PINANG 2026 yang merupakan satu platform yang diwujudkan bagi memberi peluang pensyarah, siswa guru, staf sokongan IPG Kampus Pulau Pinang dan guru-guru di Pulau Pinang untuk berkongsi penyelidikan ,inovasi dan kreativiti dalam pelaksanaan kurikulum kepada umum.
Pada tahun ini , PINANG 2026 akan diadakan di peringkat Negeri Pulau Pinang. Oleh itu, guru dan murid sekolah juga dijemput menyertai dalam kategori jemputan. Perkongsian ini diharapkan dapat meningkatkan profesionalisme keguruan ke arah kecemerlangan pendidikan.
Sehubungan dengan itu juga, pertandingan ini merupakan penghargaan dan pengiktirafan kepada pensyarah, siswa guru dan staf sokongan serta sekolah yang telah terbukti berjaya dalam membuat kajian dan menghasilkan penciptaan inovasi dan kreativiti dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran
TEMA
Memartabatkan Penyelidikan dan Inovasi Berteraskan Madani dalam Era Digital
SUB TEMA
Pedagogi dan Kurikulum
Kepimpinan dalam Pendidikan
Penilaian Pendidikan
Pendidikan Karakter
STEM
Pendidikan Digital
Kecerdasan Buatan (AI)
Bimbingan Kaunseling dan Psikologi
Bahasa dan Sastera
Pembelajaran Sepanjang Hayat
Pasukan inovasi yang dipertandingkan terbahagi kepada enam (6) kategori iaitu:
IPG KAMPUS PULAU PINANG (IPGKPP)
A. Pelajar PISMP Ambilan September 2022/2027 (Tahun 3)
B. Pelajar PISMP Ambilan Ogos 2023/2028 (Tahun 2)
Pelajar PISMP (SSM) Ambilan Ogos 2024/2028 (Tahun 2)
C. Pelajar PISMP Ambilan Jun 2024/2029 (Tahun 1)
Pelajar PISMP (SSM) Ambilan Ogos 2024/2029 (Tahun 1)
D. Pelajar PISMP Ambilan Ogos 2025/2030 (PPISMP)
E. Pensyarah/ Pengurusan/ Staf
JEMPUTAN LUAR
F. Jemputan Luar (Sekolah) - Sekolah Rendah & Menengah
G. Jemputan Luar (Umum) - Institusi Pengajian Tinggi/Agensi/IPG Selain IPG Pulau Pinang
Syarat Penyertaan Berkumpulan
Maksimum ialah 5 orang dalam satu kumpulan
Boleh melibatkan pelbagai jabatan dalam satu kumpulan
16 Disember 2025 – 27 Mac 2026, : Tarikh pendaftaran dibuka (Penghantaran Poster, Video Inovasi & Laporan Inovasi)
6 April - 10 April 2026 : Penilaian Fasa 1 oleh Juri
14 April 2026 : Pemakluman kepada peserta yang layak ke peringkat akhir
22 & 23 April 2026 : Penilaian Inovasi Peringkat Akhir (Fasa 2)
24 April 2026 : Pengumuman Keputusan Pertandingan
Sebarang pertanyaan boleh hubungi : Ts. Mohd Hazlie bin Muhamad (019 525 5880)
Pasukan Inovasi WAJIB melakukan perkara seperti di bawah:
Membaca Slaid Taklimat PINANG 2026
2. Membaca Garis Panduan Inovasi PINANG 2026
3. Mengisi BORANG 1 - Pendaftaran Inovasi PINANG (ikut kategori anda) Poster & Video SAHAJA
(Tarikh Akhir 27 Mac 2026)
4. Mengisi BORANG 2 - Laporan Inovasi menggunakan format yang disediakan dalam bentuk MS Word SAHAJA
(Tarikh Akhir 27 Mac 2026)
📌KHAS KEPADA PENSYARAH IPG KAMPUS PULAU PINANG SAHAJA 🎯
5. Mengisi LAM-PT-10-03 - Borang Selesai Penghasilan Inovasi setelah tamat KSPP 2026 (24 April 2026)
Nota:
1. Borang 1 = Pendaftaran (Poster & Video Inovasi (link YouTube) dahulu
2. Borang 2 = Hanya Laporan Inovasi SAHAJA
CONTOH VIDEO INOVASI 1
CONTOH VIDEO INOVASI 2