Alhamdulillah, LADAP GCR telah berjaya dilaksanakan untuk semua guru mengikut bidang masing-masing dan juga guru PPKI. LADAP untuk pentadbir juga telah berjaya dilaksanakan. Semoga dipermudahkan urusan kami dalam penggunaan ERPH menerusi GCR pada tahun 2020. Terima kasih atas komitmen semua pihak, terutama para pentadbir dan semua guru dalam menimba ilmu tentang ERPH menerusi GCR ini.
Pada 13 Januari 2020, SMK BBSS telah menjemput penceramah luar untuk membugar dan membudayakan penggunaan GCR dalam PdPC dalam kalangan warga sekolah. Alhamdulillah LADAP tersebut telah mencapai matlamatnya iaitu menjadikan GCR sevagai platform untuk warga SMKBBSS mempelbagaikan teknik PdPC selari dengan iR4.0
Guru mengajar penulisan, murid dibahagikan kepada 6 kumpulan dan setiap kumpulan diberikan sebuah tab. Ahli kumpulan diberikan tugasan sebagai juru taip, ketua, pembentang dan pelukis peta ithink. Ketua kumpulan mendapatkan tugasan daripada guru. Perbincangan dalam kumpulan dan mereka memuat naik hasil perbincangan ke dalam GCR menerusi google docs. Hasil perbincangan ditayangkan untuk kelas dan wakil kumpulan membentangkannya kepada kelas.