2020 Hari Pertama Persekolahan PKPP

Hari Pertama Persekolahan PKPP

Setelah dicutikan selama 3 bulan oleh Kerajaan Malaysia kerana penularan wabak Covid 19, hari ini 24 Jun 2020 Rabu sekolah dibuka semula untuk pelajar-pelajar tingkatan 5.

Bagi mematuhi SOP yang disediakan oleh KPM, sekolah ini dihadiri oleh pelawat dari Balai Polis Sik, Pejabat Pelajaran Daerah dan AJK PIBG. Lawatan ini bertujuan memberi nasihat jika perlu. Kehadiran pelawat disambut oleh pentadbir sekolah, iaitu Pengetua dan Penolong Kanan 1.