SAMBUTAN ULANGTAHUN KE-100 SMK MAXWELL
Sijil Perakuan Pengezetan SMK Maxwell sebagai Bangunan Warisan dibawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645]
Banner Jamuan Makan Malam Amal Sempena Ulangtahun ke - 100 SMK Maxwell
Sir William George Maxwell (1871-1959)
Maxwell School ditubuhkan pada tahun 1917, di hadapan jalan bersempena nama seorang Pegawai Pesuruhjaya British: Sir William George Maxwell dan sekolah ini juga dibina berdekatan dengan sebuah perkampungan Melayu kecil. Pada 1 Jun 1922, Institusi pendidikan ini telah membuka pintunya kepada 110 orang pelajar dengan hanya lima orang tenaga pengajar.
Pada zaman pra-peperangan (1900an), bangunan sekolah ini berfungsi sebagai sekolah permulaan (Sekolah Rendah) untuk Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria (Victoria Institution). Pada tahun 1933, Sekolah ini terpaksa ditutup untuk seketika bagi digunakan oleh pihak swasta untuk sebuah institusi swasta yang beroperasi dari tahun 1934 hingga 1938. Institusi swasta tersebut dikenali sebagai Sekolah Pertukangan (Trade School).
Semasa era peperangan Jepun, sekolah ini telah digunakan oleh Tentera Kempeitai Jepun sebagai markas serta hospital tentera mereka. Selepas peperangan berakhir, bangunan sekolah ini sekali lagi digunakan oleh pihak luar sebagai asrama untuk sebuah Kolej Teknikal yang beroperasi sehingga tahun 1953, dan selepas itu, Maxwell School dibuka semula sebagai sebuah sekolah menengah lelaki yang berteraskan pendidikan moden yang terawal di Malaya. Pada hari ini, Maxwell School yang dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Maxwell (SMK Maxwell) masih lagi berdiri megah dengan bangunan gaya Moorish yang unik dan indah.
SENARAI PENGETUA
1917 - 1918 Fasa Peperangan
1919 - 1922 Fasa Penubuhan
1922 - 1925 Montague B. Brockwell
1925 - 1928 C. N. Beamish
Aug 1928 Harold Ball
1928 - 1930 Agnes R. Cooke
1930 - 1930 M. Wheatley
1930 - 1933 C. W. Bloomfield
1933 - 1938 R. Thampipillay
1939 - 1941 Ditutup
1941 - 1945 Fasa Peperangan
1946 - 1953 Ditutup
1953 - 1954 William C. Cleine
1954 - 1956 Donald Priestley
1956 - 1957 Paul Chang
1957 - 1957 Razak Khan
1957 - 1961 Ong Choon Ghee
1961 - 1961 A. E. Navarasingam
1961 - 1968 Wong Ah Fatt
1968 - 1979 P. Nadarajah
1979 - 1988 Victor Wong
1988 - 1990 Abdul Razak Mohammed
1990 - 1999 Ismail Sajad
1999 - 2001 Han Seng Kuang
2001 - 2006 Loy Liang Dee
2006 - 2006 Azmah Bt. Rajion
2006 - 2007 Datin Khairiah Abd Majid
2007 - 2010 Datin Zainab Bee Bte. Ismail
2011 - 2013 Radiah Binti Nordin K.M.W
2014 - 2019 Hanipah Binti Endut
2019 - 2024 Norlaila Binti Ismail
2024 - 2025 Ravi Chandran A/L Krishnan
2025 - KINI Norliza binti Borhan
Pengetua Berbangsa Eropah
1922 - 1923 Annie Grenier
1923 - 1924 J. H. Dennett
1924 - 1926 dith L. Earnshaw
1926 - 1927 D. A. Peck
1927 - 1928 Helen D. Leith
1928 - 1929 Agnes R. Cooke
1929 - 1933 Nellie F. Careless
Lencana Sekolah
Lencana sekolah yang pertama kali digunakan untuk melambangkan sebuah institusi yang berprestij ini telah direka oleh pengetua Maxwell School yang ke-9, iaitu Sir Donald Priestly pada awal tahun 1954. Lencana yang baru direka ini pada awalnya hanya mengandungi satu warna sahaja, iaitu warna Hijau Zamrud.
Warna ini sering kali digunakan oleh pertubuhan Missionary untuk menunjukkan semangat keagamaan dan perpaduan di kalangan pelajar. Selepas era peperangan, jata rasmi Maxwell School telah diwarnai dengan pelbagai warna baharu bagi memperlihatkan semangat perpaduan dan keazaman dalam kalangan pelajar berbilang bangsa. Lencana yang baru dinaiktaraf ini mengandungi 4 warna baharu yang membawa 4 maksud yang tersendiri:
Hijau Zamrud: melambangkan semangat keagamaan dan persaudaraan antara Maxwellian
Kuning Keemasan: melambangkan semangat hormat saling menghormati antara Maxwellian dengan sistem kesultanan dan kerajaan Malaysia.
Biru Muda: melambangkan semangat berkobar-kobar dan keberanian dikalangan Maxwellian baru (freshman)
Putih: melambangkan kesucian dan keikhlasan Maxwellian dalam proses menimba ilmu pengetahuan serta menghormati guru-guru.
Bendera Emas bertulis "Maxwell": melambangkan sorakkan gemuruh para Maxwellian terhadap Alma Mater mereka.
Dibahagian tengah lencana tersebut, terdapat sebuah Perisai Besi yang melambangkan kekuatan Maxwellian dalam mencegah diri dari melakukan perbuatan yang tidak bermoral yang dipangku oleh seekor Harimau Malaya (Panthera tigris). Figuratif Ini membawa maksud yang mendalam iaitu, Maxwell School sentiasa bersedia untuk melahirkan Maxwellian yang berahklak tinggi dan juga menjadi rakyat yang berguna. Perisai itu tadi juga diperisaikan oleh sebuah Kitab Ilmu Pengetahuan yang terbuka luas.
Kitab Ini melambangkan semangat Maxwellian dalam menimba ilmu baru disamping berpegang teguh pada ajaran agama masing-masing tanpa mengira bangsa. Harimau Malaya yang gagah tadi berdiri teguh diatas sebaris cogan kata dalam bahasa latin iaitu, Disco Ut Serviam yang membawa maksud 'Belajarlah Kamu Untuk Berbakti'. Ini menunjukkan Maxwellian harus mempunyai matlamat yang jelas dalam hidup agar dapat menjadi rakyat yang berguna.
Kitab yang terbuka luas tadi dipangku oleh "Jangka Lukis" yang melambangkan kesedian Maxwell School dalam melahirkan Maxwellian yang bukan sahaja cemerlang dalam Akademik, tetapi juga cemerlang dalam bidang Teknik dan Vokasional, Kesenian, Kejuruteraan serta Kesukanan. Jalur Putih Dan Biru yang terjalin melambangkan hubungan yang akrab diantara Maxwellian dengan Guru yang mendidik mereka
Lagu sekolah yang pertama berjudul, Disco Ut Serviam, yang dikarang pada tahun 1954 oleh Puan A.V. Priestly, isteri kepada pengetua masa itu Sir Donald Priestly. Lagu ini dinyanyikan bermula dari tahun 1954 hingga 1981.
Service, not wealth or fame,
From this our schools’ high aim,
May we ne’er swerve,
New boy and senior,
Prefect and monitor,
Eyes on the future, for learning we serve,
And when in after years, we test in large spheres,
Hand, brain and nerve,
And fierce machinery,
Commerce and industry,
Science or policy,
In all, we serve,
So all our whole life through,
The law which here we knew,
We shall preserve,
Heedless of selfish gain,
May we with strength maintain,
This, as our life’s refrain,
Learning, we serve.
Pada pertengahan tahun 1980an yang pada masa itu Tuan Victor Wong sebagai pengetua, Sir Leonard Wong diminta untuk mengarang lagu sekolah baru. Lirik untuk lagu baru telah ditulis oleh Puan Soriah Abdullah dan Puan G.Balakrishnan, musik digubah oleh Tuan Leonard Wong sendiri. Lagu versi terbaharu ini masih digunapakai sehingga kini.
Gambar Arkib Guru & Pelajar SMK Maxwell