Tujuan aktiviti memanaskan badan adalah:
Meningkatkan suhu badan (faktor utama untuk meningkatkan prestasi);
Meransang aktiviti sistem saraf pusat (meningkatkan fungsi transmisi saraf- kontraksi otot menjadi lebih efisyen);
Mengurangkan masa reaksi ;
Meningkatkan koordinasi;
Mengurangkan risiko kecederaan; dan
Meningkatkan tahap motivasi dan persediaan psikologi.
Kemahiran ini boleh digunakan untuk membuat hantaran kepada rakan sepasukan, tolakan ke dalam semasa pukulan sudut pendek atau untuk menjaring. Perkara yang perlu dititikberatkan adalah kedudukan bahu dan kaki serta daya tolakan dari kedua belah tangan untuk mendapat ketepatan arah dan kederasan bola.
Kemahiran ini boleh digunakan untuk menerima bola hantara rakan sepasukan. Perkara yang perlu dititikberatkan adalah kedudukan bahu dan kaki serta daya serapan dari kedua belah tangan bagi menyerap daya kederasan bola.
Kemahiran ini bertujuan untuk menghantar bola kepada kawan atau rakannya pada jarak yang agak jauh atau membuat pukulan ke arah gol. Bagi tujuan pukulan, perkara yang perlu dititikberatkan adalah ketepatan arah dan kederasan bola. Ketepatan arah bola ditentukan dengan kedudukan bahu dan kaki sementara kederasan bola ditentukan dengan daya pukulan daripada kedua-dua belah tangan dan pemindahan berat badan.
Kemahiran menggelecek bola digunakan untuk mengawal bola sambil melepasi pemain lawan. Aspek yang perlu dititik beratkan semasa melakukan kemahiran ini ialah kepantasan dan kemahiran mengacah dengan menggunakan pergerakan badan dan kayu. Bola sentiasa berada di hadapan badan dan digerakkan dari sisi ke sisi.
Kemahiran ini bertujuan untuk menghantar bola tinggi melepasi pihak lawan ke rakan atau untuk menjaringkan gol. Namun begitu, kemahiran ini mempunyai peraturan ketat iaitu pihak lawan mesti berada pada jarak 5 ela ataupun 3 meter. Sekiranya keadaan berbahaya, kemahiran ini dianggap satu kesalahan semasa bermain
Merebut adalah satu keupayaan merampas bola daripada penguasaan pihak lawan. Sewaktu melaksanakan kemahiran ini, imbangan, koordinasi, ketangkasan dan kesedaran ruang memainkan peranan yang penting. Kemahiran ini dilakukan pada saat pihak lawan leka dan cuai. Antara cara merebut dalam permainan hoki ialah:
Merebut secara menghadang ( flat tackle)
Merebut secara kilas (reverse tackle)
Merebut secara melonjak (jab tackle)
Kemahiran ini bertujuan untuk menghantar bola kepada kawan atau rakannya pada jarak yang agak jauh atau membuat lambungan bola ke udara. Bagi tujuan lambung bola, perkara yang perlu dititikberatkan adalah ketepatan arah dan jarak hantaran. Ketepatan arah bola ditentukan dengan kedudukan bahu dan kaki sementara jarak hantaran bola ditentukan dengan daya lambungan daripada kedua-dua belah tangan dan pemindahan berat badan.
Penjaga gol adalah benteng terakhir sesebuah pasukan. Tugasnya adalah menepis bola daripada cubaan menjaringkan gol oleh pihak lawan. Sewaktu melaksanakan kemahiran ini, imbangan, koordinasi, ketangkasan dan kesedaran sudut tiang gol memainkan peranan yang penting. Kemahiran ini dilakukan pada saat pihak lawan membuat percubaan menjaringkan gol. Antara cara menepis bola dalam permainan hoki ialah:
Menggunakan tangan
Menggunakan kaki
Menggunakan kepala