Sites Menu Sumber Pembelajaran Cikgu Digital Kedah diwujudkan bertujuan untuk menempatkan sumber bahan berbentuk video yang dihasilkan oleh cikgu-cikgu di negeri Kedah.
Ramai guru-guru Kedah telah mempunyai channel YouTube sendiri. Sites ini akan menjadi penghubung kepada channel YouTube guru-guru berkenaan. Sites ini akan berfungsi sebagai menu untuk mendapatkan video PdPC melalui pages mata pelajaran yang disediakan bagi memudahkan pencarian bahan mengikut mata pelajaran, tahun atau tingkatan.
Diharapkan inisiatif ini akan membantu guru-guru dan murid-murid melaksanakan pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatan pembelajaran teradun dan flipped classroom.
Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan (SSTP) dan 32 Pusat Kegiatan Guru (PKG) telah dibekalkan dengan peralatan Studio Digital. Antara perlalatan yang telah dibekalkan ialah :
PTZ Cemera
Teleprompter
Green screen
Lighting
Wireless microphone
Peralatan ini boleh dimanfaatkan oleh guru-guru untuk menghasilkan video PdP. Sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi pegawai SSTP atau pegawai USTP yang menjadi Penyelaras PKG untuk berbincang khidmat bantu yang boleh diberikan supaya guru-guru dapat melaksanakan aktiviti menyediakan bahan sumber PdP.