Kawasan permainan hoki berbentuk empat segi tepat yang berukuran 90 meter panjang dan 54 meter lebar dengan permukaan yang rata. Hoki amat sesuai jika dimainkan di atas padang ‘astroturf’ (rumput tiruan). Terdapat lima garisan utama di padang hoki iaitu :
(a) garisan tepi
(b) garisan gol
(c) garisan tengah
(d) garisan 23 m
(e) garisan ‘D’
Dua garisan selari dengan garisan belakang didapati dalam kedua-dua kawasan 23 meter, satu garisan 5.0 meter dari garisan belakang dan satu lagi 14.63 meter darinya.
Satu garisan yang panjangnya 3.66 m selari dengan garisan gol ditanda ditengah garisan 14.63 m.
Dua suku bulatan beradius 14.63 m dilukis bermula dari garisan 3.66 m ke garisan belakang. Bagi suku bulatan disebelah kiri tiang gol kiri digunakan sebagai pusat, manakala suku bulatan disebelah kanan tiang gol kanan digunakan sebagai pusat.
Bulatan yang dilukis dalam rajah di atas dikenali sebagai bulatan jaringan, bulatan pukulan atau kawasan “D”.
Tanda-tanda yang lain didapati dalam bulatan jaringan adalah tanda strok penalti 6.4 m di hadapan gol dan garisan-garisan sudut penalti 5.0 m dan 10.0 m dari tiang gol sebelah kiri dan kanan.
Setiap pasukan mempunyai satu pintu gol.
Gol diletakkan di tengah-tengah garisan belakang.
Gol dibuat dengan 2 tiang gol tengah yang disambung dengan 1 tiang mendatar (crossbar).
Jarak antara dua tiang tengah itu ialah 3.66 m.
Ketinggian tiang tengah ialah 2.14 m.
Tiang tengah dan tiang mendatar berbentuk empat segi bujur berukuran 5 mm lebar dan dalam antara 5.0 mm-7.5 mm.
Semua tiang tengah dan mendatar dicat putih.