Selaras dengan usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menghasilkan beberapa program di bawah Inisiatif #108 Pemartabatan Pendidikan Bahasa Melayu. Untuk meningkatkan profesionalisme guru bahasa Melayu, Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru (UPBMG) telah diwujudkan.
Gambaran umum tentang UPBMG dapat diperoleh melalui tontonan video di atas.
UPBMG ialah ujian untuk mengukur tahap penguasaan Bahasa Melayu untuk semua guru yang mengajarkan Bahasa Melayu di semua sekolah di bawah KPM. UPBMG menguji empat kemahiran iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Calon UPBMG terdiri daripada guru-guru yang mengajarkan Bahasa Melayu sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Calon UPBMG boleh mendapatkan maklumat tentang prosedur pelaksanaan UPBMG dalam video ini.
Kemahiran bahasa meliputi empat komponen utama iaitu:
Kemahiran Mendengar
Kemahiran Bertutur
Kemahiran Membaca
Kemahiran Menulis
Keempat-empat komponen kemahiran bahasa tersebut digunakan dalam menentukan tahap kompetensi bahasa dalam KSBM.