Assalamualaikum ,
Dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) telah dicadangkan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran. Antara strategi berkenaan:
Kajian Kes
Pembelajaran Berasaskan Inkuiri
Pembelajaran Berasaskan Kajian Masa Depan
Pembelajaran Luar Bilik Darjah
Belajar Cara Belajar
Pembelajaran Masteri
Pembelajaran Akses Kendiri
Pembelajaran Secara Kontekstual
Pembelajaran Secara Konstruktivisme
Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai
Pembelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Aplikasi Teknik Theory of Constraints
Teknik Belajar Sambil Bermain
Salah satu strategi yang dicadangkan di atas ialah Pembelajaran Akses Kendiri. Apakah yang dimaksudkan dengan Pembelajaran Akses Kendiri dan bagaimanakah melaksanakannya?
Pembelajaran Akses Kendiri ialah pendekatan yang membolehkan murid belajar secara kendiri melalui penggunaan bahan pembelajaran. Murid diberi peluang memilih aktiviti, menilai hasil kerja dan memantau kemajuan mereka sendiri agar mereka bertanggungjawab dan berdikari atas pembelajaran mereka. Dalam Pembelajaran Akses Kendiri, bahan pembelajaran direka dan diuruskan supaya murid belajar mengikut minat, keperluan, tahap kemampuan dan gaya pembelajaran mereka. Murid juga boleh mengetahui maklum balas pencapaian mereka kerana Pembelajaran Akses Kendiri menyediakan pentaksiran kendiri.
SSTP ingin mengajak guru-guru untuk sama-sama mereka bahan pembelajaran akses kendiri untuk dimanfaatkan oleh murid-murid di sekolah. Kami mencadangkan elemen berikut dimuatkan dalam rekaan bahan pembelajaran yang akan dibina
Tajuk / standard kandungan
Objektif pembelajaran / standard pembelajaran
Aktiviti dan bahan pembelajaran yang bersesuaian seperti nota, video, bahan grafik dsb
Instrumen pentaksiran - sekurang-kurangnya instrumen assesment as learning iaitu murid dapat mengetahui tahap pembelajaran mereka sendiri.
Dengan menggunakan ID DELIMa, guru-guru boleh membina modul ini menggunakan aplikasi Google Sites atau Microsoft Sway. Bagi membolehkan guru-guru belajar menggunakan kedua-dua aplikasi ini, kami pihak SSTP menyediakan modul yang boleh diakses melalui pautan di bawah:
Bagi menyediakan instrumen pentaksiran guru-guru bolehlah menggunakan aplikasi di bawah atau aplikasi lain yang sesuai:
Google Quiz
Microsoft Quiz
Kahoot
Quizziz
Dll
Dalam usaha ini, kami turut mengambil inisiatif menghasilkan Modul Pembelajaran Akses Kendiri yang boleh diakses melalui pautan di bawah:
Modul Pembelajaran Akses Kendiri bagi Mata Pelajaran Sejarah Tingkatan Empat
Modul Pembelajaran Akses Kendiri bagi Mata Pelajaran Sejarah Tingkatan Lima
Di sini, kami ingin mengajak pegawai-pegawai, SIP+, SISC+ dan Guru Cemerlang serta guru-guru untuk sama-sama menghasilkan Modul Pembelajaran Akses Kendiri bagi mata pelajaran yang menjadi kepakaran tuan-tuan dan puan-puan dan berkongsi dengan kami untuk dimanfaatkan oleh murid-murid di sekolah.Â
Modul seperti ini mungkin boleh dijadikan sebagai salah satu alternatif intervensi untuk murid-murid yang gemar menggunakan gajet. Pembelajaran melalui modul seperti ini boleh menjadi gaya baharu dalam pembelajaran yang menyeronokan dan mengubah tabiat tak suka membaca kerana cara ini lebih santai. Sebagai pendidik, kita juga seharusnya menggunakan pendekatan pembelajaran terbeza kerana kecerdasan murid kita pelbagai.
Bermula tahun 2022, pihak SSTP telah memulakan usaha untuk menghasilkan Modul Pembelajaran Akses Kendiri. Projek rintis ini melibatkan mata pelajaran Tahun 4 dan Tingkatan 1. Modul-modul ini masih dalam pembinaan dan pemurnian. Modul yang sedang dibina ini boleh diakses melalui pautan di bawah :
Modul Pembelajaran Akses Kendiri Tahun 4
Modul Pembelajaran Akses Kendiri Tingkatan 1
Kami mencari sukarelawan sebagai penyedia kandungan untuk menghasilkan modul seperti ini.
Sila isi maklumat berkaitan modul telah dibina dengan mengisi borang dalam pautan di bawah :
Terima kasih kepada semua guru-guru yang telah menyumbang menghasilkan modul ini :
#PenerajuGenerasiFasihDigital