Makmal Reka Bentuk Pembuatan membantu memberikan pendedahan kepada murid dalam proses penghasilan produk melalui penilaian dari peringkat konsep awal serta penelitian terhadap tahap-tahap rekabentuk produk. Murid digalakkan untuk menghasilkan idea-idea baru bagi produk pengguna dalam memenuhi kehendak permintaan semasa dan akan datang. Selain daripada pemahaman konsep teknikal, murid juga akan diterapkan dengan kemahiran merancang, pengurusan masa, kerja berpasukan, kemahiran pembentangan dan penulisan laporan.
CABARAN 100 HARI MENAIKTARAFKAN MAKMAL REKA BENTUK PEMBUATAN