PINANG 2026 yang merupakan satu platform yang diwujudkan bagi memberi peluang pensyarah, siswa guru, staf sokongan IPG Kampus Pulau Pinang dan guru-guru di Pulau Pinang untuk berkongsi penyelidikan ,inovasi dan kreativiti dalam pelaksanaan kurikulum kepada umum.
Pada tahun ini , PINANG 2026 akan diadakan di peringkat Negeri Pulau Pinang. Oleh itu, guru dan murid sekolah juga dijemput menyertai dalam kategori jemputan. Perkongsian ini diharapkan dapat meningkatkan profesionalisme keguruan ke arah kecemerlangan pendidikan.
Sehubungan dengan itu juga, pertandingan ini merupakan penghargaan dan pengiktirafan kepada pensyarah, siswa guru dan staf sokongan serta sekolah yang telah terbukti berjaya dalam membuat kajian dan menghasilkan penciptaan inovasi dan kreativiti dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran
TEMA
Memartabatkan Penyelidikan dan Inovasi Berteraskan Madani dalam Era Digital
SUB TEMA
Pedagogi dan Kurikulum
Kepimpinan dalam Pendidikan
Penilaian Pendidikan
Pendidikan Karakter
STEM
Pendidikan Digital
Kecerdasan Buatan (AI)
Bimbingan Kaunseling dan Psikologi
Bahasa dan Sastera
Pembelajaran Sepanjang Hayat
A. Kategori 1 : Pensyarah/ Pengurusan/ Staf Pelajar
B. Kategori 2 : Pelajar PISMP Ambilan September 2022/2027 (Tahun 3)
Pelajar PISMP Ambilan Ogos 2023/2028 (Tahun 2)
Pelajar PISMP (SSM) Ambilan Ogos 2024/2028 (Tahun 2)
C. Kategori 3 : Guru sekolah (Kajian Tindakan) di negeri Pulau Pinang
Nota
Penyertaan bagi semua kategori adalah terbuka secara individu (kecuali pelajar IPG) atau berkumpulan (maksimum lima orang).
Bagi penyertaan pelajar IPG yang ingin menyertai seorang diri atas tiket pelajar WAJIB bersama seorang Pensyarah Penasihat dalam borang penyertaan.
16 Disember 2025 – 27 Februari 2026 (Dilanjutkan ke 27 Mac 2026) : Tarikh pendaftaran dan penghantaran abstrak
27 Mac 2026 (Dilanjutkan ke 10 April 2026) : Tarikh akhir hantar artikel penuh
6 April 2026 : Pemakluman kepada peserta yang layak ke peringkat akhir
22 & 23 April 2026 : Pembentangan penyelidikan
24 April 2026 : Pengumuman Keputusan Pertandingan
Sebarang pertanyaan boleh hubungi : Dr. Samri bin Chongo (019 895 5340)
Pasukan/Peserta Penyelidikan WAJIB melakukan perkara seperti di bawah:
Membaca Slaid Taklimat PINANG 2026
2. Membaca Garis Panduan Penyelidikan PINANG 2026
3. Mengisi BORANG 1 - Pendaftaran Abstrak Penyelidikan SAHAJA
(Tarikh Akhir 27 Februari 2026)
Kategori 1: Pendaftaran Abstrak Penyelidikan Pensyarah/Pengurusan/Staf IPG
Kategori 3: Pendaftaran Abstrak Penyelidikan Guru Sekolah (Kajian Tindakan)
4. Mengisi BORANG 2 - Penghantaran Artikel Penuh/Artikel Kajian Tindakan
(Tarikh Akhir 27 Mac 2026)
Kategori 1: Artikel Penuh Penyelidikan Pensyarah/Pengurusan/Staf IPG
Kategori 2: Artikel Penuh Penyelidikan Inovasi Siswa Guru IPG
5. Mengisi BORANG 3 - Penghantaran Slaid PowerPoint(PPT/PPTX)/Poster Penyelidikan (PDF)
(Tarikh Akhir 13 April 2026)
Kategori 1: SLAID PowerPoint format (PPT/PPTX) Penyelidikan Pensyarah/Pengurusan/Staf IPG
Kategori 3: SLAID PowerPoint format (PPT/PPTX) Kajian Tindakan Guru Sekolah
📌KHAS KEPADA PENSYARAH IPG KAMPUS PULAU PINANG SAHAJA 🎯
SEBELUM MULA
6. Mengisi LAM-PT-10-01 - Borang Kebenaran Melaksanakan Penyelidikan (Jika melibatkan kutipan data)
SETELAH TAMAT
7. Mengisi LAM-PT-10-02 - Mengisi borang selesai pelaksanaan penyelidikan setelah selesai kajian dijalankan.
Nota:
1. Borang 1 = Pendaftaran Abstrak Penyelidikan dahulu
2. Borang 2 = Penghantaran Artikel Penuh/Kajian Tindakan, dan
3. Borang 3 = Penghantaran Slaid PowerPoint(PPT/PPTX)/Poster Penyelidikan (PDF)