BPK- Rekod Perkembangan Murid

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2017 akan menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang mula dilaksanakan pada tahun 1989. KSSM digubal bagi memenuhi keperluan dasar baharu di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 agar kualiti kurikulum yang dilaksanakan di sekolah menengah setanding dengan standard antarabangsa. Kurikulum berasaskan standard yang menjadi amalan antarabangsa telah dijelmakan dalam KSSM menerusi penggubalan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) untuk semua mata pelajaran yang mengandungi Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi.

DSKP yang dihasilkan juga telah menyepadukan enam tunjang Kerangka KSSM, mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai, serta memasukkan secara eksplisit Kemahiran Abad Ke-21 dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Penyepaduan tersebut dilakukan untuk melahirkan insan seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani sebagaimana tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 

Link untuk dapatkan DSKP dan Template Pelaporan ☝️

🌹Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Panduan Pengisian Tahap Penguasaan (TP) murid Bagi Murid Tingkatan 1-5


1️⃣ Pilih link: 1. SMKBT PELAPORAN PBD_TING 1-TING 5 JULAI 2024


2️⃣ Pilih Pelaporan PBD Subjek ikut Tingkatan 


3️⃣ Pilih Kelas dan pilih Subjek


4️⃣Pilih sheet REKOD PRESTASI MURID


5️⃣ Key in Tarikh Pelaporan, Nama Guru Mata Pelajaran, TP Kandungan & Tahap Penguasaan Keseluruhan Murid bagi       sesi Julai 2024

     

6️⃣Apabila cikgu sudah selesai key in pelaporan, data TP akan Autosave dalam google drive,dan boleh teruskan untuk kelas lain.


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Panduan Pengisian Tahap Penguasaan (TP) murid Bagi KKQ


1️⃣ Pilih link: 2. SMKBT PELAPORAN PBD_KKQ_TING 1-TING 3 JULAI 2024


2️⃣ Pilih Tingkatan 


3️⃣ Pilih Muka Depan dan isikan Nama Guru Mengajar


4️⃣Pilih sheet REKOD PRESTASI MURID


5️⃣ Key in  TP Kandungan & Tahap Penguasaan Keseluruhan Murid bagi  sesi Julai 2024

     

6️⃣Apabila cikgu sudah selesai key in pelaporan, data TP akan Autosave dalam google drive,dan boleh teruskan untuk kelas lain.




---------------------------------------------------------------------------------------------------


Makluman


1️⃣(Bagi pemberian TP, rujuk DSKP) selepas Penjaminan Kualiti 4P dilaksanakan juga Pertimbangan Profesional


2️⃣ Guru-guru digalakkan menggunakan laptop atau PC untuk key in data


3️⃣Mohon guru-guru ikut langkah di atas bagi memudahkan urusan key in data PBD 


4️⃣Mohon guru-guru berhati-hati semasa key in TP murid supaya tidak terdelete templat subjek2 lain dan pastikan link ini tidak disebar luas kerana ada data murid.


5️⃣ Pastikan guru isi Templat Subjek 


6️⃣ Due date pengisian templat pelaporan ini sehingga 6 Julai 2024

7️⃣Data akan di gunakan untuk pengisian SISTEM PENTAKSIRAN BERSEPADU (SPPB)


Terima kasih atas kerjasama semua.🌷

SESI PERSEKOLAHAN 2024/2025

PENGISIAN TP MURID: BPK JULAI 2024

SESI PERSEKOLAHAN 2022/ 2023