TIADA GUNUNG YANG TIDAK BOLEH DIDAKI
TIADA MASALAH YANG TIDAK BOLEH DIATASI
Murid-murid di STAR mempunyai potensi untuk berkembang maju dari ilmiahnya. Murid-murid di STAR akan diberi peluang seluas-luasnya memperkembangkan tahap inteleknya ke tahap cemerlang.
Guru-guru di STAR mempunyai keupayaan, pengetahuan, kemahiran, semangat dan kebolehan iktisas untuk pendidikan yang menyeluruh dan bermutu.
Pentadbiran STAR mempunyai keupayaan untuk menyediakan tenaga pengajar dan memikul tanggungjawab bagi melahirkan manusia memberi sumbangan positif kepada agama, bangsa dan negara.
KEJAYAAN
STAR salah sebuah sekolah yang menempa banyak kejayaan dalam bidang Kurikulum dan Kokurikulum di Daerah Segamat. Antaranya :
Tempat ke-2 Sekolah Harapan Negara 1992 / ke-3 Tahun 2002 dan 2006. (Rujuk Lampiran 1)
Johan Pertandingan Pusat Sumber Daerah Segamat / ke-3 Peringkat Negeri Johor sejak Tahun 1994
Diiftiraf sekolah aktif menabung di Akaun Simpanan Bank Simpanan Nasional sejak Tahun 1982.STAR merupakan kawasan yang selamat dan mudah untuk berbincang. Banyak agensi luar, badan pengurusan lain dan PPD Segamat kerap menjadikan STAR sebagai tempat berkursus, bermesyuarat, makmal komputer dan lain-lain lagi ke arah pendidikan dan perkembangan sumber insan.
Hubungan STAR dengan komuniti setempat amat baik. Antaranya :
Pusat banjir pada tarikh 19-28 Disember 2006 dan 7-8 Januari 2007.
Temuduga pengambilan baru tentera darat.
Mesyuarat Koperasi Guru Daerah Segamat (setiap tahun).
Kursus Komputer / perkembangan staf sekolah / guru berkenaan (GPK – Head Count / membina jadual waktu (Syarikat Pro-Office Kuala Lumpur).
Penanda aras Sekolah Harapan Negara bagi sekolah terpilih Sekolah Harapan Negara Daerah Segamat, Purata Mata Gred (penilaian), Kebun dalam sekolah, merancang Pelan Strategik dan lain-lain lagi.
Sekolah rujukan kantin contoh kerana berjaya dalam pengurusan kesihatan dan kebersihan kantin (Tahun 1993)”STAR” atau ”bintang” bermaksud ”Nasib Untung” dalam Kamus Dewan halaman 162 merupakan panggilan masyarakat terhadap singkatan nama Sekolah Kebangsaan Temenggong Abdul Rahman. STAR merupakan sebuah sekolah mempunyai pentadbiran / pengurusan gabungan Pendidikan Khas Masalah Pendengaran (Integrasi).