Kata Alu- aluan dari Pengetua
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, marilah sama-sama kita memanjatkan rasa syukur kepada Allah kerana dengan izin-Nya kita masih lagi diberi kekuatan dan kesungguhan untuk memikul amanah sebagai pendidik.
Bidang pendidikan negara sememangnya bersifat dinamik bagi memenuhi keperluan semasa khususnya, di peringkat global. Oleh hal yang demikian, warga pendidik dan AKP merupakan arkitek sosial yang memikul tanggungjawab yang besar dalam memberikan pendidikan, menyampaikan ilmu, membentuk peribadi dan sahsiah sekali gus menjana potensi murid ke arah yang lebih optimum. Sehubungan dengan itu, pengurusan tahun ini dapat membantu guru-guru dan AKP membuat perancangan dan menyediakan program - program khusus dalam semua aspek sepanjang tahun 2024 bagi merealisasikan cita -cita tersebut.
Kita sebagai warga pendidik perlu sentiasa memperlengkap diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran bagi mendepani cabaran masa hadapan. Dalam hal ini, warga pendidik seharusnya bekerja sebagai satu pasukan bermula di peringkat panitia masing -masing sehinggalah ke peringkat yang lebih tinggi. Ilmu dan kemahiran yang dimiliki oleh individu seharusnya dikongsi dan dimanfaatkan semaksimum mungkin untuk meningkatkan mutu pendidikan negara. Secara tidak langsung, hal ini dapat membentuk warga MAXWELL yang berketerampilan, profesional, berkualiti dan beretika.
Saya yakin dan percaya bahawa SMK Maxwell, sebagai salah sebuah sekolah yang dikategorikan sebagai Sekolah Warisan, mampu menyediakan landskap pembelajaran yang terancang, terkawal dan sempurna dalam usaha membentuk modal insan yang berkualiti. Selain itu, saya juga melihat bahawa SMK Maxwell dapat menjadi wadah terbaik untuk melahirkan insan yang mempunyai kecemerlangan ilmu dan keunggulan sahsiah yang akhirnya menjadi insan yang dapat menyempurnakan tuntutan agama, bangsa dan negara. Selamat menjalankan tugas sepanjang tahun 2025/2026.
“MAXWELL HEBAT”
Barisan Pentadbir
Penolong Kanan Pentadbiran
Puan S. N. Hawa binti Shahri
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Puan Rosiah binti Mustaffa
Penolong Kanan Ko- Kurikulum
Puan Azlina binti Ab Razab
Penolong Kanan Tingkatan Enam
Encik Hairul Afizi bin Hairullah
Barisan Kaunselor
Kaunselor Aliran Perdana
Puan Maizatularjuna Abdullah
Kaunselor Tingkatan Enam
Encik Husairi bin Hassim
Kaunselor Aliran Perdana
Puan Aliya Aziza
Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran
Guru Kanan Bahasa
Encik Mohd Affendi bin Yahya
Guru Kanan Kemanusiaan
Puan Noraini binti Mohd Akhir
Guru Kanan Sains dan Matematik
Encik Afandi bin Samat
Guru Kanan Teknik & Vokasional
Puan Zaida binti Yahaya