Soalan Lazim
1. Apakah UPBMG?
1. Apakah UPBMG?
UPBMG ialah Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru.
2. Siapakah yang perlu mengambil UPBMG?
UPBMG ditawarkan kepada guru-guru yang mengajarkan bahasa Melayu.
3. Mengapakah UPBMG diwujudkan?
UPBMG diwujudkan untuk menghasilkan guru bahasa Melayu yang kompeten dan profesional.
4. Apakah objektif UPBMG?
Objektif UPBMG adalah mengenal pasti tahap kecekapan berbahasa dalam kalangan guru bahasa Melayu. Seterusnya guru boleh meningkatkan profesionalisme melalui kursus kecekapan berbahasa secara berfokus.
5. Apakah kemahiran yang diuji dalam UPBMG?
Empat kemahiran yang diuji dalam UPBMG ialah kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis.
6. Mengapakah guru perlu menduduki UPBMG?
Guru bahasa Melayu perlu menduduki UPBMG untuk mengukur tahap kecekapan bahasa Melayu.
7. Apakah standard kompetensi bahasa Melayu yang perlu saya capai untuk mengajarkan bahasa Melayu?
Guru-guru yang mengajarkan bahasa Melayu perlu melepasi Tahap 5 UPBMG.
8. Apakah yang akan berlaku sekiranya saya tidak mencapai standard kompetensi yang ditetapkan?
Anda perlu mengikuti Kursus Intervensi Kecekapan Berbahasa Melayu yang dianjurkan oleh IPGM.
9. Di manakah maklumat lanjut mengenai UPBMG boleh diperoleh?
Anda boleh melayari portal DELIMA Kementerian Pendidikan. https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/ppbm108/program-inisiatif-108
10. Bagaimana cara untuk menduduki UPBMG?
11. Bilakah saya perlu menduduki UPBMG?
Anda perlu menduduki UPBMG mengikut takwim yang ditetapkan oleh MPM. Sila rujuk laman web MPM.
12. Di mana pusat ujian diadakan?
Tempat menduduki ujian ditentukan setelah anda mendaftar.
13. Bolehkah saya memilih pusat ujian?
Ya.
14. Bolehkah saya berpindah pusat ujian?
Ya. Dengan mengisi Borang Perpindahan Pusat Ujian dalam laman web MPM.
15. Bolehkah saya menangguhkan UPBMG setelah mendaftar?
Tidak. Anda tidak boleh menangguhkan UPBMG jika telah mendaftar.
16. Berapa kali saya boleh menduduki UPBMG?
Sekali sahaja sepanjang tempoh perkhidmatan. Walau bagaimanapun hal ini bergantung kepada arahan semasa KPM.
17. Adakah saya memperoleh sijil keputusan UPBMG?
Ya. Anda boleh memuat turun sijil keputusan UPBMG dalam laman web MPM.