Anjuran: Unit Sumber & Teknologi Pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas
Terbuka kepada murid Prasekolah, sekolah rendah (Tahun 3 - Tahun 5), dan sekolah menengah (Tingkatan 1 - Tingkatan 3).
Setiap sekolah hanya boleh menghantar seorang wakil bagi setiap kategori yang dipertandingkan.
Peserta mestilah aktif dalam aktiviti NILAM di sekolah dan mempunyai rekod bacaan.
Nilam Cilik Prasekolah
Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Bahasa Melayu Sekolah Menengah
Bahasa Inggeris Sekolah Rendah
Bahasa Inggeris Sekolah Menengah
Rekod bacaan minimum: 180 buah buku (Sekolah Rendah) dan 360 buah buku (Menengah Rendah).
Rekod bacaan NILAM (cetak/rekod digital melalui DELIMa) mesti disahkan oleh guru penyelaras NILAM sekolah.
Peserta perlu menyerahkan portfolio/fail dokumentasi bacaan ringkas yang mengandungi bukti penglibatan aktiviti kokurikulum berkaitan literasi maklumat, pembacaan, dan sijil-sijil berkaitan.
Ujian Penulisan: Penulisan ringkas selama 30 minit (150 patah perkataan) untuk sekolah rendah dan menengah.
Resensi Buku / Temu Bual (7-10 minit): Panel juri akan menilai kemahiran komunikasi, keyakinan diri, serta kemampuan mengaitkan ilmu bacaan dengan isu semasa.
Syarat Buku: Bebas untuk Prasekolah. Bagi Sekolah Rendah dan Menengah, buku perlu mengandungi sekurang-kurangnya 80 muka surat.
Penilaian Berkumpulan: Lima peserta terbaik bagi setiap kategori akan dipilih untuk perbincangan kumpulan.
Tema: Sains dan Teknologi, Kesihatan, Patriotisme/Perpaduan, Pendidikan, dan Isu semasa (seperti buli dan alam sekitar).
Penilaian Portfolio & Rekod Bacaan: Semakan kesahihan, konsistensi, dan kepelbagaian bahan bacaan.
Borang penyertaan yang lengkap perlu dihantar sebelum 04 Oktober 2026.
Peserta wajib mematuhi masa yang ditetapkan semasa pembentangan.
Pakaian hendaklah kemas dan sopan, mengikut etika sekolah.
Sebarang bentuk plagiat atau maklumat palsu akan menyebabkan penyertaan terbatal.
Keputusan panel hakim adalah muktamad.
Borang Penyertaan
Pihak sekolah hendaklah melengkapkan borang pencalonan dan membawanya bersama pada hari pertandingan.
Dapatkan borang pencalonan di sini
1. Tokoh Nilam
2. Cilik Nilam
Syarat pertandingan download sini
Gunakan ID DELIMa untuk download, tak perlu request access.