuk diperiksa adalah Wad 3A dan Wad 3B. Pemeriksaan dijalankan bersama dengan Safety and Health Officer dari pihak konsesi Medivest Sdn. Bhd.
Hasil penemuan dan teguran telah disampaikan kepada person in-charge dan ketua unit yang terbabit untuk tindakan penambahbaikan.
Terima kasih kepada ahli jawatankuasa dan pihak Medivest yang sudi meluangkan masa dan tenaga dalam menjalankan aktiviti pemeriksaan ini. Semoga fasiliti Hospital Jempol kekal menjadi satu fasiliti yang selamat bagi warga kerja untuk terus berkhidmat.
Terima kasih.
April 2024
Pada 22 April 2024, pihak Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) Hospital Jempol, juga selaku Liaison Officer Facility Management Services (LO FMS) telah dijemput bersama dengan Unit Kejuruteraan Hospital Jempol dan pihak konsesi Medivest Sdn. Bhd. untuk menjalankan aktiviti facility round Hospital Jempol.
Aktiviti ini telah dianjurkan oleh Unit Kejuruteraan Hospital Jempol sebagai menyahut saranan dan keperluan oleh Malaysian Society for Quality in Health (MSQH). Facility round ini turut disertai oleh Pengarah Hospital Jempol, Dr. Zul Iskandar bin Zainudin.
Objektif aktiviti ini adalah untuk memastikan keadaan fasiliti berada dalam keadaan baik, selamat dan berfungsi seperti yang dikehendaki. Selain itu, ia membuka ruang untuk perbincangan hala tuju pembangunan dan penambahbaikan fasiliti bersama pihak konsesi dan Unit Kejuruteraan semasa facility round ini dijalankan.
Terima kasih kepada pihak Unit Kejuruteraan Hospital Jempol atas inisiatif untuk mengadakan aktiviti seperti ini. Diharap agar keadaan fasiliti Hospital Jempol sentiasa berada dalam keadaan selamat dan sihat untuk para pesakit, pelawat dan kakitangan.
Terima kasih.
April 2024
Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) telah berjaya diadakan pada 22 April 2024 yang lepas. Mesyuarat pada kali ini membincangkan isu-isu keselamatan yang didapati semasa pemeriksaan di tempat kerja.
Fokus tertumpu kepada keselamatan penyimpanan bahan kimia yang digunakan di unit-unit yang diperiksa.
Minit mesyuarat telah diedarkan dalam tempoh 14 hari kepada semua ketua jabatan dan ahli jawatankuasa untuk makluman dan tindakan. Semoga mesyuarat ini menjadi medan untuk semua kakitangan berbincang, menyampaikan maklumat dan mendapatkan satu hasil yang utuh dalam memastikan keselamatan dan kesihatan di Hospital Jempol sentiasa terjamin.
Terima kasih.
April 2024
Sebagai satu usaha dalam memastikan Hospital Jempol selamat dan mematuhi keperluan perundangan, Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan bersama dengan pihak konsesi, Medivest Sdn. Bhd. mengadakan pemeriksaan tempat kerja atau work place inspection (WPI).
Alhamdulillah, pada 5 April 2024, unit yang dipilih untuk diperiksa adalah Unit Patologi dan Tabung Darah serta Unit Promosi Kesihatan/UKKP. Pemeriksaan dijalankan bersama dengan Safety and Health Officer dari pihak konsesi Medivest Sdn. Bhd.
Pemeriksaan pada kali ini tidak dapat dihadiri secara penuh oleh pihak UKKP kerana kekangan masa dan tenaga sumber manusia. Namun kehadiran JKKP dan Medivest sangat membantu dalam menjayakan aktiviti ini.
Terima kasih kepada ahli jawatankuasa dan pihak Medivest yang sudi meluangkan masa dan tenaga dalam menjalankan aktiviti pemeriksaan ini. Semoga fasiliti Hospital Jempol kekal menjadi satu fasiliti yang selamat bagi warga kerja untuk terus berkhidmat.
Terima kasih.
Mac 2024
Sebagai satu usaha dalam memastikan Hospital Jempol selamat dan mematuhi keperluan perundangan, Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan bersama dengan pihak konsesi, Medivest Sdn. Bhd. mengadakan pemeriksaan tempat kerja atau work place inspection (WPI).
Alhamdulillah, pada 20 Mac 2024, unit yang dipilih untuk diperiksa adalah Unit Dietetik dan Sajian. Pemeriksaan dijalankan bersama dengan Safety and Health Officer dari pihak konsesi Medivest Sdn. Bhd.
Keunikan pemeriksaan kali ini yang dijalankan pada bulan Ramadhan sungguh mencabar dengan bau masakan dan kepanasan yang menduga iman. Namun ia tidak melunturkan semangat kami dalam melakukan pemeriksaan.
Hasil penemuan dan teguran telah disampaikan kepada person in-charge dan ketua unit yang terbabit untuk tindakan penambahbaikan.
Terima kasih kepada ahli jawatankuasa dan pihak Medivest yang sudi meluangkan masa dan tenaga dalam menjalankan aktiviti pemeriksaan ini. Semoga fasiliti Hospital Jempol kekal menjadi satu fasiliti yang selamat bagi warga kerja untuk terus berkhidmat.
Terima kasih.
Mac 2024
Pada bulan Mac tahun 2024, pihak Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) Hospital Jempol telah menjalankan saringan KOSPEN WOW untuk para kakitangan Hospital Jempol.
Persediaan saringan ini telah diadakan semenjak Februari 2024 bagi bersedia dengan cabaran baru digitalisasi masa kini. KOSPEN WOW pada tahun 2024 telah menggunakan sistem myVAS sebagai wadah atau platform untuk menjalankan saringan.
Dengan penggunaan teknologi terkini, kakitangan dapat melihat laporan saringan melalui aplikasi mySejahtera. Laporan ini berguna untuk membantu kakitangan untuk mendapatkan rawatan kesihatan di Klinik Kesihatan atau Klinik Pakar terdekat.
Cabaran tahun ini merupakan satu pengalaman baru bagi UKKP Hospital Jempol kerana ia melibatkan kesemua kakitangan termasuk mereka yang telah mempunyai diagnosis non-communicable disease (NCD).Â
Namun dengan sokongan dari pelbagai pihak, UKKP Hospital Jempol dapat menjalankan saringan ini dengan teratur. Saringan ini dijangka lengkap pada akhir bulan April atau pertengahan Mei 2024.
Semoga dengan saringan KOSPEN WOW ini, kesihatan dan kebajikan kakitangan Hospital Jempol sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
Terima kasih.
Mac 2024
Pada 5 Mac sehingga 7 Mac 2024, Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP), Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan, Bahagian Perkembangan Perubatan dengan kerjasama UKKP Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan dan UKKP Hospital Tuanku Ja'afar telah menganjurkan Bengkel Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan bagi Hospital dan Institusi Perubatan Kementerian Kesihatan.
Bertempat di Dewan besar, Pusat Dakwah lslamiah Paroi, Seremban, Negeri Sembilan, bengkel ini bukan sahaja dihadiri oleh Ketua Unit dan wakil dari Semenanjung Malaysia, malah juga melibatkan wakil dari Sabah dan Sarawak.
Objektif bengkel ini adalah untuk membincangkan isu-isu berkaitan program keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang dilaksanakan di hospital dan institusi perubatan yang dipantau semenjak tahun 2016 serta merancang dan membincangkan isu-isu berkaitan pelaksanaan program KKP bagi tahun 2024.
Bengkel ini diakhiri dengan lawatan industri ke kawasan perindustrian dan kilang-kilang yang terpilih sebagai satu usahasama dengan pihak industri untuk mempelajari dan berkongsi pendapat berkenaan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak UKKP Cawagan Kualiti Penjagaan Perubatan, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan dan Hospital Tuanku Ja'afar dan ahli jawatankuasa bengkel yang telah menjayakan program 3 hari ini. Semoga segala ilmu yang dipelajari sepanjang bengkel ini berlangsung dapat dibawa pulang untuk diamalkan di fasiliti kami.
Terima kasih.
Februari 2024
Pada 28 Februari 2024, pihak Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) Hospital Jempol, juga selaku Liaison Officer Facility Management Services (LO FMS) telah dijemput bersama dengan Unit Kejuruteraan Hospital Jempol dan pihak konsesi Medivest Sdn. Bhd. untuk menjalankan aktiviti facility round Hospital Jempol.
Aktiviti ini telah dianjurkan oleh Unit Kejuruteraan Hospital Jempol sebagai menyahut saranan dan keperluan oleh Malaysian Society for Quality in Health (MSQH). Facility round ini turut disertai oleh Pengarah Hospital Jempol, Dr. Zul Iskandar bin Zainudin.
Objektif aktiviti ini adalah untuk memastikan keadaan fasiliti berada dalam keadaan baik, selamat dan berfungsi seperti yang dikehendaki. Selain itu, ia membuka ruang untuk perbincangan hala tuju pembangunan dan penambahbaikan fasiliti bersama pihak konsesi dan Unit Kejuruteraan semasa facility round ini dijalankan.
Terima kasih kepada pihak Unit Kejuruteraan Hospital Jempol atas inisiatif untuk mengadakan aktiviti seperti ini. Diharap agar keadaan fasiliti Hospital Jempol sentiasa berada dalam keadaan selamat dan sihat untuk para pesakit, pelawat dan kakitangan.
Terima kasih.
Februari 2024
Sebagai satu usaha dalam memastikan Hospital Jempol selamat dan mematuhi keperluan perundangan, Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan bersama dengan pihak konsesi, Medivest Sdn. Bhd. mengadakan pemeriksaan tempat kerja atau work place inspection (WPI).
Pada 29 Februari 2024, unit yang dipilih untuk diperiksa adalah Unit Hasil dan Kewangan serta Unit Radiologi. Pemeriksaan dijalankan bersama dengan OSH Coordinator dari pihak konsesi Medivest Sdn. Bhd.
Hasil penemuan dan teguran telah disampaikan kepada person in-charge dan ketua unit yang terbabit untuk tindakan penambahbaikan.
Terima kasih kepada ahli jawatankuasa dan pihak Medivest yang sudi meluangkan masa dan tenaga dalam menjalankan aktiviti pemeriksaan ini. Semoga fasiliti Hospital Jempol kekal menjadi satu fasiliti yang selamat bagi warga kerja untuk terus berkhidmat.
Terima kasih.
Februari 2024
Bagi memastikan program kesihatan pekerjaan sentiasa mencapai standard yang dikehendaki, pihak Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan telah mengadakan satu lawatan penyeliaan ke Hospital Jempol pada 22 Februari 2024.
Lawatan kerja ini bertujuan untuk menilai pencapaian dan keberkesanan program yang berkaitan. Wakil yang hadir adalah Ketua Jururawat, Pn. Fadhilyah Binti Karsan bersama dengan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Pn. Nur Syafieqa Binti Anuar.
Hasil lawatan ini telah banyak membantu pihak UKKP Hospital Jempol dalam mengenalpasti sebarang ketidakseragaman dan peluang untuk bertanya dan mempelajari perkara baru.
Terima kasih kepada wakil dari Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan kerana sudi meluangkan masa demi membantu pihak Hospital Jempol untuk kekal cemerlang dan menjalankan tugas dengan baik.
Terima kasih.
Januari 2024
Pada 29 Januari 2024 yang lalu, Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan terlibat di dalam audit luaran bagi KPI dan HPIA bagi pencapaian pada penggal kedua tahun 2023. Audit luaran ini dianjurkan oleh Unit Kualiti Hospital Jempol dengan jemputan auditor luar dari Hospital Jelebu.
Auditor yang hadir ialah Dr. Mohamad Saif Bin Jamaludin (Ketua Juruaudit), Penyelia Jururawat Pn. Chua Choon Gek, Ketua Jururawat Pn. Solehah Binti Md Aji, Jurarawat Pn. Shahidah Binti Sulaiman dan Penolong Pegawai Perubatan En. Mohd Noraffendi Binti Anuar.
Hasil audit adalah baik dan Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Hospital Jempol mendapat full conformance bagi pencapaian tahun 2023.
Terima kasih diucapkan kepada pihak Hospital Jelebu dan Unit Kualiti Hospital Jempol. Audit ini bukan sahaja memastikan kualiti perkhidmatan menepati standard yang baik, tetapi juga turut menjadi medan berkongsi pendapat dan ruang penambahbaikan di dalam perkhidmatan.
Terima kasih.
Januari 2024
Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) telah berjaya diadakan pada 22 Januari 2024 yang lepas. Mesyuarat pada kali ini membincangkan berkenaan pencapaian pada tahun 2023Â dan perancangan aktiviti jawatankuasa dan unit pada tahun 2024.
Selain itu, mesyuarat ini memperkenalkan beberapa lantikan ahli jawatankuasa yang baru yang menggantikan ahli yang telah berpindah ke fasiliti lain.
Pelbagai isu telah dibincangkan dan pelan tindakan tahunan yang disampaikan oleh pihak KKM telah dimaklumkan kepada semua ahli.
Minit mesyuarat telah diedarkan dalam tempoh 14 hari kepada semua ketua jabatan dan ahli jawatankuasa untuk makluman dan tindakan. Semoga mesyuarat ini menjadi medan untuk semua kakitangan berbincang, menyampaikan maklumat dan mendapatkan satu hasil yang utuh dalam memastikan keselamatan dan kesihatan di Hospital Jempol sentiasa terjamin.
Terima kasih.
Januari 2024
Sebagai satu usaha dalam memastikan Hospital Jempol selamat dan mematuhi keperluan perundangan, Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan bersama dengan pihak konsesi, Medivest Sdn. Bhd. mengadakan pemeriksaan tempat kerja atau work place inspection (WPI).
Pada 19 Januari 2024, unit yang dipilih untuk diperiksa adalah Unit Forensik dan Unit Kecemasan. Pemeriksaan dijalankan bersama dengan safety health officer (SHO) dari pihak konsesi.
Hasil penemuan dan teguran telah disampaikan kepada person in-charge dan ketua unit yang terbabit untuk tindakan penambahbaikan.
Terima kasih kepada ahli jawatankuasa dan pihak Medivest yang sudi meluangkan masa dan tenaga dalam menjalankan aktiviti pemeriksaan ini. Semoga fasiliti Hospital Jempol kekal menjadi satu fasiliti yang selamat bagi warga kerja untuk terus berkhidmat.
Terima kasih.
November - Disember 2023
Audit pada tahun ini melibatkan 5 unit atau kawasan wajib iaitu Unit Kecemasan dan Trauma, High Dependency Ward (HDW), Unit Dietetik dan Sajian, Makmal Patologi dan Tabung Darah dan Unit Radiologi. Pengurangkan unit dan kawasan berbanding tahun lepas adalah kerana kekangan masa dan sumber manusia pada tahun 2023.
Laporan audit adalah seperti gambar rajah.
Penemuan audit adalah sebanyak 10 penemuan dan sebanyak 9 penemuan telah berjaya diambil tindakan penambahbaikan. Ini membawa kepada jumlah peratus sebanyak 90% penambahbaikan telah berjaya dilaksanakan.
Harapan Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan adalah untuk mengadakan aktiviti audit ini dengan lebih baik dan meliputi lebih luas kawasan pekerjaan di Hospital Jempol bagi sesi tahun 2024.
Terima kasih.
Oktober 2023
Kursus HIRARC telah berjaya diadakan pada 30 Oktober 2023 hingga 1 November 2023. Kursus ini dihadiri oleh pelbagai penjawatan dan juga ketua unit. Objektif kursus ini adalah memberi pendedahan dan pengetahuan berkenaan cara-cara dan kepentingan melaksanakan aktiviti HIRARC.
Keistimewaan kursus ini adalah ia melibatkan penceramah jemputan dari National Institute for Occupational Safety and Health (NIOSH). Ceramah yang komprehensif dan menarik telah disampaikan oleh En. Mohd Zamri bin Mohamed. Peserta kemudian diminta menjalankan HIRARC di tempat yang telah ditetapkan sebagai latihan dalam memastikan kefahaman peserta dinilai dan dipraktikan.
Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan penghargaan kepada Jawatankuasa MS ISO yang telah berjaya menganjurkan aktiviti ini. Kursus ini mampu membantu pihak Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) dalam memastikan risiko di tempat kerja dikenal pasti dan ditambahbaik.Â
Terima kasih.
Oktober 2023
Pada 19 Okotber 2023, pihak Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) telah berjaya mengadakan Kursus Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan bagi sesi ke-2 pada tahun 2023.
Seperti sebelum ini, kursus ini berperanan dalam memberi kesedaran dan pengetahuan berkenaan dengan kepentingan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
Jutaan terima kasih kepada penceramah yang tidak jemu memberikan taklimat saban tahun dalam memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja sentiasa dipraktikan.
Tidak lupa kepada semua jawatankuasa dan para peserta yang memberikan tumpuan dan juga komitmen sepanjang penganjuran kursus ini.
Terima kasih.
September 2023
Bertempat di Akar Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan, saatu bengkel kesedaran berkenaan kepentingan Indoor Air Quality atau lebih dikenali sebagai IAQ telah dianjurkan oleh pihak konsesi Medivest Sdn. Bhd.
Bengkel ini telah disertai oleh staf Hospital Jempol dari pelbagai unit dan jawatan. Keseluruhan peserta adalah seramai 21 orang termasuk pihak konsesi Medivest Sdn. Bhd.
Ini adalah merupakan satu inisiatif dan usaha dalam memastikan para staf hospital peka dan memahami berkenaan kepentingan kualiti udara di tempat kerja.
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pihak Medivest Sdn. Bhd. dan Unit Kejuruteraan Hospital Jempol sebagai urusetia dalam mengendalikan bengkel ini. Diharap bengkel seumpama ini dapat diadakan lagi bagi memastikan setiap kakitangan memahami peranan dan tanggungjawab mereka di dalam IAQ.
Terima kasih.
Ogos 2023
Pada 14 Ogos sehingga 16 Ogos 2023 yang lepas, Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) telah terlibat secara langsung di dalam Akreditasi MSQH Hospital Jempol. Akreditasi ini berperanan dalam memastikan kualiti penyampaian perkhidmatan hospital adalah selari dengan kehendak standard pada masa kini.
Akreditasi yang berlangsung selama 3 hari ini merupakan satu pengalaman yang bersejarah dalam memaparkan peranan dan kepentingan UKKP di dalam perkhidmatan. Satu penekanan khas (Special Requirement) memerlukan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan bukan sahaja pekerja, namun juga para pelawat, pesakit, pihak konsesi dan pelajar terjaga.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak surveyor yang bukan sahaja menjalankan akreditasi, namun juga mengajar dan memberikan buah pandangan dalam memastikan Hospital Jempol dapat memenuhi standard yang terbaik.
Tidak dilupakan kepada penganjur dan jawatankuasa yang membantu dalam memastikan proses akreditasi ini berjalan dengan lancar.
Terima kasih.
Mei 2023
Pada 30 Mei 2023 yang lepas, Kursus Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan telah berjaya diadakan sebagai satu usaha memupuk kesedaran terhadap staf-staf yang bekerja di Hospital Jempol. Kursus yang disertai seramai 29 orang dari pelbagai jawatan dan unit ini telah berlangsung selama 1 hari di Dewan Cenderawasih (CME).Â
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Ketua Jururawat Tengku Khairul Azwan bin Tuan Ismail, Dr Harvin A/L Anbu Manivanna Bharathy, Dr Muhammad Muadz bin Mohd Termizi, Pn. Nurul Fadilah binti Mohmad Haris sebagai penceramah jemputan di dalam program ini. Kehadiran tuan puan telah memeriahkan kursus ini dan menyuntik semangat dan kesedaran yang amat baik kepada staf Hospital Jempol.
Tidak dilupakan kepada peserta yang hadir di dalam program kursus ini. Tanpa kehadiran, sokongan dan semangat dari peserta yang hadir, program ini pasti tidak dapat mencapai objektif yang diingini. Akhir kata, semoga program seperti ini dapat diadakan lagi bagi memberi kesedaran kepada staf berkenaan kesihatan dan keselamatan semasa bekerja.
Terima kasih
April 2023
Satu kursus Table Talk Code Grey dan Code Purple telah diadakan pada julung kali di Dewan Cenderawasih Hospital Jempol pada 5 April 2023 yang lalu. Kursus ini telah dihadiri oleh pelbagai penjawatan seramai 34 orang.
Penceramah yang terlibat ialah Dr. Mohd Azriq bin Tajul Ariffin dari Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dibantu oleh En. Ahmad Faisal bin Abu Bakar, Penolong Pegawai Perubatan U32.
Tujuan table talk ini diadakan adalah sebagai satu langkah untuk memperkenalkan Code Grey dan Code Purple disamping melatih para petugas untuk mengendalikan kes-kes kekerasan dan ancaman di tempat kerja.
Sesi table talk ini telah mendapat sambutan dan respons yang baik dari para petugas yang hadir. Diharap agar aktiviti seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua AJK yang terlibat dalam menjayakan kursus table talk ini.
Terima kasih.
Januari 2023
Satu program lawatan telah diadakan oleh pihak UKKP Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban ke Hospital Jempol pada 18 Januari 2023. Lawatan ini telah disertai oleh Dr. Zahidah Binti Abdul Razak, Dr. Muhammad Affan Bin Norzan Shah dan JT Norshuhadah Binti Nahar.
Tujuan lawatan ini adalah untuk berkongsi maklumat dan cara penggunaan laman google sites yang disediakan oleh pihak MAMPU di dalam akaun email moh.gov.my. Selain itu, banyak ilmu dan pendapat telah dikongsi antara pihak UKKP Hospital Jempol dan UKKP Hospital Tuanku Ja'afar.
Diharap lawatan seperti ini dapat diteruskan antara kedua-dua pihak hospital agar hubungan antara pihak UKKP terjalin erat dan kukuh dalam menyampaikan perkhidmatan yang terbaik terutama di dalam aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Setinggi-tinggi penghargaan dari pihak Hospital Jempol kepada pihak UKKP Hospital Tuanku Ja'afar atas lawatan ini.
Terima kasih.
Oktober 2022
Satu latihan table top telah berjaya dianjurkan oleh Unit Penyeliaan pada 27 September 2022. Latihan ini melibatkan semua Ketua Unit dan juga wakil anggota dari setiap unit tersebut.
Objektif utama kursus ini adalah memastikan kesiapsiagaan anggota Hospital Jempol dan menguruskan bencana kebakaran. Kursus ini juga telah dibantu oleh pihak BOMBA dari Balai Bomba Bandar Seri Jempol.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak BOMBA, Ketua Unit dan para peserta yang telah bersama-sama menjayakan program ini. Semoga dengan adanya latihan ini, kita mampu memastikan keselamatan anggota Hospital Jempol khususnya di dalam bencana kebakaran berada dalam fasa mitigasi yang baik.
Terima kasih.
September 2022
Audit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan telah diadakan pada 12-23 September 2022. Audit ini diadakan sebagai salah satu keperluan HPIA disamping memastikan tempat kerja di Hospital Jempol berada dalam keadaan selamat bagi para anggota, pelawat dan pesakit.
Audit ini melibatkan 11 unit. Di mana terdapat 6 unit wajib dan 5 unit dipilih secara rawak. Seramai 10 auditor telah dilantik bagi melakukan audit di tempat yang telah dipilih.
Setiap unit yang di audit berjaya mendapat markah keseluruhan melebihi 70%. Kesemua penemuan audit telah dibentangkan di dalam mesyuarat UKKP. Terdapat penambahbaikan yang memerlukan tenaga, kos dan masa yang lama. Namun ini tidak menjadi penghalang dalam memastikan audit keselamatan dan kesihatan pada tahun ini sebagai satu medan untuk para anggota berkongsi buah fikiran dan idea dalam menambah baik kualiti perkhidmatan, keselesaan dan keselamatan para pekerja.
September 2022
Satu pertandingan mencipta logo bagi Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Hospita Jempol telah diadakan pada bulan Julai 2022. Pertandingan ini diadakan sebagai satu usaha dalam memperkenalkan unit ini kepada semua staf di Hospital Jempol. Secara tidak langsung, membantu memberikan kesedaran berkenaan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
Oleh kerana terdapat beberapa masalah teknikal, pemilihan logo telah tertangguh sehingga bulan September 2022. Pihak UKKP telah menerima sebanyak 4 penyertaan.
Sekalung tahniah diberikan kepada En. Sulaiman bin Daut, dari Unit Rekod Perubatan Hospital Jempol kerana telah menjadi pemenang dalam pertandingan logo ini. Hadiah lumayan sebanyak RM 300 telah diserahkan oleh Setiausaha UKKP, Dr. Mohd Azriq.
Diharapkan agar aktiviti seperti ini dapat dianjurkan lagi sebagai pengikat silaturahim antara staf di Hospital Jempol dan Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
Ogos 2022
Satu Kursus Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan telah diadakan pada 2-3 Ogos 2022. Kursus ini melibatkan seramai 44 orang peserta dari pelbagai unit.
Objektif utama kursus ini adalah sebagai pendedahan kepada staf kepada Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Hospital Jempol dan peranan dalam memastikan tempat kerja berada dalam keadaan yang kondusif dan selamat.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada penceramah luar Pen. Pegawai Kesihatan Persekitaran Pejabat Kesihatan Daerah Jempol, Pn. Ts. Masnita binti Md Yusof dan juga Pn. Bibi Radiah binti Abdull Rahim yang membantu menjayakan program ini. Tidak lupa juga barisan penceramah-penceramah dalaman Hospital Jempol Dr. Sakti Kumaran, Sn. Farah Wahida dan Pn. Haslinda.
Kejayaan kursus ini merupakan hasil bersama para penceramah dan ahli jawatankuasa yang terlibat. Sekalung tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam program ini.
Terima kasih.
Jun 2022
Lawatan penyeliaan di Hospital Jempol telah diadakan pada 8 Jun 2022. Lawatan ini kerja ini bertujuan untuk menilai pencapaian dan keberkesanan program yang berkaitan. "Hand on" ini telah dihadiri oleh pegawai dari KPAS JKNNS iaitu Pegawai Perubatan Dr. Azzyati binti Mohammad, Ketua Jururawat Pn. Fadhilyah binti Karsan dan Penolong Pegawai Perubatan Nursyafieqa Binti Anuar.
Lawatan ini telah membantu pihak UKKP Hospital Jempol untuk mengenalpasti kekurangan dan penambahbaikan yang boleh jalankan. Pelbagai perkongsian telah diberikan oleh pihak KPAS JKNNS kepada UKKP Hospital Jempol di dalam lawatan kerja ini.
Setinggi penghargaan kami ucapkan kepada Pegawai dan staff Unit KPAS JKNNS yang sudi meluangkan masa membantu kami untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.
Mei 2022
Hand Hygiene Day telah dilaksanakan pada 21 Mei 2022. Aktiviti ini diadakan di Gunung Angsi Kuala Pilah sebagai satu langkah kesedaran kepada para staf untuk menjadikan hand hygiene satu amalan yang berterusan dan diamalkan setiap masa.
Program ini turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr. Mohd Ferous Bin Alias dan para staf dari Jabatan Kesihatan Negeri (JKNNS), Hospital Tuanku Ampuan Najihah dan Hospital Tampin. Selain itu, program ini juga dihadiri oleh jururawat pelatih yang memeriahkan lagi suasana. Jumlah keseluruhan peserta adalah seramai 100 orang.
Setinggi-tinggi terima kasih kepada Unit Kawalan Infeksi Hospital Jempol bersama Kluster HTAN dalam menjayakan program ini.
Mei 2022
Kursus orientasi staf baru telah diadakan oleh Unit Pentadbiran pada 17 Mei 2022. Semasa kursus, staf-staf baru telah diperkenalkan dengan Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) Hospital Jempol. Melalui kursus ini, pihak UKKP berharap agar setiap staf baru memahami tugas dan kepentingan UKKP dalam memastikan persekitaran dan cara kerja para staf di Hospital Jempol adalah selamat dan sihat dari pelbagai hazard pekerjaan.
Setinggi penghargaan kepada Unit Pentadbiran sebagai penganjur dan menjemput Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dalam memberikan pengenalan unit kami kepada para staf baru Hospital Jempol.
Mac 2022
Latihan kebakaran telah dianjurkan oleh Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan pada 24 Mac 2022. Latihan ini melibatkan bantuan daripada pihak BOMBA dari Balai BOMBA Bandar Sri Jempol.
Aktiviti ini melibatkan latihan simulasi kebakaran yang berlaku di dalam wad dan juga evakuasi pesakit serta staf ke tempat zon evakuasi yang telah ditentukan. Di akhir latihan ini, para staf telah diberikan pendedahan dan juga latihan dalam menggunakan alat pemadam api jenis ABC powder.
Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada pihak BOMBA dari Balai BOMBA Bandar Sri Jempol dalam membantu menjayakan program latihan kebakaran ini.
Disember 2021
Chemical Health Risk Assessment (CHRA) ialah penilaian yang perlu dijalankan oleh majikan yang timbul daripada penggunaan, pengendalian, penyimpanan atau pengangkutan bahan kimia berbahaya kepada kesihatan di tempat kerja mereka seperti yang dikehendaki oleh Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
Ini merupakan salah satu usaha dalam memastikan persekitaran pekerjaan adalah selamat bagi warga Hospital Jempol terutamanya kepada mereka yang mengendalikan bahan-bahan kimia di makmal.
Oktober 2021
Kursus Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan telah diadakan pada 26.10.2021 hingga 27.10.2021 melibatkan 30 orang. Tujuan kursus ini diadakan adalah sebagai salah satu inisiatif dalam menambah ilmu pengetahuan dan memberi kesedaran kepada para penjawat awam berkenaan kepentingan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
Secara keseluruhannya, program ini telah berjalan dengan lancar dan para peserta telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang program dijalankan.
Oktober 2021
Kursus Needle Stick Injury telah dianjurkan oleh Unit Pendidikan Kesihatan Hospital Jempol bagi memupuk kesedaran dan kepentingan Standard of Procedure (SOP) untuk pengendalian alatan tajam.