Pertandingan Video Kreatif TV PSS (VKTVPSS) Peringkat Kebangsaan merupakan pengiktirafan KPM dalam usaha menggalakan kemenjadian murid melalui pasukan TV PSS. Video Kreatif TV PSS mampu meningkatkan keupayaan pembelajaran mendalam (deep learning) murid melalui teknologi dan literasi digital, membangunkan generasi bestari Malaysia yang kompeten dan beretika dalam teknologi dan literasi digital bagi memenuhi keperluan masa hadapan dan aspirasi negara dan melahirkan individu yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan agar mereka menjadi warganegara yang bertanggung jawab dan berfungsi dalam masyarakat berilmu berlandaskan nilai murni.
Pertandingan ini khusus untuk murid sekolah rendah dan menengah (tidak termasuk Ting.5 & 6) secara berkumpulan sahaja ( 4 orang )
Setiap sekolah boleh menghantar satu video penyertaan sahaja.
Tema pertandingan adalah SEKOLAHKU MEMBACA
Penghasilan video mestilah dalam Bahasa Melayu SAHAJA
Hanya video yang dihasilkan pada tahun 2026 sahaja dibenarkan untuk penyertaan.
Setiap video penyertaan mestilah mematuhi format TVPSS seperti yang dinyatakan dalam KIT TVPSS Kebangsaan.
Durasi video:
Tidak melebihi 5.00 minit, genre adalah bebas (dokumentari / temubual / tutorial / PDPc dan lain-lain) sama ada di dalam atau di luar sekolah.
Kualiti video amat dititik beratkan.
Cara penghantaran penyertaan adalah menggunakan borang yang disediakan. Pihak sekolah hanya perlu memasukkan pautan (link) video daripada channel Youtube TVPSS masing-masing.
Keputusan juri adalah muktamad.
Penyertaan akan dibatalkan sekiranya hasil karya yang dikemukakan tidak asli atau diplagiat serta gagal mematuhi syarat pertandingan.
Bahan Video Kreatif yang dihasilkan hendaklah tidak menyentuh sensitiviti raja, agama, kaum, politik atau merendahkan martabat mana-mana komuniti dan kumpulan tertentu serta tidak menyinggung mana-mana pihak.
Penggunaan runut bunyi, muzik, animasi, gambar, logo dan lain-lain media hak cipta serta tanda perniagaan tanpa kebenaran adalah dilarang.
Tarikh akhir penyertaan adalah pada 08 MEI 2026
Kategori yang dipertandingkan adalah
Kategori Sekolah Rendah
Kategori Sekolah Menengah
Grafik - 15%
Aspek Komunikasi - 20%
Videografi / Suntingan - 20%
Jalan cerita / Skrip - 20%
Penataran Audio - 10%
Kreativiti Penutupan - 10%
Wow Factor - 5%