PROGRAM TRANFORMASI SEKOLAH 2025
PENGENALAN
SMK Bukit Tinggi, Klang telah terpilih dalam Program Transformasi Sekolah 2025 bagi kohort 5 bermula tahun 2020.
Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.
Mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui:
PUNCA KUASA
19 Jun 2015
Mesyuarat Majlis Ekonomi pada 16 Jun 2014 telah mencadangkan pelaksanaan Program Sekolah Transformasi dan diluluskan semasa Mesyuarat Majlis Ekonomi Bil. 2/2015.
7 April 2017
Mesyuarat Profesional KPM Bil. 14 : penjenamaan semula kepada Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25)
OBJEKTIF
Mengaplikasi konsep dan amalan PdP terbaik
Membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan
Membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan dengan mengutamakan kemenjadian murid
MATLAMAT PROGRAM
Memantapkan kepimpinan sekolah
Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti pembelajaran dan pengajaran
Mengukuhkan penglibatan ibu bapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid
KONSEP PROGRAM
Konsep Program TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui:
Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
Penglibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna
Disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan
Guru yang kompeten, beraspirasi tinggi
Komitmen komuniti yang padu
PELAKSANAAN PROGRAM
Program TS25 diterajui oleh beberapa Bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia dengan pelaksanaan pelbagai aktiviti berdasarkan fungsi masing-masing.
Antara aktiviti utama Program TS25 ialah:
Latihan kepada Pemimpin Sekolah dan Guru (bersemuka dan secara dalam talian)
Pembangunan Kapasiti kepada Pembimbing Instruksional dan Pembimbing Pedagogi
Perkongsian Amalan Terbaik dari Sekolah Program TS25 (Konvensyen, Seminar, Kolokium, Karnival dan Showcase)
Kajian Impak dan Keberkesanan Program TS25
Sokongan Profesional (Bimbingan dan Kunjung Bantu secara berpusat atau berkelompok oleh Rakan ELIT (RE) sama ada dengan kaedah bersemuka atau secara dalam talian)
Pemeriksaan (SKPMg2) dan Penilaian Program
LOGO PROGRAM
CARTA ORGANISASI TS25