About

Program Sekolah Transformasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Lapan adalah satu-satunya sekolah menengah di daerah Sik yang terpilih mengikuti Program Transformasi Sekolah bagi tahun 2018. Anugerah ini diharapkan ini akan menjadi batu loncatan kepada sekolah untuk memacu kecemerlangan baik dalam bidang kurikulum mahupun bidang kokurikulum agar lebih unggul di peringkat negeri mahupun di peringkat kebangsaan .

Program Sekolah Transformasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merupakan sebahagian daripada usaha KPM ke arah meningkatkan pencapaian murid. Mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PIPPM) 2013 – 2025.

KONSEP PROGRAM

Program ini adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui :

  1. Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan.

  2. Disokong kepimpinan yang berkualiti dan berwawasan.

  3. Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi.

  4. Komitmen komuniti yang padu.


OBJEKTIF PROGRAM

  1. Mengaplikasi konsep dan amalan PdPc terbaik.

  2. Membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan.

  3. Membangunkan persekitara pembelajaran yang berkesan dengan mengutamakan kemenjadian murid.


MATLAMAT PROGRAM

Berdasarkan kepada tiga objektif Program Sekolah Tranformasi, maka KPM telah menetapkan tiga matlamat utama yang perlu dicapai oleh semua sekolah-sekolah di Malaysia pada tahun 2025, iaitu ;

  1. Memantapkan kepimpinan sekolah.

  2. Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti

  3. Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc).

  4. Mengukuhkan pelibatan ibu bapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid.


VISI

PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

MISI

MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA

MOTO

MARA BERSAMA MENANG BERSAMA, BERTERASKAN IMAN

PIAGAM SEKOLAH

  • Memastikan semua pelajar yang didaftarkan di SMK Batu Lapan mendapat tempat untuk belajar secara percuma.

  • Kami berjanji untu memberikan ilmu semaksima mungkin dengan saksama dan adil kepada semua warga sekolah.

  • Memastikkan proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) berjalan lancar, teratur dan sistematik.

  • Mendidik murid menjadi insan yang berakhlak mulia, berdikari, berketrampilan dan berwawasan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

  • Mewujudkan suasana permuafakatan, silaturrahim, bertoleransi, dan bekerja sebagai pasukan yang padu dan kuat ke arah mencapai matlamat dan misi sekolah.

  • Mematuhi arahan serta memberi maklumat yang tepat, cepat kepada JPN dan KPM.

  • Menjalinkan dan mengekalkan hubungan mesra dengan waris, komuniti dan agensi sekitar.

  • Memastikan semua surat-menyurat, urusan pentadbiran, pelantikan, pengesahan jawatan, pencen, laporan, pengurusan kewangan dan sebagainya dilaksanakan dalam jangka masa yang ditetapkan

  • Senantiasa bersedia dan sanggup menerima cadangan, syor dan teguran yang membina dari semua pihak demi meningkatkan lagi prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik, pengurusan

  • HEM, dan Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaaan Batu Lapan

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Lapan dibuka pada tanggal 1 Julai 2010 bersamaan 18 Rejab 1431 Hijrah. Tersergam indah dan megah di kaki Bukit Enggang dan berada di laluan utama Gurun-Sik. Lokasi sekolah hanya satu kilometer daripada Pekan Sik.

Semasa awal pembukaan sekolah ini , sekolah ini hanya diurus tadbir oleh tiga orang Penolong Kanan iaitu En. Ismail bin Irshad selaku Penolong Kanan Pentadbiran , Encik Mohd Nor bin Che Senik selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Encik Muhammad Shukri bin Othman selaku Penolong Kanan Kokurikulm

Di bawah pentadbiran oleh tiga orang Penolong Kanan tersebut, sekolah mula beroperasi pada 1 Julai 2010 . Tuan Haji Othman bin Hamid (Allahyarham) merupakan pengetua pertama yang menerajui sekolah ini dari 2010 hingga 2011. Seterusnya Tuan Haji Yahaya bin Lebai Mat sebagai pengetua kedua dari 2011 hingga 2014 dan Encik Mohammad Mokhtar bin Md. Isa pengetua ketiga pada tahun 2014 hingga 2017 dan En. Ahmad bin Ismail yang merupakan pengetua sekarang bermula pada tahun 2018.

Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Lapan memulakan sesi persekolahan pertamanya hanya untuk pelajar tingkatan dua dan tingkatan empat . Seramai 313 orang pelajar telah mendaftar sebagai pelajar sulung sekolah Menengah Kebangsaan Batu Lapan . Manakala jumlah guru yang menjadi peneroka pula adalah seramai 24 orang dan dua kakitangan bukan guru. Pada tahun 2011, sekolah ini telah mempunyai bilangan pelajar seramai 539 orang iaitu meliputi pelajar tingkatan satu hingga tingkatan 5 serta bilangan guru telah meningkat kepada 42 orang.

Kedudukan sekolah yang strategik dan suasana persekitaran yang kondusif telah menjadi pemangkin untuk menjayakan visi dan misinya. Halatuju sekolah ini adalah untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya dalam semua bidang terutama sains dan teknologi berlandaskan nilai-nilai keimanan.

Kejayaan pelajar-pelajar, guru-guru dan komuniti sekolah ini digerakkan secara kerja berpasukan yang akhirnya sama-sama menikmati kejayaan iaitu seiring dengan motto sekolah,

MARA BERSAMA MENANG BERSAMA, BERTERASKAN IMAN.

SENARAI PENGETUA

1. ENCIK OTHMAN BIN HAMID 2010 – 2011

2. ENCIK YAHAYA BIN LEBAI MAT 2011 – 2014

3. ENCIK MOHAMMAD MOKHTAR BIN MD ISA 2014 – 2017

4. ENCIK AHMAD BIN ISMAIL 2018 hingga 2020

PENGETUA SEKARANG

PUAN SHAFINA BT ABDUL SAMAD

Mulai 16 MAC 2020


PENGETUA PERTAMA


Hj Othman bin Hamid, BKM Mulai 2010 - 2011
Sejarah PerkhidmatanPengerusi NUTP KEDAH 1999-2011

PENGETUA KE 4

ENCIK AHMAD BIN ISMAIL 2018 hingga 2020