JUMLAH PELAWAT
SENARIO PEMBELAJARAN SEMASA
SEKALI air bah, sekali pantai berubah. Itu kata bidalan. Namun, dalam kehidupan sebenar ada ketikanya kita amat sukar berubah. Antara faktor yang memudahkan atau menyukarkan seseorang itu menerima perubahan bergantung kepada hambatan mentalnya.
Pengaruh utama hambatan mental adalah keyakinan, perasaan dan nilai yang sudah terbentuk sejak awal kehidupan. Selain itu, zon selesa yang menguasai diri manusia merupakan cabaran utama kepada pemimpin dalam memperkenalkan sesuatu perubahan. Pengaruh persekitaran organisasi termasuklah individu di sekeliling mereka juga akan menambah kesukaran penerimaan seseorang terhadap perubahan
Pembelajaran Abad ke-21 bukan setakat merujuk kepada penggunaan gajet, perkakasan dan perisian terkini teknologi ICT di dalam bilik darjah. Sebenarnya Pembelajaran Abad ke-21 bermaksud guru menggunakan kaedah PdP berpusatkan murid (student-centred) serta menekankan elemen membina Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam diri murid.
Tan Sri Dr. Khair Mohamad Yusof, KPPM
Sumber: Majalah Pendidik, November 2016
(Sila Klik untuk Download Kit Penerangan PAK21)
Proses pembelajaran yang berpusatkan murid berteraskan 5 elemen standard asas: komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti, aplikasi nilai murni & etika.
Kurikulum Kebangsaan dan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan telah dikaji semula dan dipastikan berupaya menghasilkan murid yang holistik dan menguasai kemahiran abad ke-21 dalam mendepani cabaran semasa dan masa hadapan.
... suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.
1. Menguasai DSKP mata pelajaran yang diajar (Standard Kandungan, Standard Pembelajaran & Standard Prestasi) dengan mengenalpasti kata kunci setiap standard.
2. Menjadikan DSKP sebagai “kitab” utama dalam melaksanakan PdPc. DSKP seharusnya dihayati dan dijadikan sebagai pegangan.
3. Merungkai kurikulum dengan membuat pemetaan DSKP berdasarkan bilangan minggu setahun yang ditetapkan dalam takwim sekolah iaitu 43 minggu (tolak 5 minggu peperiksaan = 38 minggu). Contoh : Sains mempunyai 9 bidang 5 tema dan Matematik mempunyai 5 bidang dan 13 topik.
4. Membuat pemetaan DSKP (S.K, S.P dan Spi) secara modular serta mengaplikasi 4K 1N dengan mengambilkira masa dan aras keupayaan murid.
5. Mentafsir dan menterjemahkan RPT ke dalam RPH berdasarkan pemetaan yang telah dibuat.
6. Memastikan aktiviti yang dirancang menjurus kepada objektif pembelajaran dalam RPH. Penulisan objektif harus mengambilkira pelbagai aras keupayaan murid, masa dan Standard Pembelajaran yang digabungkan/disepadukan.
1. Melaksanakan strategi , pendekatan, kaedah dan teknik PdPc yang bersesuaian dengan aras keupayaan murid , kemahiran, bidang, unit yang akan diajar.
Strategi : Berpusatkan murid / berpusatkan bahan
Pendekatan : Inkuiri, penyelesaian masalah, projek, STEM,
Kaedah : Kumpulan, berpasangan, individu
Teknik : Main peranan, simulasi, percambahan fikiran,
2. Melaksanakan aktiviti untuk mencapai objektif dan Standard Pembelajaran berdasarkan aras keupayaan murid. Aktiviti yang dilaksanakan perlu menampakkan pembelajaran terbeza (differentieated learning)
Contoh: Aktiviti kumpulan 1 berbeza dengan aktiviti kumpulan 2 dan 3. Bahan kumpulan 1 berbeza dengan bahan kumpulan 2 dan 3
3. Mengutamakan konsep 5P (penggabungjalinan, penyerapan, pengayaan, pemulihan dan pentaksiran) secara tekal dan menyeluruh. Ini bersesuaian dengan SKPMg2 Standard 4 iaitu peranan guru sebagai perancang, pengawal, pembimbing, pendorong dan penilai.
1. Merancang Pentaksiran Bilik Darjah berdasarkan Standard Pembelajaran yang telah diajar.
2. Merekod dan menyimpan maklumat Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
3. Melaksanakan PBD berdasarkan pertimbangan profesional sekurang-kurang 3 kali perekodan setahun. Pertimbangan profesional mesti berdasarkan kepada 3 perkara iaitu:
i. Pencapaian setiap kelompok SK dan SP dengan merujuk Spi
ii. Perkembangan holistik dari segi perubahan tingkahlaku, pengetahuan, kemahiran dan nilai
iii. Menggunakan kaedah pentaksiran yang pelbagai (pemerhatian, lisan dan penulisan)
4. Membuat keputusan untuk menentukan SATU tahap penguasaan murid menggunakan Tafsiran Tahap Penguasaan secara persetujuan bersama-sama.
5. Menganalisis Profil Murid dan menghubung-kaitkan Profil Murid dengan keperluan PdPc serta menjalankan intervensi untuk membangunkan potensi murid
6. Melaksanakan pentaksiran secara beretika dan berintegriti
BENGKEL PEMBUGARAN AMALAN PAK21 SEKOLAH TRANSFORMASI (TS25)