PENGURUSAN SPLKPM SK WAWASAN

SASARAN SPLKPM SKW 2024

KURSUS DALAM TALIAN 

(AI UNTUK RAKYAT)

*SEGERA :  PENYERTAAN DAN LAPORAN PROGRAM ‘AI UNTUK RAKYAT’ DALAM KALANGAN PENJAWAT AWAM - KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA*


 

Dengan hormatnya saya diarah untuk menarik perhatian tuan/puan kepada perkara di atas dan surat rujukan JPA.KPPA/016 JLD18(52) bertarikh 17 Januari 2024 serta rantaian e-mel di bawah adalah berkaitan.


2.   Sukacita dimaklumkan bahawa dalam usaha menjayakan Program ‘AI Untuk Rakyat’ yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 16 Januari 2024, setiap penjawat awam di peringkat Kementerian/Jabatan/Agensi Persekutuan, Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun Persekutuan, Pihak Berkuasa Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan dikehendaki melengkapkan program pembelajaran ‘AI Untuk Rakyat’ secara dalam talian iaitu ‘AI Aware’ dan ‘AI Appreciate’. Program ini ialah hasil kerjasama pihak MyDIGITAL Corporation (MyDC) dan Intel Corporation.


3.   Perhatian dan kerjasama pihak tuan/puan adalah dimohon untuk menyelaras pelaksanaan program ‘AI Untuk Rakyat’ di peringkat Bahagian KPM, JPN, PPD dan Sekolah dengan melengkapkan program pembelajaran secara dalam talian dengan peruntukan masa selama 4 jam bagi memperoleh lencana AI Aware dan AI Appreciate.


4.    Sehubungan dengan itu, warga seliaan pihak tuan/puan *DIWAJIBKAN* untuk melengkapkan program pembelajaran tersebut dengan kadar segera melalui capaian https://ai.gov.my/#/home *selewat-lewatnya pada jam 4.00 petang pada 1 Februari 2024 (Khamis).* Seterusnya, pelaporan juga hendaklah dikemaskini dalam SPLKPM melalui 'e-pembelajaran' bagi program 'AI untuk Rakyat' untuk membolehkan pelaporan KPM dijana daripada data yang telah dikemaskini dalam SPLKPM.


5.   Perhatian dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini di dahului dengan ucapan terima kasih.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Cara daftar Ai untuk rakyat dalam MODUL INDIVIDU SPLKPM


1. Login masuk - splkpm modul individu : https://splkpm.moe.gov.my

2. Pembelajaran kendiri - epembelajaran

3. Tambah aktiviti 

4. Pilih L1 - pdp

5. Pilih Kemahiran digital 

6. Kemahiran literasi media dan maklumat 

7. Ai untuk rakyat 

8. Klik pada Ai Aware 

9. Simpan . Ulang semula step & daftar utk Ai appreciate. 

10. Masa utk setiap bahagian adalah automatik. 

KURSUS DALAM TALIAN 

(E-PEMBELAJARAN) MELALUI EPSA

Sumber: Portal Rasmi www.epsa.gov.my login

*sekiranya anda pernah mendaftar dan lupa kata laluan, anda boleh semak emel.

(PANDUAN MENGISI E-PEMBELAJARAN BOLEH DIRUJUK PADA SLAID ATAU PAUTAN

Kursus online bersijil yang ditawarkan dalam talian EPSA antaranya ialah:

CONTOH KURSUS - Pastikan isi akujanji dan sempurnakan penilaian kursus.

EKSTRA AKTIVITI : 1 BUKU SETIAP GURU/AKP

Pembacaan ini tidak wajib tetapi bagi menambahkan matakredit dan bilangan hari semua guru dan AKP SKW.

Elemen KBAT Dalam Kokurikulum.pdf

SINOPSIS KBAT DALAM KOKURIKULUM

(Pembacaan ini tidak wajib tetapi bagi menambahkan matakredit dan bilangan hari semua guru dan akp SKW, tuan-puan disyorkan membaca pdf yang telah dimuatnaik dalam mylink.la/kokurikulumskw

(KLIK DI BAWAH)

kemudian memuat turun sinopsis yang disediakan, 

*(sinopsis yang telah ditandatangani Guru Besar boleh diserahkan kepada SU SPLKPM)

(KLIK DI BAWAH)

serta mendaftarkan bacaan tersebut dalam modul individu - pembelajaran kendiri - pembacaan buku.

(KLIK DI BAWAH)