Pertandingan Deklamasi Sajak Hari Guru merupakan satu program apresiasi sempena sambutan Hari Guru bagi menghargai peranan, jasa dan pengorbanan warga pendidik dalam membangunkan potensi murid serta memartabatkan profesion keguruan.
Pertandingan ini juga bertujuan mencungkil bakat guru dalam bidang seni bahasa, pengucapan awam dan penghayatan karya sastera. Melalui deklamasi sajak, guru dapat menzahirkan rasa cinta terhadap profesion keguruan, semangat mendidik, nilai insan guru serta aspirasi pendidikan negara secara kreatif, berkesan dan penuh penghayatan.
Pertandingan ini terbuka kepada guru sekolah rendah dan sekolah menengah sahaja.
Tema pertandingan adalah Guru Bitara Nadi Negara.
Deklamasi sajak hendaklah disampaikan dalam Bahasa Melayu sahaja.
Sajak yang dipersembahkan hendaklah bertemakan keguruan, pendidikan, nilai murni, pengorbanan guru atau aspirasi pendidikan negara.
Peserta boleh menggunakan sajak ciptaan sendiri atau karya sedia ada dengan syarat sumber karya dinyatakan.
Setiap persembahan hendaklah berdurasi tidak melebihi 5 minit.
Persembahan hendaklah menekankan aspek penghayatan, sebutan, intonasi, gaya penyampaian dan kesesuaian mesej.
Penggunaan muzik latar, props atau elemen sokongan adalah dibenarkan secara sederhana dan tidak mengganggu penyampaian sajak.
Penyertaan hendaklah dihantar melalui borang penyertaan yang disediakan oleh pihak penganjur.
Keputusan juri adalah muktamad.
Penyertaan akan dibatalkan sekiranya karya atau persembahan yang dikemukakan didapati tidak asli, diplagiat, melanggar syarat pertandingan atau menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.
Karya dan persembahan hendaklah tidak menyentuh sensitiviti raja, agama, kaum, politik atau merendahkan martabat mana-mana komuniti, kumpulan tertentu atau individu.
Tarikh akhir penyertaan adalah pada 23 MEI 2026.
Pemilihan dan kesesuaian sajak - 15%
Sebutan dan kelancaran bahasa - 20%
Intonasi dan suara - 20%
Penghayatan dan emosi - 20%
Gaya persembahan - 10%
Kreativiti persembahan - 10%
Impak keseluruhan / Wow Factor - 5%