SEJARAH KELAS PENDIDIKAN KHAS
Kelas Pendidikan Khas bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran bermula di SK. Bandar (Perempuan) yang terletak di Jalan Hassan, Segamat pada 1 Januari 1963. Guru Besar pada ketika itu ialah Pn. Fatimah Bt. Omar, dengan murid yang berjumlah 11 orang di bawah kelolaan seorang guru khas.
Pada tahun 1983, Kelas Pendidikan Khas telah ditukarkan ke SK Temenggong Abdul Rahman, oleh kerana jumlah murid yang bertambah. Atas keperihatinan kerajaan, pada tahun 1989 sebuah bangunan khas telah dibina bagi menampung jumlah murid bermasalah pendengaran yang semakin bertambah. Bangunan ini telah dirasmikan oleh Yg Berhormat Dato’ Abdul Razak Bin Atur, Pengarah Pendidikan Negeri Johor pada ketika itu. Bangunan ini mempunyai empat bilik darjah, sebuah bilik kedap bunyi, sebuah stor sukan dan dua buah tandas. Memandangkan bilik kedap yang disediakan tidak memenuhi spesifikasi pengajaran dan pembelajaran, pada tahun 2001 kelas pendidikan khas ini mendapat peruntukan sebanyak RM 20,000 dari JPNJ bagi membuat bilik kedap yang baru.
Pada 26 Julai 2001 merupakan hari yang bersejarah bagi kanak-kanak khas di sekolah ini di atas kunjungan Yg Mulia Tunku Mahkota Johor dan beliau berkenan menyumbangkan wang sebanyak RM 5,000 bagi melengkapkan alat-alat keperluan untuk murid-murid pendidikan khas.
Cikgu Yusliwandi Bin Mohammad
Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas
CARTA ORGANISASI PPKI
ZURAYUSHAZMAN BIN ISMAIL
YUSLIWANDI BIN MOHAMMAD
MOHD TAUFIK BIN MOHAMED
ROSNI BIN NAWAWI
MOHD HELMY BIN JAMHURI
ROZITA BINTI HASSAN
SALRINA BINTI HASSAN
MOHD RIDHA BIN MOHD YATIM
RODHIHA BINTI MA'ROF
ROMAH BINTI ADAM
ROSMALIZA BINTI JAJOL
ANNA SYSZLINNA BINTI OMAR
SHARIFAH FATTIN HAMAMAH BINTI SYED YAHYA
NOR AIN BINTI MOHD NOH
PENTADBIRAN
Kemaskini: 4 DISEMBER 2024
KURIKULUM
Kemaskini: 4 DISEMBER 2024
HAL EHWAL MURID
Kemaskini: 4 DISEMBER 2024
KOKURIKULUM
Kemaskini: 4 DISEMBER 2024
PAUTAN
Kemaskini: 6 DISEMBER 2021