Profail SMK Maxwell
Video Korporat SMK Maxwell
" Once a Maxwellian,
Forever a Maxwellian "
" Maxwell Dihatiku "
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Maxwell adalah sekolah bantuan penuh kerajaan yang juga antara sekolah tertua di utara Kuala Lumpur.
SMK Maxwell telah berdiri teguh sejak tahun 1917 dan diiktiraf sebagai bangunan warisan dan bersejarah. Pada tahun 2017, SMK Maxwell telah menyambut ulangtahun ke-100 sejak awal penubuhannya. Ini bermakna pada tahun 2025 SMK Maxwell telah berusia 108 tahun.
Sekolah ini menaungi pelajar Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 6. Sesi persekolahan hanya sesi pagi. Keseluruhan pelajar SMK Maxwell berjumlah 511 orang yang terdiri daripada murid Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 5 adalah murid lelaki seramai 321 orang, manakala pelajar Tingkatan Enam terdiri daripada 47 orang pelajar lelaki dan 137 orang perempuan yang berjumlah 190 orang.
Bagi tahun 2025 SMK Maxwell juga mempunyai tenaga pengajar seramai 68 orang guru.
Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup bersatu dan maju,
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan,
Raja kita selamat bertakhta,
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan.
Raja kita selamat bertakhta
Inilah Wilayah bumi yang bertuah
Maju membangun dijulang megah
Aman sentosa di sepanjang masa
Teguh disemai sentiasa
Membara semangat setiap warganya
Cergas mindanya semangat waja
Pada Wilayah ditumpah setia
Hormat-hormati penuh mesra
Bersatulah, berbaktilah
Semua warga Wilayah
Sayangilah, lindungilah
Sepenuh jiwa raga
Kita jaga keharmonian semua
Maju sejahtera
Wilayah Persekutuan
Mara serentak, tuju kemasyhuran,
Cabari dunia, capai kejayaan,
Sumbangan bakti, mengharumkan Maxwell,
Megah dan agung nama Maxwell.
Tetap cekal, tempuhi rintangan,
Buru cita penuh jiwa raga,
Kegigihan satu amalan,
Ikrar kita demi tujuan mulia.
Mara serentak, tuju kemasyhuran,
Cabari dunia, capai kejayaan,
Sumbangan bakti, mengharumkan Maxwell,
Megah dan agung nama Maxwell.
Peraturan Kami Patuh
Ibubapa Kami Sayang
Guru Kami Taat
Tetamu Kami Sapa
Belajar Kami Fokus
Markah Kami Cemerlang
Kokurikulum Kami Aktif
Pakaian Kami Kemas
Kelas Kami Jaga
Sampah Kami Kutip
Bahawasanya saya,
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Maxwell
Dengan ini berikrar akan mencapai kecemerlangan dalam disiplin kendiri kurikulum dan kokurikulum di sekolah ini,
Saya berjanji akan patuh dan taat kepada peraturan-peraturan sekolah menghormati perintah guru bertanggungjawab terhadap pelajaran serta harta benda sekolah.
Saya berjanji akan mencapau kecemerlangan, dalam disiplin kendiri, kurikulum, dam kokurikulum di sekolah ini.
Saya berjanji, akan menjadi seorang insan yang harmonis dan beraklak mulia bagi pengisian Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.