Solat Maghrib (صلاة مَغْرِب) merupakan salah satu solat fardu.
Solat ini terdiri daripada 3 rakaat.
Solat Maghrib ialah solat harian ke-4 dalam Islam dan ia dilakukan ketika senja.
Perkataan maghrib ialah istilah bahasa Arab bagi matahari senja; daripada perkataan غَرَبَ (gharaba), “terbenam”; “akan disembunyikan” (tetapi ia tidak digunakan bagi bulan yang terbenam).
Hukum solat maghrib adalah wajib untuk setiap muslim dan berdosa jika ditinggalkan.
Sekiranya seseorang tertinggal solat fardu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada.