Solat Isyak merupakan salah satu daripada lima (5) solat fardhu yang diwajibkan ke atas umat Islam.
Solat fardu wajib ditunaikan oleh seorang Islam yang masih waras dan hidup.
Solat fardu tidak boleh ditinggalkan sama sekali dalam apa keadaan sekali pun kerana ia termasuk dalam dosa-dosa besar.
Hatta dalam keadaan seseorang sakit teruk sekali pun jika hanya mata yang boleh bergerak maka solat wajib dilaksanakan dalam waktunya iaitu dengan menggunakan isyarat mata.
Sekiranya seseorang tertinggal solat fardu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada.
Solat fardu Zohor, Asar dan Isyak adalah sama dari segi bilangan rakaat dan tatacara. Ia cuma dibezakan oleh lafaz niat.