PENGELOLAAN KEJOHANAN TAMPAR MSS MELAKA 2024/2025
Maklumat penting :-
Mesyuarat pengurus pasukan :
22 April 2024
Tarikh tutup penyertaan :
6 Mei 2024
Tarikh akhir penyerahan cek :
6 Mei 2024
Kejohanan Peringkat Bwh 12 thn :
13 Mei 2024 (L12)
14 Mei 2024 (P12)
15 Mei 2024 (2nd round to Final L&P 12)
Kejohanan Peringkat Bwh 18 thn :
20 Mei 2024 (L18)
21 Mei 2024 (P18)
23 Mei 2024 (2nd round to Final L&P 18)
Bergantung kpd penyertaan. Jika boleh habis 1 kategori dlm sehari,kita bg habis terus.
Venue pertandingan :
Stadium Tariq Ziyad, Universiti Melaka (UNIMEL)
Yuran pertandingan :
RM80 untuk setiap kategori
Peraturan Pertandingan Kejohanan Bola Tampar
Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri Melaka 2024
1. Nama Kejohanan
1.1 Kejohanan Bola Tampar Lelaki dan Perempuan 12 dan 18 tahun dan kebawah Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Melaka tahun 2024.
2. Pengelola Kejohanan
2.1 Kejohanan ini di kelolakan oleh SK Convent Infant Jesus (2) dengan menggunakan Peraturan Am MSS Malaysia yang sedang berkuatkuasa.
3. Tujuan Pertandingan :
3.1 Untuk mempopularkan permainan bola tampar kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah.
3.2 Untuk mengeratkan lagi perasaan muhibah di antara pemain pelbagai kaum.
3.3 Untuk mencungkil bakat baru supaya prestasi permainan dapat dipertingkatkan lagi.
3.4 Untuk memilih pemain yang berpotensi dan berdisiplin tinggi bagi mewakili MSSM Negeri Melaka ke peringkat kebangsaan.
4. Tarikh Kejohanan
4.1 Bawah 12 tahun : 13,14 & 15 Mei 2024
4.2 Bawah 18 tahun : 20,21 & 23 Mei 2024 (22/5 Cuti hari Wesak)
5. Yuran penyertaan
5.1 RM80 /pasukan / kategori.
5.2 Perlu dibayar pada atau sebelum 6 Mei 2024.
5.3 Cek perlu diserahkan kepada SK Infant Jesus Convent 2
6. Kelayakan Pasukan
6.1 Semua sekolah rendah dan menengah yang bergabung dengan MSS Melaka adalah layak menyertai pertandingan ini.
6.2 Setiap sekolah boleh menghantar satu pasukan lelaki dan satu pasukan perempuan bagi setiap kategori umur yang terdiri dari pelajar berdaftar di sekolah yang diwakili.
7. Kelayakan Pemain-Pemain
7.1 Pemain hendaklah seorang warganegara Malaysia,pelajar sekolah yang bergabung dengan MSS Melaka berumur 12 atau 18 tahun dan kebawah pada 1 Januari tahun pertandingan.
(12 tahun dan kebawah lahir 2012 / 18 tahun dan kebawah lahir 2006)
7.2 Pemain hendaklah mewakili sekolah dia belajar.
7.3 Setiap pemain hanya boleh mewakili satu kategori sahaja.
8. Pendaftaran Pasukan
8.1 Pendaftaran boleh dibuat seperti berikut:
8.1.1 Buka site berikut : https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/teknikal-vb-mssm-melaka/mssm-2024 untuk mengesahkan penyertaan pasukan.
8.1.2 Pengesahan penyertaan perlu dilaksanakan sebelum atau pada 6 Mei 2024 bagi pasukan bawah 12 tahun & bawah 18 tahun.
8.1.3 Mendaftar masuk Group Whatsapp Kejohanan
8.1.4 Download (muatnaik) Peraturan pertandingan, Borang M01 / R01 dan Borang pengesahan salinan kad pengenalan/MyKID.
8.1.5 Borang M01 / R01 dan borang pengesahan salinan kad yang sudah lengkap hendaklah dibawa ketika hari kejohanan.
8.2 Borang Pendaftaran (Borang M01 / R01 dan borang pengesahan salinan kad).
8.2.1 Setiap pasukan dikehendaki mengisi dua helai borang pendaftaran yang disediakan oleh Jawatankuasa Teknikal Bola Tampar MSS Negeri Melaka.
8.2.2 Borang yang lengkap PERLU DISAHKAN oleh Pengetua / GPK Koku sekolah berkenaan.
9. Tarikh Mesyuarat Pengurus
9.1 Tarikh : 22 April 2024
9.2 Masa : 2:30 petang
9.3 Tempat : SK Tun Syed Ahmad Shahabudin
10. Pengundian Pasukan
10.1 Pengundian dijalankan selepas ___ dan diwakili oleh PT daerah masing-masing.
10.2 Jadual pertandingan akan diuruskan oleh UPBM JPM dan Jawatankuasa Teknikal Bola Tampar MSS Negeri Melaka selepas sahaja undian dibuat.
11. Pindaan Jadual Pertandingan
11.1 Setelah jadual pertandingan ditetapkan,permohonan untuk memindanya tidak akan dilayan.
11.2 Pihak pengelola berhak membuat perubahan kepada jadual jika perlu dan hendaklah dimaklumkan kepada pengurus pasukan dengan secepat mungkin.
12. Tempat Pertandingan
12.1 Tempat pertandingan yang dicadangkan oleh PTPS Bola Tampar Negeri Melaka, PT Daerah dan sekolah pengelola adalah di Stadium Tariq Ziyad, Universiti Melaka (UNIMEL).
13. Komposisi Pasukan
13.1 Setiap pasukan L & P 12 hendaklah mengandungi :
Pengurus pasukan - 1 orang
Jurulatih - 1 orang
Pemain - tidak lebih 12 orang termasuk ‘LIBERO’
13.2 Setiap pasukan L & P 18 hendaklah mengandungi :
Pengurus pasukan - 1 orang
Jurulatih - 1 orang
Pemain - tidak lebih 12 orang termasuk ‘LIBERO’
14. Pakaian Seragam
14.1 Setiap pemain hendaklah memakai jersi bernombor DEPAN DAN BELAKANG serta warna seluar yang seragam. Keseragaman pakaian ini termasuk pemakaian tudung bagi pemain wanita beragama Islam jika terdapat lebih daripada seorang memakainya.
14.2 Bagi keseragaman warna dan corak hendaklah tidak lebih daripada 75% keseluruhan warna dan corak
14.3 Nombor yang digunakan 1 hingga 20 sahaja.
14.4 Ukuran nombor depan 15 cm tinggi di bahagian tengah dan 20 cm tinggi dibelakang. Tebal nombor tidak kurang 2 cm.
14.5 Seorang pemain hendaklah memakai jersi bernombor sama sepanjang pertandingan.
14.6 Pemain yang gagal mematuhi peraturan ini TIDAK DIBENARKAN BERMAIN WALAU APA JUA ALASAN.
15. Bola Pertandingan
15.1 Bola MOLTEN saiz 4/5 yang diperakui boleh digunakan sepanjang perlawanan.
15.2 UPBM JPM dan Jawatankuasa Teknikal Bola Tampar MSS Negeri Melaka menyediakan sebiji bola untuk digunakan dalam perlawanan.
16. Undang-undang Bola Tampar Antarabangsa.
16.1 Pertandingan akan dijalankan mengikut undang-undang bola tampar Antarabangsa (FIVB) yang sedang dikuatkuasakan melainkan dalam hal-hal tertentu yang dipersetujui didalam mesyuarat pengurus pasukan.
17. Ketinggian Jaring
17.1 Ketinggian rasmi untuk pertandingan peringkat MSSM ialah
Lelaki B 18 - 2.43 meter Perempuan B 18 - 2.24 meter
Lelaki B 12 - 2.10 meter Perempuan B 12 - 2.10 meter
18. Sistem Pertandingan
18.1 Diadakan dalam dua pusingan.
18.2 Di pusingan pertama akan menggunakan Sistem Liga dan untuk pusingan kedua menggunakan Sistem Kalah Mati.
18.2 Menggunakan kaedah kiraan mata volleython set sebanyak 31 mata (Set pertama 16 mata X set kedua 15 mata bersambung)
19. Kedudukan Pemain dan Pertukaran Pemain Sebelum Kejohanan
19.1 Bagi pertukaran pemain L/P 18 adalah seperti dalam peraturan FIVB sedia ada.
19.2 Pertukaran pemain boleh dibenarkan dengan memberitahu pihak pengelola sebelum pasukan tersebut bermain perlawanan PERTAMANYA dengan menyertakan borang M01/R01 dan pengesahan kad pengenalan. Segala pertukaran selepas itu tidak dibenarkan.
20. Pembatalan
20.1 Tiap-tiap pasukan mestilah berada di gelanggang 30 minit sebelum masa ditetapkan untuk perlawanan.
20.2 Jika satu pasukan datang lewat 15 minit selepas masa yang ditetapkan tanpa sebab maka pasukan itu dikira mengaku kalah dan pasukan lawan akan diberi kemenangan percuma (walkover).
20.3 Pasukan yang menarik diri dengan sengaja tidak akan dibenarkan meneruskan perlawanan berikutnya dan semua keputusan perlawanan yang melibatkan pasukan ini sebelumnya akan dibatalkan.
21. Kaedah Membuat Bantahan
21.1 Keputusan pengadil adalah Muktamad.Segala bantahan mengenai undang-undang permainan akan dirujuk kepada jawatankuasa teknik MSSM Negeri Melaka dan keputusan perlu dihormati.
21.2 Kapten pasukan yang ingin membuat bantahan semasa perlawanan dijalankan hendaklah mengemukakan secara lisan kepada pengadil.Perlawanan hendaklah diteruskan sehingga tamat.Ketua pasukan akan mencatat “ingin bantah” dalam score sheet pada akhir perlawanan.
21.3 Surat bantahan hendaklah dikemukakan kepada pengelola dalam tempoh 10 minit selepas tamat perlawanan supaya bantahan dapat dipertimbangkan.
21.4 Semua bantahan hendaklah disertakan wang tunai pertaruhan sebanyak RM200.00 (Ringgit Malaysia dua ratus sahaja).Wang pertaruhan tidak akan dikembalikan jika didapati bantahan tidak mengikut peraturan atau tidak munasabah.
22. Juri Rayuan
22.1 AJK rayuan yang dipengerusikan oleh Pengerusi Teknik Bola Tampar MSSM Negeri Melaka dengan ahli yang terdiri dari 4 orang pengurus pasukan yang tidak terlibat dengan bantahan segera unuk menentukan kesahihan bantahan.
23. Pengadil
23.1 Pengadil disediakan oleh Jawatankuasa Kepengadilan Bola Tampar MSSNM.
23.2 Bayaran pengadil ialah RM 40.00 bagi setiap perlawanan bagi pasukan yang bertanding.
24. Jurulatih
24.1 JURULATIH DARI PASUKAN SEKOLAH MESTILAH DARI KALANGAN GURU/PENDIDIK (GRED DG)
24.2 Jurulatih yang bukan dari kalangan guru/pendidik TIDAK DIBENARKAN berada dalam kawasan permainan.
25. Hal-hal lain
25.1 Hanya pegawai yang tercatat dalam borang MSSM dan pemain pasukan bertanding dibenarkan duduk dibangku simpanan pemain.
25.2 Pengurus/Jurulatih adalah bertanggungjawab ke atas disiplin pemain dan penyokong dari pasukan / sekolah mereka.
25.3 Segala langkah keselamatan akan diusahakan oleh pihak pengelola. Pengelola tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa kemalangan dan kehilangan harta benda perseorangan / pasukan semasa pertandingan dijalankan.
25.4 Ahli pasukan yang dibenarkan duduk dibangku simpanan pemain ialah:
Pengurus pasukan - 1 orang
Jurulatih - 1 orang
Pemain gantian lengkap - 6 orang
25.5 Pengelola mempunyai hak untuk membuat sebarang keputusan jika perlu untuk menyelesaikan kemusykilan yang tidak tercatat dalam peraturan ini.Keputusan Pengelola adalah muktamad.
Disediakan oleh:
SAIFUL HADEE BIN AMAR
Setiausaha PTPS Bola Tampar
MSS Negeri Melaka 2024