PENGELOLAAN KEJOHANAN TAMPAR MSS MELAKA 2024/2025
Maklumat penting :-
Mesyuarat pengurus pasukan : 4 Mac 2025
Tarikh tutup penyertaan dan : 28 April 2025 (sekolah rendah)
tarikh akhir penyerahan cek 6 Mei 2025 (sekolah menengah)
Kejohanan Peringkat Bwh 12 thn : 28 - 30 April 2025
Kejohanan Peringkat Bwh 18 thn : 13 - 15 Mei 2025
Bergantung kpd penyertaan. Jika boleh habis 1 kategori dlm sehari,kita bg habis terus.
Venue pertandingan : Kompleks Sukan Masjid Tanah
(sekolah rendah)
Kompleks Sukan & Komuniti Krubong
(sekolah menengah)
Yuran pertandingan : RM80 untuk setiap kategori
Peraturan Pertandingan Kejohanan Bola Tampar
Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri Melaka 2025
1. Nama Kejohanan
Kejohanan Bola Tampar Lelaki dan Perempuan 12 dan 18 tahun dan kebawah Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Melaka tahun 2005.
2. Kejohanan ini di kelolakan oleh SMK Sungai Udang bersama SK Batu Berendam 2 dengan menggunakan Peraturan Am MSS Malaysia yang sedang berkuatkuasa.
3. Tujuan Pertandingan :
3.1 Untuk mempopularkan permainan bola tampar kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah.
3.2 Untuk mengeratkan lagi perasaan muhibah di antara pemain pelbagai kaum.
3.3 Untuk mencungkil bakat baru supaya prestasi permainan dapat dipertingkatkan lagi.
3.4 Untuk memilih pemain yang berpotensi dan berdisiplin tinggi bagi mewakili MSSM Negeri Melaka ke peringkat kebangsaan.
4. Tarikh Kejohanan
4.1 Bawah 12 tahun : 28 – 30 April 2025
4.2 Bawah 18 tahun : 13 – 15 Mei 2025
5. Tempat Pertandingan
Tempat pertandingan ditetapkan oleh sekolah pengelola / PT Daerah/ PTPS Negeri.
5.1 Bawah 12 tahun : Kompleks Sukan Masjid Tanah
5.2 Bawah 18 tahun : Kompleks Sukan Komuniti Krubong
6. Yuran penyertaan
6.1 RM80 /pasukan / kategori.
6.2 Perlu dibayar pada atau sebelum 28 April 2025 bagi sekolah rendah dan pada atau sebelum 6 Mei 2024 bagi sekolah menengah.
6.3 Cek perlu diserahkan kepada SK Batu Berendam 2 bagi sekolah rendah dan SMK Sungai Udang bagi sekolah menengah.
7. Kelayakan Pasukan
7.1 Semua sekolah rendah dan menengah yang bergabung dengan MSS Melaka adalah layak menyertai pertandingan ini.
7.2 Setiap sekolah boleh menghantar satu pasukan lelaki dan satu pasukan perempuan bagi setiap kategori umur yang terdiri dari pelajar berdaftar di sekolah yang diwakili.
7.3 Sekiranya ada sekolah ingin menggunakan pemain daripada sekolah lain terutamanya SEKOLAH KURANG MURID (SKM) ianya adalah dibenarkan dengan syarat sekolah pemain tersebut tidak menghantar pasukan dan ianya terhad kepada semaksimum 2 orang pemain pinjaman sahaja. Segala tanggungan adalah terletak kepada sekolah yang meminjam pemain tersebut.
7.4 Pemain pinjaman berkenaan perlu mendapatkan pelepasan daripada sekolahnya dan wajib mendapat keizinan daripada ibu bapa dan penjaga mereka.
8. Kelayakan Pemain-Pemain
8.1 Pemain hendaklah seorang warganegara Malaysia,pelajar sekolah yang bergabung dengan MSS Melaka berumur 12 atau 18 tahun dan kebawah pada 1 Januari tahun pertandingan. ( 12 dan kebawah lahir 2013 / 18 tahun dan kebawah lahir 2007 )
8.2 Setiap pemain hanya boleh mewakili satu kategori sahaja.
9. Pendaftaran Pasukan
9.1 Pengesahan pendaftaran pasukan boleh dibuat sebelum atau pada 28 April 2025 bagi sekolah rendah dan 6 Mei 2025 bagi sekolah menengah
- Pengesahan penyertaan boleh dibuat dengan menggunakan pautan :
https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/teknikal-vb-mssm-melaka/mssm-2025
10. Borang Pendaftaran.
10.1 download borang penyertaaan (Borang M01 / R01 dan borang pengesahan salinan kad pengenalan) melalui pautan :
https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/teknikal-vb-mssm-melaka/mssm-2025/muat-turun-bahan-2025
10.2 Setiap pasukan dikehendaki mengisi dua helai borang pendaftaran yang disediakan oleh jawatankuasa
pengelola.
10.3 Borang yang lengkap PERLU DISAHKAN oleh Pengetua / GPK Koku sekolah berkenaan.
11. Pengundian Pasukan
11.1 Pengundian dijalankan selepas tarikh tutup pengesahan pendaftaran pasukan, ianya dijangka pada 23 April 2025 bagi sekolah rendah dan 10 Mei 2025 bagi sekolah menengah
11.2 Undian kejohanan akan diwakili oleh PT daerah masing-masing.
12. Komposisi Pasukan
Setiap pasukan L & P 12 hendaklah mengandungi :
Pengurus pasukan - 1 orang
Jurulatih - 1 orang
Penolong Jurulatih - 1 orang
Pemain - tidak lebih 12 orang termasuk ‘ LIBERO ‘
Setiap pasukan L & P 18 hendaklah mengandungi :
Pengurus pasukan - 1 orang
Jurulatih - 1 orang
Penolong Jurulatih - 1 orang
Pemain - tidak lebih 12 orang termasuk ‘ LIBERO
13. Pakaian Seragam
13.1 Setiap pemain hendaklah memakai jersi bernombor DEPAN DAN BELAKANG serta warna
seluar yang seragam.
13.2 Nombor yang digunakan 1 hingga 20 sahaja.
13.3 Ukuran nombor depan 15 cm tinggi di bahagian tengah dan 20 cm tinggi dibelakang. Tebal nombor tidak kurang 2 cm.
13.4 Seorang pemain hendaklah memakai jersi bernombor sama sepanjang pertandingan.
13.5 Pemain yang gagal memakai jersi bernombor depan dan belakang TIDAK DIBENARKAN
BERMAIN WALAU APA JUA ALASAN.
14. Bola Pertandingan
14.1 Bola MOLTEN saiz 4/5 yang diperakui boleh digunakan sepanjang perlawanan.
14.2 Setiap pasukan hendaklah menyediakan sebiji bola untuk digunakan dalam perlawanan.
15. Undang-undang Bola Tampar Antarabangsa.
Pertandingan akan dijalankan mengikut undang-undang bola tampar Antarabangsa (FIVB) yang sedang dikuatkuasakan melainkan dalam hal-hal tertentu yang dipersetujui didalam mesyuarat pengurus pasukan.
16. Saiz Gelanggang
Saiz gelanggang yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Teknikal di peringkat kebangsaan telah menetapkan bahawa saiz bagi bawah 18 dan bawah 12 tahun ditetapkan kepada 9 meter lebar x 18 meter panjang dan dibatasi dengan zon serangan berjarak 3 meter bagi setiap gelanggang
17. Ketinggian Jaring
Ketinggian rasmi untuk pertandingan peringkat MSSM ialah
Lelaki B 18 - 2.43 meter Perempuan B 18 - 2.24 meter
Lelaki B 12 - 2.10 meter Perempuan B 12 - 2.10 meter
18. Sistem Pertandingan
18.1 Sistem liga dan 31 mata ( Set pertama 16 mata X set kedua 15 mata bersambung ) untuk pusingan Pertama.
18.2 Sistem kalah mati untuk pusingan kedua.
18.3 Jadual pertandingan akan disediakan oleh jawatankuasa pengelola.
19. Pindaan Jadual Pertandingan
19.1 Setelah jadual pertandingan ditetapkan,permohonan untuk memindanya tidak akan dilayan.
19.2 Pihak pengelola berhak membuat perubahan kepada jadual jika perlu dan hendaklah dimaklumkan kepada pengurus pasukan dengan secepat mungkin.
20. Kedudukan Pemain dan Pertukaran Pemain
20.1 Bagi pertukaran pemain L/P 18 adalah seperti dalam peraturan FIVB sedia ada.
20.2 Pertukaran pemain boleh dibenarkan dengan memberitahu pihak pengelola sebelum pasukan tersebut bermain perlawanan PERTAMANYA dengan menyertakan borang M01/R01 dan pengesahan kad pengenalan .Segala pertukaran selepas itu tidak dibenarkan.
21. Pembatalan
21.1 Tiap-tiap pasukan mestilah berada di gelanggang 30 minit sebelum masa ditetapkan untuk perlawanan.
21.2 Jika satu pasukan datang lewat 15 minit selepas masa yang ditetapkan tanpa sebab maka pasukan itu dikira mengaku kalah dan pasukan lawan akan diberi kemenangan percuma (walkover).
21.3 Pasukan yang menarik diri dengan sengaja tidak akan dibenarkan meneruskan perlawanan berikutnya dan semua keputusan perlawanan yang melibatkan pasukan ini sebelumnya akan dibatalkan.
22. Kaedah Membuat Bantahan
22.1 Keputusan pengadil adalah Muktamad.Segala bantahan mengenai undang-undang permainan akan dirujuk kepada jawatankuasa teknik MSSM Negeri Melaka dan keputusan perlu dihormati.
22.2 Kapten pasukan yang ingin membuat bantahan semasa perlawanan dijalankan hendaklah mengemukakan secara lisan kepada pengadil.Perlawanan hendaklah diteruskan sehingga tamat.Ketua pasukan akan mencatat “ingin bantah” dalam score sheet pada akhir perlawanan.
22.3 Surat bantahan hendaklah dikemukakan kepada pengelola dalam tempoh 10 minit selepas tamat perlawanan supaya bantahan dapat dipertimbangkan.
22.4 Semua bantahan hendaklah disertakan wang tunai pertaruhan sebanyak RM300.00 (Ringgit Malaysia tiga ratus sahaja).Wang pertaruhan tidak akan dikembalikan jika didapati bantahan tidak mengikut peraturan atau tidak munasabah.
23. Tribunal dan Juri Rayuan
20.1 Tribunal rayuan akan dipengerusikan oleh Pegawai Unit UPBM atau Pengerusi Pengelola Kejohanan atau.
20.2 Ianya akan dihadiri oleh ahli yang terdiri daripada PTPS Bola Tampar Negeri Melaka, SU PTPS, seorang pengurus pasukan yang membantah, seorang pengurus pasukan yang dibantah dan 3 orang pengurus pasukan yang tidak terlibat dengan bantahan.
20.3 Tribunal perlu diadakan untuk menentukan kesahihan bantahan dan memerlukan penyelesaian segera.
20.4 Juri rayuan pula dianggotai oleh Pegawai Unit UPBM atau Pengerusi Pengelola Kejohanan, PTPS Bola Tampar Negeri Melaka, SU PTPS dan 3 orang pengurus pasukan yang tidak terlibat dengan bantahan.
20.5 Segala keputusan juri adalah tanpa prejudis dan muktamad. Ianya akan dimaklumkan sendiri oleh Pengerusi Tribunal Rayuan.
24. Pengadil
24.1 Pengadil disediakan oleh Jawatankuasa Kepengadilan Bola Tampar MSSNM.
24.2 Bayaran pengadil ialah RM 40.00 bagi setiap perlawanan bagi pasukan yang bertanding.
25. Jurulatih
22.1 JURULATIH DARI PASUKAN SEKOLAH MESTILAH DARI KALANGAN GURU/PENDIDIK.
22.2 Jurulatih yang bukan dari kalangan guru/pendidik TIDAK DIBENARKAN DUDUK dibangku simpanan pemain.
26. Hal-hal lain
26.1 Hanya 3 orang pegawai pasukan yang tercatat dalam borang MSSM dan pemain simpanan pasukan bertanding dibenarkan duduk dibangku simpanan pemain.
26.2 Pengurus/Jurulatih adalah bertanggungjawab ke atas disiplin pemain dan penyokong dari pasukan / sekolah mereka.
26.3 Segala langkah keselamatan akan diusahakan oleh pihak pengelola. Pengelola tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa kemalangan dan kehilangan harta benda perseorangan / pasukan semasa pertandingan dijalankan.
26.4 Ahli pasukan yang dibenarkan duduk dibangku simpanan pemain ialah:
Pengurus pasukan - 1 orang
Jurulatih - 1 orang
Penolong Jurulatih - 1 orang
Pemain gantian lengkap - 6 orang
26.5 Pengelola mempunyai hak untuk membuat sebarang keputusan jika perlu untuk menyelesaikan kemusykilan yang tidak tercatat dalam peraturan ini.Keputusan Pengelola adalah muktamad.
Disediakan oleh:
SAIFUL HADEE BIN AMAR
S/U PTPS Bola Tampar MSS Negeri Melaka 2025