SEJARAH SEKOLAH

 LENCANA SEKOLAH

PENGERTIAN WARNA-WARNA DAN LAMBANG

PENGERTIAN WARNA: 

Merah: Melambangkan keberanian dan semangat waja untuk terus berjaya 

Kuning : Simbol ketaatan dan kesetiaan kepada Raja dan Negara 

Putih: Melambangkan bersih dalam aspek fizikal dan mental 

Biru: Melambangkan ketenangan dan keharmonian kaum 

PENGERTIAN SIMBOL: 

Buku terbuka: ❖ Melambangkan ilmu yang tidak terbatas dan sentiasa perlu diteroka 

Pokok: ❖ Melambangkan kelestarian alam sekitar diutamakan 

Tiga warna yang berbeza dalam satu kelompok: ❖ Membayangkan kesepaduan kaum 

SLOGAN "SEBUKTI PERINTIS KECEMERLANGAN"

• Setiap warga sekolah berhasrat mencapai kejayaan terbaik dan berusaha menggerakkan diri dan jiwanya ke arah kejayaan yang diimpikan. 

• Bermotivasi dan beriltizam tinggi untuk mencapai kualiti kerja di tahap yang maksimum. 

• Guru-guru dan murid-murid yang berilmu, berpengetahuan, bijaksana dan berkemahiran tinggi serta bersahsiah mulia, tekal berusaha mencapai matlamat yang terbaik dalam semua bidang. 

VISI & MISI

VISI

Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera. 

MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara.


 

LAGU RASMI SEKOLAH

 Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Tinggi 

Tersergam indah sekolahku 

Menghimpun semangat ilmu yang membara 

Berazam mencapai cita-cita


Inovasi, amalan bestari berkarisma 

Menempuh cabaran dunia 

Nilai murni seiring misi dan visi 

Untuk pedoman masa hadapan 


Taat setia Rukun Negara 

Itulah tunjang utama 

Ibu bapa dan guru kami hormati 

Kami insan berilmu terbilang 


Bertekad mencapai kebanggaan berwawasan 

Membina generasi hadapan 

Bersatu tenaga, hati dan juga minda 

SEBUKTI cemerlang dan terbilang. 


Lirik: Pentadbir & guru-guru SEBUKTI 2014 Susunan Muzik: En Rozi 

LAGU SEKOLAH 2023.mp4

PETA SEKOLAH