Pusat sumber sekolah (PSS) merupakan penjana pembentukan masyarakat yang berilmu pengetahuan, gemar membaca dan berkemahiran maklumat sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta pendidikan abad ke-21.
Terdapat lima fungsi Pusat Sumber Sekolah Abad ke 21 iaitu :
Merancang dan mengurus perolehan bagi membina koleksi yang komprehensif, seimbang dan kemas kini selaras dengan keperluan kurikulum dan memenuhi keperluan warga sekolah
Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan akses maklumat bagi kegunaan individu atau kumpulan
Memberi panduan dan kemahiran kepada warga sekolah berkaitan proses carian, penghasilan dan penggunaan maklumat
Menyediakan kemudahan, peralatan dan bahan supaya sentiasa dalam keadaan baik dan berfungsi
Menyediakan kemudahan, peralatan dan bahan supaya sentiasa dalam keadaan baik dan berfungsi
Model Pusat Sumber Sekolah abad ke-21 memberi penekanan terhadap 3 unsur / elemen yang dapat meningkatkan penggunaan yang optimum.
Ruang pembelajaran (space)
Teknologi (technology)
Kandungan (content)
Terdapat empat bahagian utama dalam pengurusan PSS iaitu:
Bidang A : Pengurusan dan Pentadbiran
Bidang B : Organisasi Bahan
Bidang C : Galakan Membaca
Bidang D : Literasi Maklumat
Jawatankuasa
Menubuhkan Jawatankuasa Induk / Jawatankuasa Kerja / NILAM / Pengawas PSS
Menyediakan carta organisasi
Mengemas kini dan mempamerkan carta organisasi
Memantau dan membantu pelaksanaan tugas tugas jawatankuasa terlibat
JK Induk PSS
JK Kerja PSS
Pengawas PSS
Mempamerkan senarai tugas
Fail Kuasa
Menyediakan dan mengemaskini Fail Kuasa jika ada peraturan/prosedur kerja PSS yang baharu atau ditukar.
MyPortfolio GPM
Menyediakan dan mengemaskini MyPortfolio
Menyediakan Rekod
Menyediakan dan membuat analisis :
Rekod Perolehan Bahan Buku, Bukan Buku, Surat Khabar dan Majalah
Rekod Bertugas Jawatankuasa Kerja PSS
Rekod Bertugas Pengawas PSS
Rekod Penggunaan Bilik bilik di PSS
Rekod Penggunaan Peralatan
Rekod Penyelenggaraan Peralatan
Rekod Pilih Buang
Rekod Pinjaman Buku/ Bukan Buku oleh ahli
Rekod Pinjaman Pukal
Menyediakan Buku Pelawat
Menyediakan kad keahlian semua warga sekolah
Menyediakan statistik pinjaman harian, mingguan, bulanan dan tahunan
1. Peruntukan Bantuan Geran Per kapita Pusat Sumber Sekolah (PCG) dan Yuran Khas PSS
Dapatkan Anggaran Bantuan Per kapita daripada Guru Besar/ Pengetua
Berdasarkan anggaran per kapita tahun semasa, buat anggaran belanjawan
Rujuk analisis koleksi terkini bahan semasa membuat anggaran belanjawan
2. Perancangan Pembelian
Pengagihan peruntukan bantuan geran per kapita/ Yuran Khas PSS mengikut surat pekeliling yang sedang berkuat kuasa
3. Pemilihan dan pembelian bahan
Lantik Jawatankuasa pemilihan dan pembelian bahan
Adakan mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan dan Pembelian Bahan
Edarkan dasar pemilihan dan pembelian bahan kepada semua ketua panitia
Sediakan analisis koleksi terkini bahan bagi tahun semasa
Ambil kira kekuatan dan kelemahan koleksi semasa membuat perancangan pembelian bahan
Sediakan anggaran perbelanjaan tahun semasa
Dapatkan senarai cadangan pembelian bahan daripada ketua-ketua panitia
Buat tempahan bahan dari pembekal
4. Penerimaan Bahan
Semak borang pesanan dan buku yang diterima adalah betul dan jelas
Jika buku tersebut tidak seperti yang dikehendaki, kembalikan kepada pembekal berkenaan
Semak kualiti bahan. Jika kualiti bahan tidak menepati kualiti yang ditetapkan kembalikan bahan tersebut kepada pembekal
Tandatangan SAP setelah diyakini kualiti dan kuantiti bahan adalah sempurna
Kembalikan SAP yang ditandatangani kepada pembekal
Ambil tindakan untuk urusan pembayaran dan rekod perolehan stok
Failkan salinan invois bagi pembelian berkenaan untuk tindakan seterusnya
5. Pengkatalogan/ Pengelasan/ Proses Teknik Bahan (Rujuk Fail Kuasa PSS)
Pengelasan mengikut Sistem Perpuluhan Dewey
Sediakan slip kerja
Pengkatalogan (sistem automasi)
Dapatkan cap perolehan dan mengecapkan pada bahan
Cap hak milik di halaman rahsia
Menyediakan kad pinjaman
Lekatkan slip tarikh pulang
Letakkan label nombor panggilan pada tulang buku bagi buku tebal dan kulit depan bagi buku-buku nipis
6. Penyusunan Buku (Rujuk Fail Kuasa PSS dan kaedah penyusunan mengikut ALA Cataloging Rules for Author and Tittle Entries. (American Library Association)
Susun buku di para paling atas dari kiri ke kanan mengikut nombor panggilan
Jika ada nombor panggilan yang sama, ikut urutan abjad nama pengarang
Buku di para dua disusun mengikut arah bertentangan dari para sebelumnya
Pastikan buku memenuhi tidak lebih daripada tiga perempat ruang para supaya memudahkan penyimpanan, pengambilan dan penambahan buku
7. Semak Stok (Rujuk Fail Kuasa PSS)
Tangguhkan semua proses sirkulasi
Dapatkan kembali semua bahan yang belum dipulangkan
Sediakan borang analisis koleksi bahan
Semakan stok dilaksanakan pada setiap hujung tahun
Failkan laporan semakan stok
8. Proses Pilih buang - Hapus kira - Pelupusan (Rujuk Fail Kuasa PSS)
Baik pulih bahan yang mengalami kerosakan kecil
Hapus kira bahan yang hilang
Pelupusan bahan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
1. Pengurusan Program NILAM
Bentuk Jawatankuasa NILAM
Sediakan deskripsi tugas
Merancang dan melaksanakan aktiviti galakan membaca (NILAM)
Aktiviti galakan membaca dipantau oleh semua guru
Mengumpul dan merekodkan data NILAM
Memberi pengiktirafan kepada murid berdasarkan rekod bacaan
Menghantarkan laporan kepada USTP dan SSTP
2. Promosi
Antara promosi yang dicadangkan ialah mewujudkan sudut-sudut dan aktiviti-aktiviti:
Sudut NILAM
Pamerkan data pencapaian dan aktiviti-aktiviti
Majlis pengiktirafan
Pamerkan gambar dan profil pemenang
Sudut Bahan terkini
Fotostat kulit depan/ jaket buku terkini
Pamerkan bahan tersebut
Nyatakan lokasi penempatan bahan
Sudut Literasi Maklumat
Sedia, cetak dan pamerkan
Sudut Informasi PSS dan Isu-isu semasa
Kumpulkan maklumat berkaitan
Bahan dokumentasi
Sudut Karya Agung/ Karya Besar
Sedia dan pamerkan
Bicara dan pamerkan buku
Pilih bahan
Tentukan waktu yang sesuai
Laksanakan aktiviti
Terbitkan brosur, risalah, poster
Cetak dan edarkan
Buletin berkala
Cetak dan edarkan bahan
Masukkan dalam Laporan Tahunan Aktiviti PSS
Mengadakan Pameran Bertema
Wujudkan sudut atau bilik pameran
Tentukan tema
Rancang aktiviti berkaitan setiap tema
Kumpul bahan seperti folio, buku skrap, poster dan yang berkaitan dengan tema
3. Pelaksanaan aktiviti lain galakan membaca
Pertandingan NILAM
Kem Membaca
Pertandingan Info-hunt/ Jejak Maklumat
Program bersama panitia
Membantu panitia menjalankan aktiviti seperti pertandingan folio, buku skrap, model, kuiz dan lain-lain
1. Pengurusan Literasi Maklumat Model-model Literasi Maklumat:
The Big 6 Skill oleh Eisenberg M & Berkowitz R.
Information Proses oleh ASLA
Empowering oleh Wejethunge
Memperkenalkan model-model literasi maklumat kepada guru:
Strategi mencari maklumat
Lokasi dan capaian
Pengumpulan maklumat
Penyusunan maklumat
Penilaian Pemilihan
Penggunaan maklumat
2. Mengetahui kemahiran literasi maklumat
Kemahiran perpustakaan
Kemahiran belajar
Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)
Kemahiran komunikasi
Memberi pendedahan kepada warga sekolah berkaitan kemahiran literasi maklumat
Mengaplikasikan kemahiran literasi maklumat dalam pengurusan PSS
3. Kolaboratif dengan panitia
Menggalakkan guru-guru menggunakan kemahiran literasi maklumat dalam PdP.
Bekerjasama dengan panitia untuk menghasilkan modul aktiviti kemahiran literasi maklumat
4. Wujudkan sudut Literasi Maklumat
Menyediakan bahan untuk dipamerkan dan digunakan
Menentukan lokasi sudut literasi maklumat
Menggalakkan murid menggunakan kemudahan sudut literasi maklumat