LENCANA

Penerangan Lencana Sekolah

πŸ’» Komputer

Melambangkan murid bestari dalam era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

β—Ž 5 Gelung

Melambangkan perkembangan potensi murid sebagai insan seimbang, harmonis dan berakhlak mulia merangkumi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Selain itu memperlihatkan pembangunan sahsiah murid-murid di sekolah ini ke arah membentuk sebuah negara perindustrian yang maju.

πŸ“– Buku

Melambangkan kepentingan memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran serta mengamalkannya dalamΒ  kehidupan seharian.

Resam padi harus menjadi tradisi murid-murid sekolah ini,`Semakin tunduk, semakin berisi’. Semakin banyak ilmu diΒ  dada semakin beradab dan berbudaya serta saling hormat menghormati sesama insan.

Motto

Berilmu

Memperkembangkan golongan pelajar yang berfikir & berdaya intelek serta mempunyai pemikiran yang rasional, kritis & kreatif. Memupuk semangat mencintai ilmu pengetahuan serta sentiasa berusaha untuk menambah & mengembangkannya.


Berdisiplin

Memiliki keterampilan yang kukuh & daya tahan untuk menghadapi cabaran hidup selaras dengan nilai-nilai murni yang dihayati.


Berwawasan

Berkeupayaan untuk memperkembangkan serta mengubahsuai kemahiran-kemahiran selaras dengan perkembangan baru dalam bidang ilmu pengetahuan & teknologi. Di samping itu juga bersedia untuk menjadi masyarakat global yang berperanan aktif & cemerlang pada masa hadapan. Juga memiliki kesedaran, tanggungjawab yang tinggi & kesediaan berbakti kepada agama, bangsa & negara.

Adunan warna biru, putih, merah, dan kuning menghasilkan warna ungu.Β Β 

πŸ’™ + 🀍 + ❀️ + πŸ’› = πŸ’œ

Warna ini melambangkan kecemerlangan & kegemilangan SMK Seri Saujana.

Warna Korporat

πŸ’™ BiruΒ 

Melambangkan integrasi dan perpaduan kaum ke arah satu wawasan. warna biru juga memperlihatkan keharmonian murid dan persekitaran sekolah.

🀍 Putih 

Melambangkan niat suci dan keikhlasan yang dipupuk dalam menuntut ilmu pengetahuan ke arah membentuk insan yang sempurna.

❀️ Merah

Melambangkan sifat keberanian murid serta semangat tabah untuk menghadapi segala cabaran dan perubahan.

πŸ’› Kuning

Melambangkan sifat murid sebagai seorang insan yang berpotensi dan mulia.

Nama-nama Kelas di SMK Seri Saujana

SASARAN: ACBKJ

ANGSANA

Other name(s): Sena,Β  Narra

Scientific name: Pterocarpus indicus

Family: Fabaceae

CENGAL

Other name(s): ChangiΒ 

Scientific name: Neobalanocarpus heimii

Family: Dipterocarpaceae

BELIAN

Other name(s):Β  Ulin, Borneo Ironwood

Scientific name: Eusideroxylon zwageri

Family: Lauraceae

KIARA

Other name(s): Kiara Payung, Fern

Scientific name: Filicium decipiens

Family: Sapindaceae

JATI

Other name(s): Teak

Scientific name: Tectona grandis

Family: Lamiaceae

SASARAN: DPMST

DAMAR

Other name(s): Damar Minyak, Borneo Kauri, Tambunan

Scientific name: Agathis borneensis

Family: Araucariaceae

PENAGA

Other name(s): Penaga Lilin, Mesua Ferrea

Scientific name: Mesua aff. assamica (King et Prain) Kosterm

Family: Calophyllaceae

MERANTI

Other name(s): Shorea

Scientific name: Shorea

Family: Dipterocarpaceae

SAGA

Other name(s): Adenanthera, Red Sandalwood, Coralwood

Scientific name: Adenanthera pavonina

Family: Fabaceae

TANJUNG

Other name(s): Spanish Cherry, Medlar, Bulletwood

Scientific name: Mimusops elengi

Family: Sapotaceae

Nama-nama Bilik di SMK Seri Saujana

Pustaka Anggerik

Bilik Dahlia (Bahasa Inggeris)

Bilik Camelia

Bilik Cempaka Sari (Pendidikan Islam)

Bilik (Mesyuarat) Seri Cendana

Dewan Rafflesia

Dewan Akasia

Dewan Ixora