Hari Kanser Sedunia
4 Februari
Hari Obesiti Sedunia
4 Mac
Minggu Kesedaran Garam
Mac (minggu kedua)
Hari Hipertensi Sedunia
17 Mei
Hari Tanpa Tembakau
31 Mei
Bulan Malaysia Sihat Sejahtera
September
Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia
10 September
Hari Jantung Sedunia
29 September
Hari Kesihatan Mental Sedunia
10 Oktober
Hari Diabetes Sedunia
14 November
Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) merangkumi penyakit kronik yang tidak berjangkit daripada orang ke orang. Antara yang utama adalah Kencing Manis (Diabetes), Darah Tinggi (Hipertensi), Penyakit Jantung, Kanser, dan Penyakit Pernafasan Kronik.
Saringan kesihatan boleh didapati di semua Klinik Kesihatan (KK) di seluruh negeri Perlis. Anda juga boleh menyertai program saringan komuniti seperti Program Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN) yang diadakan di kawasan perumahan atau kampung anda.
Bagi warganegara Malaysia, saringan kesihatan asas di bawah inisiatif KKM (seperti saringan NHMS atau Peka B40 bagi yang layak) adalah percuma atau dikenakan caj pendaftaran yang sangat minima mengikut polisi semasa KKM.
Ya, Peka B40 tersedia di Perlis. Ia adalah skim saringan kesihatan percuma untuk golongan B40 yang berumur 40 tahun ke atas. Saringan boleh dilakukan di Klinik Kesihatan kerajaan atau klinik swasta yang berdaftar dengan Peka B40.
Kami mempunyai Klinik Berhenti Merokok (mQuit) di kebanyakan Klinik Kesihatan di Perlis. Anda boleh terus datang ke klinik berdekatan untuk mendapatkan khidmat nasihat pakar dan rawatan bantuan berhenti merokok.
Setiap individu berumur 18 tahun ke atas digalakkan menjalani saringan sekurang-kurangnya sekali setahun, terutamanya jika mempunyai sejarah keluarga yang menghidap NCD atau mempunyai faktor risiko seperti berat badan berlebihan.