KAMI, WARGA SMK TINGGI MELAKA
DENGAN PENUH ILTIZAM DAN TEKAD
AKAN MENGURUSKAN SEKOLAH DENGAN DEDIKASI,
CEKAP DAN BERKESAN.
Oleh itu, kami berjanji akan menumpukan seluruh tenaga
dan usaha kami untuk :
1. Memberi layanan dan peluang pendidikan yang saksama serta adil kepada semua pelajar tanpa mengira keturunan, agama dan latar belakang ekonomi dan budaya.
2. Memberi bimbingan dan didikan yang cemerlang untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak dan beramal.
3. Mewujudkan iklim sekolah yang harmonis, selamat dan selesa kepada proses pembelajaran dan pengajaran.
4. Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi mental, fizikal, emosi, rohani dan intelek.
5. Memastikan keselamatan pelajar semasa di kawasan sekolah senantiasa terjamin.
6. Menyediakan kemudahan-kemudahan pendidikan yang lengkap, berkualiti dan berteknologi terkini.
7. Mempertingkatkan budaya pentingkan ilmu di dalam diri sendiri dan diri pelajar.
8. Melayani ibu bapa atau penjaga dengan penuh mesra dan prihatin.
9. Bekerjasama dengan semua agensi kerajaan dan swasta yang berurusan dengan sekolah.
10. Memberikan khidmat yang cekap, cemerlang dan berkualiti kepada pelajar, ibu bapa, komuniti setempat, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran.