UCAPAN PENGETUA

Selamat Kembali ke Sekolah!

Saya ucapkan selamat kembali ke sekolah buat kesemuanya! Pihak sekolah dan guru-guru tetap gigih memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah dilaksanakan secara sistematik bagi melindungi murid-murid. Tentunya ibu bapa juga sarat menyusun kembali jadual, mengatur masa dan menguruskan keperluan harian anak-anak.


Adalah menjadi hasrat saya untuk melihat murid ceria, guru bahagia, sekolah bitara dan negara sejahtera. Ini akan menjadi keutamaan SMK Seri Saujana. Oleh itu, saya akan mempertingkatkan kerjasama dengan semua pihak seperti Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Daerah Bangsar-Pudu, serta pihak swasta seperti Universiti Multimedia (MMU) dan Kolej Universiti Antarabangsa INTI untuk mendapatkan pandangan serta input bagi memastikan hasrat ini tercapai.Β 


Saya juga ingin berpesan kepada semua untuk melestarikan Tujuh (7) Teras Utama Kementerian Pendidikan Malaysia agar kita sama-sama membangunkan SMK Seri Saujana seiring misi Malaysia Madani πŸ‡²πŸ‡Ύ.

PUAN ROZITA BINTI PUTEHΒ 

Pengetua SMK Seri Saujana