SUDUT MAYA EKSA (Kemaskini: 30/01/2026)
DASAR EKSA
JABATAN KESIHATAN NEGERI PAHANG
Amalan EKSA JKNP bermatlamat untuk mewujudkan persekitaran kerja yang selamat, kondusif dan sistematik, ke arah budaya kerja yang berkualiti dan cemerlang dalam penyampaian perkhidmatan bagi memenuhi ekspektasi pelanggan.
OBJEKTIF EKSA
JABATAN KESIHATAN NEGERI PAHANG
Mewujudkan persekitaran kerja yang selamat, bersih, kemas dan selesa pada setiap masa
Mewujudkan budaya kerja yang cemerlang dengan pembudayaan berterusan amalan EKSA
Mewujudkan semangat kerja berpasukan, profesionalisme serta komitmen yang berterusan di kalangan anggota JKNP untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja
Meningkatkan tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan yang ditawarkan
DASAR EKSA KKM
Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) menjadi pemangkin kepada peningkatan kualiti kerja, perkhidmatan dan produktiviti melalui persekitaran kerja yang selamat, bersih, kemas, mesra dan kondusif.
OBJEKTIF EKSA KKM
i. Mewujudkan persekitaran kerja yang selamat, bersih, kemas, mesra dan kondusif pada setiap masa;
ii. Membantu meningkatkan disiplin diri dan semangat kerja berpasukan dalam kalangan warga jabatan;
iii. Membantu meningkatkan tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan yang ditawarkan; dan
iv.Mewujudkan budaya kerja yang ceria dan efektif.
FALSAFAH EKSA KKM
Setiap barang ada tempatnya,
setiap tempat ada barangnya.