PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH
(TS25)
PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH
(TS25)
Pada 19 Januari 2015, Perdana Menteri ketika itu telah meluluskan pelaksanaan Program Sekolah Transformasi (PST) KPM, dan pada 27 April 2017 program ini telah menjalani penjenamaan semula kepada Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25).
TS25 ini merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah yang berkualiti tinggi agar selaras dengan keperluan semasa pendidikan di negara kita.
Melalui program ini ia mengaplikasikan amalan terbaik dalam pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
Sejak tahun 2021, pelaksanaan Program TS25 ini telah diurustadbir sepenuhnya oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dengan didokong oleh Bahagian-bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui :Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan.
Disokong kepimpinan yang berkualiti dan berwawasan.
Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi.
Komitmen komuniti yang padu.
OBJEKTIF PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)
Mengaplikasi konsep dan AMALAN PdPc TERBAIK.
MEMBANGUNKAN KEPAKARAN DALAMAN melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan.
Membangunkan PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG BERKESAN dengan mengutamakan kemenjadian murid.
MATLAMAT PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)
Berdasarkan kepada tiga objektif Program Transformasi Sekolah, maka KPM telah menetapkan tiga matlamat utama yang perlu dicapai oleh semua sekolah-sekolah di Malaysia pada tahun 2025, iaitu ;
Memantapkan kepimpinan sekolah.
Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc).
Mengukuhkan pelibatan ibu bapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid.
KONSEP PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)
Konsep Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui, yang akan dicapai menerusi transformasi dalam lima teras yang berikut:
Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
Penglibatan pengajaran dan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna
Disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan
Guru yang kompeten, beraspirasi tinggi
Komitmen komuniti yang padu.
INFO GRAFIK TS25
MODUL TS25