FAQ UMUM
Karnival Sekolah Pengajar dan Pinang 2026 ialah program pendidikan berskala besar yang menghimpunkan IPG, sekolah pengajar dan komuniti bagi meraikan inovasi, kreativiti, bakat serta amalan terbaik dalam pendidikan.
Karnival ini dianjurkan oleh Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi (JPPI), Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang (IPGKPP).
22 hinggga 24 April 2026, di Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang
Penyertaan terbuka kepada:
Pelajar IPG Kampus Pulau Pinang
Guru dan murid sekolah pengajar
Pensyarah & Staf IPG Kampus Pulau Pinang
Warga pendidik negeri Pulau Pinang
Antara aktiviti utama ialah:
Pertandingan Sekolah Pengajar (Bercerita, Storytelling, Sketsa Muzikal & Pertandingan Kuiz Sains & Matematik
Pameran & Pertandingan Inovasi Pendidikan
Pembentangan Penyelidikan Pendidikan
Pembentangan kajian tindakan Sekolah Pengajar
Aktiviti interaktif pengunjung
Jualan
Ya, kunjungan orang awam ke karnival ini amat dialu-alukan.
Sebahagian besar aktiviti adalah percuma. Namun, yuran tapak jualan tertentu mungkin melibatkan yuran penyertaan.
Pendaftaran dibuat secara dalam talian melalui borang rasmi (Google Form / sistem pendaftaran) yang akan disediakan oleh penganjur.
Ya. Sijil penyertaan dan sijil pencapaian akan diberikan kepada peserta dan pemenang tertakluk kepada syarat penganjur.
Maklumat terkini boleh diperoleh melalui:
Laman web rasmi KSPP ini
Media sosial rasmi IPGKP
Hebahan melalui sekolah pengajar
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Jawatankuasa Karnival melalui emel atau nombor telefon rasmi yang dipaparkan.
FAQ PERTANDINGAN
Penilaian dibuat berdasarkan kreativiti, inovasi, ketepatan kandungan, keberkesanan penyampaian serta pematuhan kepada syarat pertandingan.
Keputusan pertandingan akan diumumkan pada hari karnival atau melalui saluran rasmi website KSPP ini selepas proses penilaian selesai.
Ya, ruang pameran akan disediakan tertakluk kepada kekosongan dan kelulusan pihak penganjur.
Kemudahan asas seperti ruang pameran, bekalan elektrik dan keselamatan akan disediakan tertakluk kepada terma dan syarat.
Ya, kemudahan parkir disediakan tertakluk kepada kapasiti yang ada di kawasan IPG Kampus Pulau Pinang.
FAQ PENGUNJUNG
Ya, gerai makanan dan gerai minuman akan disediakan sepanjang tempoh karnival.
Pakaian kemas, sopan dan bersesuaian dengan suasana program adalah digalakkan.
Ya, rakaman foto dan video akan dibuat untuk tujuan dokumentasi dan promosi rasmi IPGKPP.
Sebahagian aktiviti akan dijalankan di ruang berbumbung. Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.