Pembelajaran terbeza adalah kaedah pengajaran di mana guru mengambil kira keperluan individu setiap murid dalam kelas untuk memastikan pembelajaran yang berkesan. Kaedah ini boleh membantu meningkatkan pencapaian dan pembelajaran murid, terutamanya dalam konteks pendidikan di Malaysia.
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang berkualiti dapat menentukan kemenjadian murid seperti yang dihasratkan. Dengan pelaksanaan PBD yang berkesan, guru dapat mengumpul maklumat tentang perkembangan, kemajuan dan penguasaan murid dalam proses pembelajaran mereka dan seterusnya meningkat pencapaian murid secara keseluruhan. Terbitan yang terdahulu berhasrat untuk membantu guru dalam melaksanakan PBD, di samping memberi idea kepada guru untuk mempelbagaikan kaedah pentaksiran serta kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi mewujudkan suasana bilik darjah yang menyeronokkan.
Pembangunan Profesionalisme Berterusan (CPD) adalah usaha bersepadu bagi memastikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) melengkapkan diri atau dilengkapkan dengan pengetahuan profesional, kemahiran profesional dan nilai serta amalan profesional keguruan melalui program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) yang terancang berteraskan pembangunan kompetensi, pembelajaran berterusan dan laluan kerjaya.
Professional Learning Community (PLC) merujuk kepada para pendidik yang komited dan bekerja secara kolaboratif serta berterusan dalam membuat inkuiri atau kajian tindakan untuk mencapai prestasi dan membuat penambahbaikan yang lebih baik untuk murid-murid mereka
Dialog Prestasi Sekolah merupakan forum untuk membincangkan prestasi pendidikan berdasarkan data dan fakta serta mengenal pasti masalah untuk menentukan penyelesaian guna meningkatkan pencapaian KPI. Forum ini membincangkan data prestasi seperti kehadiran murid, pencapaian peperiksaan dan tindakan untuk menangani masalah seperti kehadiran rendah.
TEKAN PADA GAMBAR-GAMBAR UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA