PENGELOLAAN KEJOHANAN TAMPAR MSS MELAKA 2022/2023
Tarikh-tarikh penting :-
Mesyuarat pengurus pasukan : 13 / Julai / 2022
Tarikh tutup penyertaan : 29 / Julai / 2022
Kejohanan Peringkat Bwh 12 thn : 8 & 9 / Ogos / 2022
Kejohanan Peringkat Bwh 18 thn : 10 & 11 / Ogos / 2022
Peraturan Pertandingan Kejohanan Bola Tampar
Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri Melaka 2022.
1. Nama Kejohanan
Kejohanan Bola Tampar Lelaki dan Perempuan 12 dan 18 tahun dan kebawah Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Melaka tahun 2022.
2. Pengelola kejohanan
Kejohanan ini dikelolakan oleh ; SMK SIMPANG BEKOH dan SK Masjid Baru dengan Peraturan Am MSS Malaysia adalah dikuatkuasakan.
3. Tujuan Pertandingan :
3.1 Untuk mempopularkan permainan bola tampar kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah.
3.2 Untuk mengeratkan lagi perasaan muhibah di antara pemain pelbagai kaum.
3.3 Untuk mencungkil bakat baru supaya prestasi permainan dapat dipertingkatkan lagi.
3.4 Untuk memilih pemain yang berpotensi dan berdisiplin tinggi mewakili MSSM Negeri Melaka ke peringkat kebangsaan.
4. Kelayakan Pasukan
4.1 Semua sekolah rendah dan menengah yang bergabung dengan MSS Melaka adalah layak menyertai pertandingan ini.
4.2 Setiap sekolah boleh menghantar satu pasukan lelaki dan satu pasukan perempuan bagi setiap kategori umur yang terdiri dari pelajar berdaftar di sekolah yang diwakili.
5. Kelayakan pemain-pemain
5.1 Pemain hendaklah seorang warganegara Malaysia,pelajar sekolah yang bergabung dengan MSS Melaka berumur 12 atau 18 tahun dan kebawah pada 1 Januari tahun pertandingan. ( 12 dan kebawah lahir 2010 / 18 tahun dan kebawah lahir 2004 )
5.2 Pemain hendaklah mewakili sekolah dia belajar.
5.3 Setiap pemain hanya boleh mewakili satu kategori sahaja.
6. Pendaftaran Pasukan
6.1 Pendaftaran boleh dibuat seperti berikut:
Sebelum atau pada 29 Julai 2022. (PENDAFTARAN YANG DIBUAT SELEPAS DARI TARIKH TERSEBUT TIDAK AKAN DILAYAN)
6.2 Kaedah penyertaan dan pendaftaran pasukan :
Pemberitahuan penyertaan menggunakan Whatsapp
(Nyatakan nama sekolah,nama pengurus pasukan,kategori yang mengambil bahagian)
Pengesahan penyertaan boleh dibuat melalui pautan berikut :
https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/teknikal-vb-mssm-melaka/mssm-2022/pengesahan-penyertaan
Borang pendaftaran pasukan & Peraturan pertandingan boleh juga dimuatturun melalui pautan berikut :
https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/teknikal-vb-mssm-melaka/mssm-2022/muat-turun-bahan
Borang M01 / R01 dan pengesahan salinan kad lengkap hendaklah dibawa bersama semasa hari kejohanan.
7. Borang Pendaftaran.
7.2 Setiap pasukan dikehendaki mengisi dua helai borang pendaftaran yang disediakan oleh sekolah pengelola dan disahkan oleh pengetua/GPKoku sekolah.
7.3 Borang yang lengkap PERLU disahkan oleh Pengetua/GP Koku sekolah berkenaan.
8. Pengundian Pasukan
8.1 Pengundian dijalankan selepas 29 Julai 2022 dan diwakili oleh PT kawasan masing-masing.
8.2 Tarikh pertandingan ditetapkan oleh Unit Sukan JPM dan Jawatankuasa Teknikal MSS Negeri Melaka.
9. Tempat Pertandingan
Tempat pertandingan yang telah ditetapkan adalah STADIUM TARIQ ZIYAD, UNIVERSITI MELAKA yang dulunya dikenali sebagai KUIM.
10. Komposisi Pasukan
Setiap pasukan L & P 18 hendaklah mengandungi :
Pengurus pasukan - 1 orang
Jurulatih - 1 orang
Pemain - tidak lebih 12 orang termasuk ‘ LIBERO ‘
Setiap pasukan L & P 12 hendaklah mengandungi :
Pengurus pasukan - 1 orang
Jurulatih - 1 orang
Pemain - 12 orang termasuk ‘ LIBERO
11. Pakaian Seragam
11.1 Setiap pemain hendaklah memakai jersi bernombor DEPAN DAN BELAKANG serta warna seluar yang seragam.
11.2 Nombor yang digunakan 1 hingga 20 sahaja.
11.3 Ukuran nombor depan 15 cm tinggi di bahagian tengah dan 20 cm tinggi di bahagian belakang. Tebal nombor tidak kurang 2 cm.
11.4 Seorang pemain hendaklah memakai jersi bernombor sama sepanjang pertandingan.
11.5 Pemain yang gagal memakai jersi bernombor depan dan belakang TIDAK DIBENARKAN BERMAIN WALAU APA JUA ALASAN.
12. Bola Pertandingan
12.1 Bola MOLTEN saiz 4/5 yang diperakui boleh digunakan sepanjang perlawanan.
12.2 Bola pertandingan akan disediakan oleh pihak JPN Melaka.
13. Undang-undang Bola Tampar Antarabangsa.
Pertandingan akan dijalankan mengikut undang-undang bola tampar Antarabangsa (FIVB) yang sedang dikuatkuasakan melainkan dalam hal-hal tertentu yang dipersetujui didalam mesyuarat pengurus pasukan.
14. Ketinggian Jaring
Ketinggian rasmi untuk pertandingan peringkat MSSM ialah
Lelaki B 18 - 2.43 meter Perempuan B 18 - 2.24 meter
Lelaki B 12 - 2.10 meter Perempuan B 12 - 2.10 meter
15. Sistem Pertandingan
15.1 Sistem liga dan 31 mata ( Set pertama 16 mata X set kedua 15 mata bersambung ) untuk pusingan Pertama.Sistem kalah mati untuk pusingan kedua.
15.2 Pasukan yang telah masukan ‘ Separuh Akhir ‘ pada tahun lepas akan menduduki undian ‘ Pilihan ‘
15.3 Jadual pertandingan akan disediakan oleh jawatankuasa pengelola.
16. Pindaan Jadual Pertandingan
16.1 Setelah jadual pertandingan ditetapkan,permohonan untuk memindanya tidak akan dilayan.
16.2 Pihak pengelola berhak membuat perubahan kepada jadual jika perlu dan hendaklah dimaklumkan kepada pengurus pasukan dengan secepat mungkin.
17. Kedudukan Pemain dan Pertukaran Pemain
17.1 Bagi pertukaran pemain L/P 18 adalah seperti dalam peraturan FIVB sedia ada.
17.2 Pertukaran pemain boleh dibenarkan dengan memberitahu pihak pengelola sebelum pasukan tersebut bermain perlawanan PERTAMANYA dengan menyertakan borang M01/R01 dan pengesahan kad pengenalan .Segala pertukaran selepas itu tidak dibenarkan.
18. Pembatalan
18.1 Tiap-tiap pasukan mestilah berada di gelanggang 30 minit sebelum masa ditetapkan untuk perlawanan.
18.2 Jika satu pasukan datang lewat 15 minit selepas masa yang ditetapkan tanpa sebab maka pasukan itu dikira mengaku kalah dan pasukan lawan akan diberi kemenangan percuma (walkover).
18.3 Pasukan yang menarik diri dengan sengaja tidak akan dibenarkan meneruskan perlawanan berikutnya dan semua keputusan perlawanan yang melibatkan pasukan ini sebelumnya akan dibatalkan.
19. Kaedah Membuat Bantahan
19.1 Keputusan pengadil adalah Muktamad.Segala bantahan mengenai undang-undang permainan akan dirujuk kepada jawatankuasa teknik MSSM Negeri Melaka dan keputusan perlu dihormati.
19.2 Kapten pasukan yang ingin membuat bantahan semasa perlawanan dijalankan hendaklah mengemukakan secara lisan kepada pengadil.Perlawanan hendaklah diteruskan sehingga tamat.Ketua pasukan akan mencatat “ingin bantah” dalam score sheet pada akhir perlawanan.
19.3 Surat bantahan hendaklah dikemukakan kepada pengelola dalam tempoh 10 minit selepas tamat perlawanan supaya bantahan dapat dipertimbangkan.
19.4 Semua bantahan hendaklah disertakan wang tunai pertaruhan sebanyak RM200.00 (Ringgit Malaysia dua ratus sahaja).Wang pertaruhan tidak akan dikembalikan jika didapati bantahan tidak mengikut peraturan atau tidak munasabah.
20. Juri Rayuan
AJK rayuan yang dipengerusikan oleh Pengerusi Teknik Bola Tampar MSSM Negeri Melaka dengan ahli yang terdiri dari 4 orang pengurus pasukan yang tidak terlibat dengan bantahan segera unuk menentukan kesahihan bantahan.
21. Pengadil
21.1 Pengadil disediakan oleh Jawatankuasa Kepengadilan Bola Tampar MSSNM.
21.2 Bayaran pengadil ialah RM 30.00 bagi setiap perlawanan bagi pasukan yang bertanding.
22. Jurulatih
22.1 Jurulatih dari pasukan sekolah mestilah dari kalangan guru/pendidik.
22.2 Jurulatih yang bukan dari kalangan guru/pendidik tidak dibenarkan duduk dibangku simpanan pemain.
23. Hal-hal lain
23.1 Pegawai yang tercatat dalam borang MSSM dan pemain pasukan bertanding dibenarkan duduk dibangku simpanan pemain.
23.2 Pengurus/Jurulatih adalah bertanggungjawab ke atas disiplin pemain dan penyokong dari pasukan / sekolah mereka.
23.3 Segala langkah keselamatan akan diusahakan oleh pihak pengelola. Pengelola tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa kemalangan dan kehilangan harta benda perseorangan/pasukan semasa pertandingan dijalankan.
23.4 Ahli pasukan yang dibenarkan duduk dibangku simpanan pemain ialah:
Pengurus pasukan - 1 orang
Jurulatih - 1 orang
Pemain gantian lengkap - 6 orang
23.5 Pengelola mempunyai hak untuk membuat sebarang keputusan jika perlu untuk menyelesaikan kemusykilan yang tidak tercatat dalam peraturan ini.Keputusan Pengelola adalah muktamad.
Disediakan oleh:
MUHAMMAD MUSTAFA BIN KASDAN
PTPS Bola Tampar MSS Negeri Melaka 2022
PERSIAPAN PASUKAN KE KEJOHANAN MSSM KEBANGSAAN 2022