Kayu hoki hendaklah licin dan tidak boleh mengandungi tepi-tepian tajam atau serpihan yang merbahaya.
Tebal kayu dihadkan kayu mesti boleh melalui 1 gelung yang mempunyai diameter 51 mm.
Terdiri daripada pelbagai saiz. Pemain perlu memilih saiz kayu hoki mengikut ketinggian diri.
Diperbuat daripada dua jenis bahan iaitu kayu (tradisional) dan campuran karbon (moden).
Sebiji bola keras, pejal dan kosong digunakan.
Biasanya, permukaan bola adalah licin.
Bola bewarna putih (warna lain digunakan dengan persetujuan oleh kedua-dua pasukan)
Berat bola 156 g (minimum) -163 g (maksimum)
Lilitan bola : 224 mm (minimum) - 235 mm (maksimum)
Digunakan untuk menutup bahagian kaki iaitu dari buku lali sehingga bawah lutut.
Diperbuat daripada plastik keras atau lapisan foam yang tebal.
Pemain perlu memilih mengikut saiz ketinggian diri.
Wajib dipakai ketika perlawanan ataupun latihan untuk menjaga keselamatan kaki pemain
MOUTH GUARD
Digunakan sebagai pelindung bahagian mulut dari kecederaan.
Dimasukkan di dalam mulut dan digigit.
diperbiat daripada bahan latex.
HAND PROTECTOR
Digunakan sebagai pelindung bahagian tangan yang terdedah.
Hanya digunakan pada tangan sebelah kiri.
diperbuat dari plastik keras.
KASUT HOKI
Terdapat dalam pelbagai jenama
Mempunyai stud yang banyak bertujuan untuk mencengkam padang permainan yang basah
Hanya digunakan di padang Astroturf
STOKIN PANJANG
Diperbuat dari fabrik kapas yang lembut
Perlu melindungi kaki sehingga melepasi lutut
Digunakan untuk memegang shin guard supaya kekal ditempatnya
Warna mengikut jersi pasukan