Lencana

GAMBARAJAH PERALATAN SAINS BENTUK GEOMETRI

  • Bentuk prisma yang mempunyai keistimewaan tersendiri yang dapat membiaskan cahaya putih kepada warna-warna pelangi

  • Kelalang – membakar semangat pelajar untuk terus berjaya

  • Thermometer – Suhu pembelajaran dan persekitaran sekolah yang nyaman berlatarbelakang bukit yang menghijau, suasana pembelajaran yang tidak beku dan sentiasa berubah

  • Bentuk-bentuk daripada Sains dan Matematik dipilih kerana kedua-dua matapelajaran ini penting untuk melahirkan pelajar yang berpengetahuan yang luas dalam bidang berkenaan bagi menyediakan tenaga kerja yang berkualiti bagi memenuhi kehendak kerajaan.

  • Warna hijau adalah latarbelakang sekolah yang dikelilingi bukit

  • Kuning – Warna di Raja

  • Hijau & Kuning warna Negeri Kedah


LAMBANG TEKNOLOGI

Lambang Teknologi menggambarkan semua warga SMKBL akan menggunakan sepenuhnya kemudahan ICT yang mempunyai semangat yang jitu hasil usaha dan kerjasama semua pihak dan sentiasa bermotivasi yang diwarnakan dengan warna merah

BUTANG ‘POWER’

Menunjukkan SMKBL mempunyai semangat yang kental untuk Berjaya dalam semua bidang bermula ia dibuka dengan rasminya pada 1.7.2010.

Butang ini telah dikunci dengan gabungan guru-guru, waris-waris dan masyarakat dalam hubungan yang erat berserta semangat yang tinggi untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berketerampilan dalam bidang Akademik dan kokurikulum.

Lencana sekolah ini direka oleh Ali bin Salleh ( Guru SMK Batu Lapan )

Nama : Ali bin Salleh

Kelulusan : Sarjana Muda Pendidikan ( IT ) ( UPSI )

Tarikh berkhidmat sekolah ( SMKBL ) : 16 Julai 2010